Tuesday, December 20, 2011

Aku & si Abdullah Khairul Azam

Jika dikira, malam ni merupakan malam kedua pak syeikh megulang tayang cerita “Ketika Cinta Bertasbih”. Secara jujurnya, ni kali pertama pak syeikh menonton citer ni…walaupun cerita ni da lama berada dalam storage pak syeikh. Diakui, memang pak syeikh agak meminati lagu temanya, nyanyian Melly Goeslow dan Amee…dan sebelum ni pak syeikh hanya tpikat pada lagunya dan bukan pada ceritanya. Tapi entah dari mana kekuatan dan minat tu datang, shinggakan pak syeikh menontonnya sampai berkali2..ehe. Entah…mungkin jalan ceritanya, kisah si Azam yang tak putus asa mencari cinta halal, ataupun rindu seorang lelaki yang ingin didampingi si tulang rusuknya…yang sinonim dan dekat dengan kehidupan pak syeikh, membuatkan kisah cinta si Abdullah Khairul Azam dan Ana Althafunnisa terus melekat pd kotak kegigihan dan tawakal pak syeikh….


Aku hanya seperti si Abdullah Khairul Azam yg menyimpan rasa saat melihat teman mendahuluinya dalam pernikahan…dan cukuplah lafaz “Barakallahu” jd bukti restunya,

Aku hanya seperti si Abdullah Khairul Azam yg bersyukur dgn siapa yg jadi peneman, di saat tidak istimewa menurut hati…tapi cukuplah jilbab labuh jadi kesukaannya,

Aku hanya seperti si Abdullah Khairul Azam yg redha bila takdirnya payah dalam keinginan hatinya, tapi cukuplah tawakal dan cintanya jd peneguh azamnya,

Aku hanya seperti si Abdullah Khairul Azam yg mengharap dalam gelisah akan kehadiran sang Hawa…dan cukuplah usahanya jadi bukti akan kesungguhan dalam mengikuti sunnah Rasulnya…

2 comments: