Tuesday, December 20, 2011

Catatan Sebuah Perjalanan..

Lebih kurang pukul 7.30 pg td, pak syeikh telah btolak dari rumah di Kota Bharu utk balik ke Damansara. Walaupun cuti sekolah sebulan lebih, pak syeikh hanya sempat berada di kg selama seminggu kerana tpaksa mgawas SPM dan tpaksa datang awal kerana ada taklimat gaji baru yg akan dijalankan pd 21 Dis...Pak Syeikh mggunakan laluan Kuala Krai, Gua Musang, dan singgah sebentar di Hentian Benta sebelum meneruskan perjalanan ke Raub dan Bentong...Di Hentian Benta, pak syeikh hanya minum air dan rasa xselera nak makan nasi..ehe. Sepanjang perjalanan, hujan agak lebat di beberapa tempat...dan myebabkan VIVI (kereta pak syeikh) agak comot..

Pak Syeikh berhenti solat di Masjid Jamek Bandar Bentong. Masjid ni sgt cantik dgn hiasan dalam yang unik. Rasa tenang bile menunaikan solat zuhur dan asar di dalam masjid ni..

--Masjid ini tersergam indah di laluan utama bandar Bentong--

--pemandangan di dalam masjid--

Pak syeikh cuba mencari maklumat tentang masjid ni melalui pak cik google utk dikongsikan dgn sahabat, tp syg...xbanyak maklumat bkaitan masjid ni. Dan sebelum meninggalkan masjid, pak syeikh hanya mampu tersenyum sendiri melihat gelagat si comel yg menekup hidungnya, menahan asap rokok yg busuk dan beracun daripada rokok bapanya...

Perjalanan diteruskan, selepas melalui tol pertama..perut mula rasa lapar, tambahan lagi pak syeikh blom makan tengahari...mahu sahaja bhenti mencari burger di Mcd Genting Sempah..tp bila mgenangkan rasa jijik ble melihat video seekor lembu yg dimasukkan kedalam mesin pengisar utk dibuat burger, terus pak syeikh jadi hilang selera utk makan apa jua jenis burger..iyerkk, Jadi, sampai di Damansara...pak syeikh cdang nk beli makanan orang2 atasan iaitu pisang, ehe...utk mengalas perut..tp alahai tutup plak gerainya. Jadi, pak syeikh pun teruslah mghala ke rumah..makan sahaja wafer yg dibeli pg tadi..konfem akan mbuatkan pak syeikh lapar ptg nati..haha, Alhamdulillah...stelah 7 jam perjalanan, akhirnya pak syeikh sampai di apartment jam 3 lebih..

No comments: