Thursday, November 12, 2009

...surat untuk bakal isteriku...


Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku..
Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.


Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu.

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.

Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu.

ps: copy dari mana ntah. Tapi penulis sebagai seorang lelaki, begitulah hati ini ingin berkata....:-)

Monday, November 9, 2009

tabiat budak U..huhu

Kali ni nak post entri yang santai kit...cuba tengok kat bawah, betul ke macam ni gelagat budak-budak u?



.......awal sem......

Tuzki Bunny Emoticon
...........time kuliah..........
Tuzki Bunny Emoticon

..sebelum kena submit assignment..

Tuzki Bunny Emoticon

....time submit assignment....

Tuzki Bunny Emoticon

...ketika ambil slip exam...

Tuzki Bunny Emoticon

....masa study week....

Tuzki Bunny Emoticon

..lima hari sebelum exam..

Tuzki Bunny Emoticon

....empat hari sebelum exam....

Tuzki Bunny Emoticon

...tiga hari sebelum exam...

Tuzki Bunny Emoticon

..dua hari sebelum exam..

Tuzki Bunny Emoticon

...malam sebelum exam...

Tuzki Bunny Emoticon

...dalam dewan peperiksaan...

Tuzki Bunny Emoticon


..selepas keluar dari dewan peperiksaan..

Tuzki Bunny Emoticon

.....time cuti sem.....

Tuzki Bunny Emoticon


...ketika ambil result...

Tuzki Bunny Emoticon

..lepas dapat result..

Tuzki Bunny Emoticon

haha..kena tak dengan korang?

untukmu wanita, jangan mudah termakan kata manis...

Semasa dalam bas, aku berasa sangat tidak selesa melihat kelakuan dua orang pelajar yang mungkin sedang bercinta. Sebenarnya bukan aku sahaja yang tidak selesa, malah beberapa orang pelajar lain juga turut menjeling kerana berasa jelek. Sudah banyak sebenarnya, aku lihat keadaan ini cuma rasa malas nak tegur, memandangkan masing-masing sudah mampu fikir...malah ada pandangan sendiri untuk mengiyakan betapa tidak salah perilaku mereka. Cuma kali ini aku ingin menegur kerana berasa kasihan kepada pelajar perempan itu dan aku harap dia baca entri ini.


Rasa meluat bila melihat lelaki itu bersandar-sandar di bahumu.
Rasa meluat kerana dia cuba merayu-merayumu.
Rasa ini bukan sebab cemburu tapi kasihan melihatmu seolah-olah tergoda dengan kata-kata manisnya.
Aku juga tahu bukan kamu ingin, tapi kamu lemah.
Aku juga tahu kamu cuma manusia biasa, tidak lari dari rasa ingin mengasihi dan dikasihi.
Tapi aku cuma ingin kamu tahu, janganlah kamu menyerah diri sebelum diijabkabulkan kerana itu batil...
Maka kerana itu wanita, jangan mudah termakan kata-kata manis!
Aku menegur bukanlah kerana seorang yang terbaik, tapi aku cuma kasihan melihat nasib melanda kaummu. Sudah banyak didada-dada akhbar betapa banyak kekesalan dari ketelanjuranmu wahai wanita, malah kesakitan yang dialami melihat nasib-nasibmu lebih parah dari lukaku sendiri.


Kadang-kadang telah aku cuba untuk bersangka baik, tapi sangka baikku tidak akan mampu menghapuskan airmatamu suatu hari nanti...kerana itu aku akan terus menegur dan menegur biarpun kamu berpandangan aku hanya lelaki yang anti sosial...

Tuesday, November 3, 2009

---aku dan exam---

Entah kenapa sejak kebelakangan ni aku asyik duk teringat memori lama. Sedang asyik duk mengulangkaji kursus konsultasi, aku teringat masa aku nak exam STPM dulu...aku teringat masa nak exam subjek Ekonomi, kalau tak silap la...sejam sebelum paper nak mula, aku masih duk belek2 soalan latihan lagi. Masa tu aku masih duk kat rumah sedangkan kawan-kawan yang lain, mungkin dah menunggu nak masuk dewan..Bila tengok jam dah nak pukul 1.30 tengah hari, aku pun cepat-cepat ar bersiap...last-last aku terlewat sampai ke dewan. Cikgu aku siap menunggu lagi, geleng kepala tengok aku...aku wat selamba jer, sambil tersengih manis..huhu. Kawan-kawan yang lain dah masuk dah, tinggal aku jer yang lewat. Bila belek soklan periksa, aku jadi blank...adus, aku pun kuar ar kejap mencari ketenangan. Nasib baik ar, lepas kuar dewan...aku leh tenangkan fikiran dan aku pun leh jawab semua soklan exam dengan bahagia sekali...hehe. Alhamdulillah, aku dapat gak skor paper tu...:-)

