Tuesday, December 13, 2011

Dreams & Speechless...

Walaupun tajuk entri ni dalam bahasa Inggeris, tak da niat pak syeikh nak menulisnya entri kali ni dalam bahasa bkenan, nati korang x faham..haha. Baru pak syeikh sedar, rupanya dalam tiga hari kelmarin, berturut2..tak lebih pun drpd 100 patah perkataan pak syeikh bcakap. Walaupun rakan serumah pak syeikh yg sorang ag, tak balik kg ag sama spt pak syeikh...tp sejak hati dia spt negara afrika dilanda musim bunga, asyik2 kuar shingga dari pagi hgga ke ptg..ehe (xpe lah asalkan niat betul dan semoga hajat di hati nak berumah tangga dipermudahkan Allah). Hidup di bandar, walau sibuk dengan bunyi keta yg lalu lalang...tapi tetap berasa asing di tengah ramai. Hanya sesekali ditegur anak jiran yg bermain bola di tepi balkoni umah. Dan sebagai akibatnya, kesan "speechless" dibawa ke tgh malam. Kol 12.30 da stat baring, tp last2 kul 3 lebih jugak tido..adeii, keesokannya (ari ni) lak nak drive balik kg..bangun pagi dengan perasaan yang blur...btol ke aku nak balik ari ni? last2 siap packing barang, mandi dan terus balik dgn rasa pening2 lalat...

Bercakap....
agaknya penting dalam hdup,
suami,
kadang2 marah, isteri kena hormat...tandanya menjaga
isteri,
kadang2 meleter, suami perlu diam..tandanya mendengar,
kadang2 bcakap, suami perlu respon..tandanya kasih,
anak,
kadang2 merengek dan nyoya2(bercakap) dalam bahasa dia, ibu bapa perlu melayan...tandanya mendidik,

Bercakap, kdang2 tak lebih dr inginkan perhatian dan fitrah utk bteman...kerana,

Aku bukanlah YUSUF yang digilai oleh Zulaikha,
Aku bukanlah pula SULAIMAN yang dikagumi Balqis,
Aku bukanlah pula MUHAMMAD yang dicintai Mukmin,
tapi aku hanyalah seperti ADAM yg merindui kehadiran Hawa dlm hidupku. ♥

Fahamilah aku sebagaimana kau mahu aku memahamimu, bicaralah denganku sebagaimana aku ingin berbicara, terimalah aku sebagaimana aku ingin menerimamu, redhailah aku sebagai status halalmu, sebagaimana hati aku tlh meredhaimu…..kerna aku hanya Adam yg biasa. ♥

Kata hati "nobody can see fish crying in the water"...Wajah yg ceria tak bermaksud tidak pernah menangis...

--sekadar gambar hiasan, ehe--

No comments: