Wednesday, December 21, 2011

Bila Harus Memilih

Seharian memandu dari Kota Bharu ke Damansara, agak memenatkan...tapi entah kenapa mata dan otak pak syeikh ni asyik berkomplot nk kenakan pak syeikh, xnak bagi pak syeikh lelap...Mata seolah tak mgantuk, otak pula sentiasa aktif bfikir ibarat enjin kereta yang baru ditukar minyak pelincirnya. ehe...Daripada pak syeikh duk berguling dan berangan naik kereta Ferrari, elok ler pak syeikh siapkan entri pak syeikh ni...sebenarnya entri ni telah pak syeikh tulis sedikit ketika brada di kg, tapi memandangkan internet tak berapa nk laju, pak syeikh pun bcdang ler nk smbung smula bila dtg semula ke Damansara. Jadi berbekalkan secawan kopi dan biskut kering, pak syeikh nk kongsikan sedikit pandangan yg mana idea idea penulisannya drpd khutbah jumaat yg pak syeikh dgr semasa solat jumaat.

Khutbah jumaat pd ketika itu mbicarakan tentang munakahat.Mungkin sbb musim cuti sekolah...jadi ramai yg ambil pluang utk melansungkan perkahwinan. Mungkin disebabkan ini, pak imam mngingatkan muslimin tentang hal-hal perkahwinan.

Dan sesungguhnya perkahwinan itu adalah satu perkara yg mulia dan sgt dituntut dalam Islam, kerna fitrahnya manusia hdup perlu berteman... terdapat beberapa firman Allah dalam al-Quran yg memerintahkan supaya manusia bkahwin, antaranya surah an-Nur, ayat 32..."Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahajamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."

Bila Harus Memilih

Walaupun Islam itu agama yg mudah, tapi jangan pula kita mgambil mudah!... terutamanya dalam hal-hal munakahat ni, sama ada dari segi nak memilih calon-calon suami atau isteri, akad nikah dan juga majlis melansungkan perkahwinan. Semuanya perlu didasari dengan syariat yang dituntut oleh Islam. Cuma kali ni pak syeikh nak kongsikan tentang pemilihan calon2 pasangan. Pak Syeikh yakin, shbt semua sudah biasa mndengar tentang hadis berikut:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Hadis yg dikemukakan ni sbnrnya tidak khusus kpd lelaki2 shj dalam mncari jodoh, malah ia juga seharusnya mjadi pnduan bg setiap wanita dalam mencari imam yg mampu memimpin rumah tangga mereka.

apa gunanya wajah yg tampan dan cantik, jika akhlaknya rosak
apa gunanya bicara yg manis, jika amalnya sesat
apa gunanya hartanya melimpah, jika ilmunya tak berkat
dan apa gunanya tubuh badan yg sihat, jika malas beribadat...

Pokok pangkalnya, seseorang lelaki dan wanita baik sudah tentunya memiliki keyakinan akidah yg benar dan patuh dalam suruhanNya. Khutbah juga myarankan, kepada para ibubapa terutamanya...sentiasa melihat siapa calon anak2 mereka, samaada mereka ini pemuda jalanan ataupun pemuda yang berjalan ke rumah Allah? kerana ini akan menentukan siapa baka keturunan kita. Kerna itu, kita harus memilih! Nak berumah tangga bukanlah seperti memilih baju yg jangka gunanya singkat, tp pilih la calon yg boleh bermanfaat kpd keseluruhan hdp kita.. dan sudah pasti kita perlu hindari memilih calon2 yang ternyata boleh merugikan kehidupan kita..

Kata orang, lau nk dapat yg soleh atau solehah, kita perlu jadi solehah atau soleh tlebih dahulu...kerna sudah pasti benarnya janji Allah, dalam surah an-Nur, ayat 26..“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

jika inginkan Teman Hidup yg Cantik, Akhlak juga kenalah Cantik,
jika inginkan Akhlak yg Cantik, Hati juga kenalah Cantik,
jika inginkan Hati yg Cantik, Iman juga kenalah Cantik

Maka kerana itu, sama2 lah kita perbaiki diri..pertama, baiki akidah dan amal kita, kendian..baiki hati kita, dan juga akhlak kita..Apabila semua ini terjaga, sudah pasti kita akan dpt kebahagiaan yg kita impikan...baik rezki yg melimpah dan juga anak-anak yg soleh dan solehah..insyaAllah

Akhir kalam, buatlah pilihan sebaik mungkin...kerna hidup harus memilih, ehe

3 comments:

zaty said...

bukan senang nk bina baitul muslim.pnadai2lah buat pilihan :)

CekbOlat-bOlat said...

tak sabar la plak nk kwin -_-"

Syeikh Ahmad a.k.a Encik Cetokin said...

zaty : pilihlah yg beriman, insyaAllah akan tbina baitul muslim, hdup dalam barakah...:)

bolat: cpt2 le kawen..ajak skandal2 bolat tu..haha