Tuesday, December 27, 2011

Lukisan Hati

Walau hidup sering diuji...pada perasaan mahupun kehidupan, usah terlalu larut dalam kesedihan. Biarpun hidup mekar tak bermakna...jangan biarkan ia kosong tanpa sebarang warna. Biarpun pelangi indah hanya kelihatan biru di langit Ilahi dan awan mendung menutupi biru langit....jangan mudah menghukum alam, tapi lihatlah pada diri. Di mana kita melihat, dan dari mana kita menatap... Jika hati ditutupi dengan kesedihan sehinggakan terasa tiada indahnya hidup, carilah kebahagiaan dalam hati..

Bukankah hujan yang menitis dari awan mendung, selalunya jatuh ke bumi menumbuhkan cendawan?..menghias cantik lukisan alam. Begitulah kehidupan, adakalanya kita rebah dan jatuh...tapi selalunya dari tempat kita jatuhlah akan tumbuhnya kematangan dan kehidupan. Dan dari tempat kita jatuhlah akan munculnya anugerah dari Tuhan.


Rasa bahagia itu lahir dari hati kita sendiri.
Didiklah hati dgn ilmu kerna kitalah gurunya,
kukuhkanlah dengan iman kerana kitalah juruteranya,
hiasilah dengan takwa kerana kitalah arkiteknya,
tanamlah dengan sikap mazmudah kerna kitalah peladangnya, dan
warnailah dengan rasa bahagia kerna kitalah pelukisnya~

No comments: