Thursday, December 15, 2011

dialah yg pertama...

Malam ini, spt malam2 yg sudahnya. Biarpun selesa berselimut tebal, memadamkan lampu....tapi tak mampu juga nak lelapkan mata. Kdang2 terfikir juga, sampai bilakah harus bgini? Mata, walaupun terasa mgantuk...tetapi hati yg merindu pasti akan sering berjaga. (mood jiwang skit..ekeke). Pak Syeikh terkenangkan seseorang yg sgt special dalam hdp pak syeikh. Banyak perkara yg blaku antara pak syeikh dan dia, meletakkan dia yang pertama dalam carta hati...

Dalam hidup pak syeikh...

Dialah yg pertama meminta biodata diri pak syeikh. Pak syeikh masih ingat, ketika tu kami dalam form 6 R Adil. Tak ramai pelajar yg datang, maklumlah akhir2 persekolahan dan exam akhir tahun plak da tamat. Kebetulan ari tu, pak syeikh sorang je pelajar lelaki yg datang ke sekolah. Jadi, suatu ketika..dia pun minta kawan dia, bagi buku kecil (buku catatan diari kot) kat pak syeikh minta ditulis biodata...siap bagi magic pen warna warni lagi..hehe.Pak Syeikh apa lagi, bila dapat buku dan magic pen yg warna warni camtu..megalahkan budak tadika di kelas melukis la. Tulis nama, alamat rumah dan tarikh lahir...setiap huruf warna lain2..haha. Tapi, time tu pak syeikh pekenakan dia...sesaje je pak syeikh tulis ari lahir pak syeikh lain dr tarikh lahir asal...huhu, last2 rugi jugak diri sendiri...mesti lambat kena wish, ehe..

Dialah yg pertama memberi kad ucapan kat pak syeikh. Masa tu pak syeikh berada dalam library. Pak Syeikh duk belek2 buku ekonomi lau tak silap..Kendian dia pun datang la dekat pak syeikh, dan serahkan satu sampul kat pak syeikh. Pak Syeikh tergamam (ingatkan nak ajak p majlis tari menari...ehe, gurau jer). Pak syeikh pun apa lagi tersenyum sambil buat2 muka tak bersalah..pak syeikh ingat lagi kata2 dia dan masih simpan kad ucapan tu. "Congratulate, kerana mengekalkan prestasi awk". Yang specialnya, kad tu dia buat sendiri...pak syeikh sgt sukakan kad tu. Setiap kali pandang, mesti tersengih sendiri..

Dia juga la yang pertama memberikan kad ucapan hari raya pada pak syeikh. Tak pernah2 pak syeikh terima kad ucapan hari raya daripada sape2 kecuali dialah yg pertama. Dan kad tu sangat berharga pada pak syeikh. Kad tu sgt padat dengan tulisan dia, dan dia sempat melawak, katanya "raya tahun ni tak jadi, sbb anak bulan keguguran"...huhu.

Dialah yg pertama membuat pak syeikh rasa tercuit hati. Kali pertama pak syeikh menyedari kehadiran dia di sekolah ialah ketika pak syeikh satu kelas dgn dia. Masa tu kami kelas 3 Cekal. Maklumlah pak syeikh dulu pendiam, jalan pun tgk lantai..haha. Time tu dia nak bangun...nak p kelas sebelah, jumpa kawan dia di kelas Budi, so kebetulan time dia nak bangun tu, pak syeikh tgk menoleh ke kiri (pak syeikh duk depan sekali sebelah kanan time tu dalam kelas)...dan kami sama2 terpandang. Pahtu pak syeikh2 cepat ler megalihkan pandangan, walaupun dalam hati kata...Subhanallah, dia cantik, hehe. Kendian masa form 6 A Adil, dia selalu buat pak syeikh tersenyum sendiri. Pak syeikh teringat time dia bekejar2 dengan kawan dia sbb kawan dia da ambil terlebih dahulu gambar pak syeikh (gambar kat carta organisasi)...huhu, dia meme lucu dgn sikap dia... tapi baru skank pak syeikh sedar tentang kehadiran dia dan perasaan dia disaat itu..hu

Dia juga lah yang pertama meminjamkan buku motivasi kepada pak syeikh. Dia banyak menghiburkan pak syeikh bila pak syeikh bduka...huhu. Time tu, pak syeikh pinjam buku yang btajuk "Membina Hati Yang Bahagia", karangan HM Tuah. Dekat sebulan asenya pak syeikh pinjam buku tu..ehe,

Dialah yg pertama menelefon pak syeikh. Time tu dia telefon pak syeikh sebb nak tanyakan sesuatu, iaitu sbb dia ada temukan sesuatu nota dalam buku library..Jadi, sejak ari tu la...kami mula rapat. Walaupun sbnarnya, kami jarang bercakap terutamanya di masa persekolahan...tapi banyak perkara dan peristiwa yang pak syeikh ingat berkaitan dgn dia, contohnya ari tu...kelas wat gotong royong, pak syeikh plak lap tingkap...jd sbb kat xbese wat kerja umah dan kat umah plak tak da tingkap spt bilik darjah, pak syeikh pun lap la tingkap dgn kain dan kendian dia pun datang tolong ajar pak syeikh camne nk lap tingkap dgn betul..ehe,

Dan dialah orang pertama yg sgt memberi kesan di hati pak syeikh, sehinggakan pak syeikh melukis gambar potrait pak syeikh dgn dia...walaupun lukisan pak syeikh huduh, tapi nilai pada lukisan sgt bmakna. Sbb pak syeikh sdar pak syeikh sememangnya myimpan hati pda dia..hnya lukisan yg mampu mterjemahkan makna dan hasrat yg tersirat (walaupun pak syeikh menulis "Best Friend Forever"...tapi hasrat hati lebih dari itu)..hu

Walaupun apa yg pak syeikh nyatakan kat sini, tidaklah disusun dgn seindah kata..tapi cukuplah Dia,pak syeikh dan dia tahu...dialah yg pertama dihati dan selamanya di hati...

5 comments:

nasha sanza said...

salam and hai,en syeikh..saya ada buat entry pasal encik kat sinihttp://nashasanzagorgon.blogspot.com/2011/12/suka-baca-blog-nie-muslim-blogger-jom.html
hope encik tak marah..

iAmCekbolat said...

hee.. tak lme lgi bolat dpt nnek kan atok ^^

pak syeikh said...

nasha :wslm..nti sy terjah blog awak, terima kasih ea atas sokongan..:)

bolat: InsyaAllah..doa2kan la ea..hu

MERAH said...

Salam Pak syeikhnyerrr, ni dah crite soal hati lbh baik dipercepatkanlah yeee.nanti lambat2, terlepas gigit jari pun tarak guna eh.hihi.

pak syeikh said...

wsalam Merah..ehe, niat di hati nk dipercepatkan...tpi sejauh mana kita merancang..Allah jua merancang, yg tentunya lebih baik dr pak syeikh...dan InsyaAllah akan disegerakan,dan harap2 kami berjodoh dan akan dipermudahkan Allah segala urusan kami..:) amin..