Skang ni tak macam dulu lagi, study pun malas kit...persediaan langsung takda, tunggu tengok soklan apa yang kuar, pastu jawab ikut suka..huhu, Ok lar, sekadar catatan ringkas bila teringat masa silam...dan aku tujukan lagu "hampir ke situ" untuk semua kawan yang ngah study tu...hehe

Dan semoga kita semua berjaya yea...sama2 kita doakan antara satu sama lain...ganbatte!


Sunday, November 1, 2009

>>keliru<<

ku ternyata keliru,
antara kehendak dan pilihan....

ya Rabbi,
temukan aku jawaban dalam samar takdirku,
kerana ku ternyata keliru,

ya Rabbi,
selaraskan kehendakku dengan kehendakMu,
kerana ku ternyata keliru,
andai harus ku akhiri,
biarkan ia berlalu,
andai harus ku gagahi,
kurniakan ku kekuatan,
kerana ku tak ingin terus keliru,
yang terkadang tenggelam dalam memori silam...

ya Rabbi,
ku sedar ku miliki pilihan,
antara hati dan tanggungjawab,
namun,
bagaimana harusku langkahi?
mengalas kehidupan, menuju syurgawi?

>>hanya Engkau yang memahami<<
___bercinta sampai ke syurga!___

Saturday, October 31, 2009

Pengemis Kecil Yang Miskin

Aku hanya seorang anak kecil yang miskin,
Di saat temanku ketawa riang,
Aku juga ingin jadi seperti mereka,
Turut sama berkejar ke sana ke mari,

Aku hanya seorang anak kecil yang miskin,
Ketika kamu senang dan kenyang,
Aku hanya mampu melewati lorong-lorong kelam,
Kadang-kadang mengemis mencari belas,
Banyak hari lapar dari hari kenyang,

Aku hanya anak kecil yang miskin,
Tiap masa belajar berdikari,
Kadang-kadang jatuh ku bangun sendiri,
Mengharap kasih ibu dan bapa,
Jauh sekali,

Kerana aku hanya anak kecil yang miskin,
Akan ku kuatkan kaki melangkah hari,
Biar terus di panah mentari,
Aku akan terus mencari dan mencari....

...saudaraku, tidak semua yang dilahirkan dalam serba serbi kecukupan..kasih sayang, didikan agama, harta dan sebagainya. Kita hanya bagaikan anak-anak kecil. Mungkin kita sudah memiliki apa yang kita inginkan...kasih sayang, ilmu agama, harta dan sebagainya tapi benarkah kita sudah benar2 cukup? atau kita juga anak kecil yang miskin ini?

...saudaraku, di luar sana..sebenarnya masih ramai yang seperti anak kecil yang miskin ini, dalam realiti kata yang sebenar dan bahkan dalam simbolik yang dinyatakan. Dalam simbolik yang dinyatakan, mereka yang seumpama anak kecil yang miskin ini adalah seperti mereka yag masih mencari-cari fitrah agama yang sebenar iaitu bertuhankan Allah Yang Esa dan mereka yang ingin mencari ilmu agama tapi mereka cuma tidak memiliki ruang dan peluang, mungkin peluang seperti kita. Jadi marilah kita cuba sedaya upaya membantu mereka ini dengan jalan dakwah di samping sentiasa meningkatkan kefahaman ilmu agama dan amal kita...InsyaAllah. Bersyukur dengan nikmat iman yang dipinjamkan..:-)

Saturday, October 24, 2009

renungan untuk wanita..

Sempurnakah kebahagiaan,
Jika bersyukur hanya ketika cukup?
Sempurnakah keinsafan,
Jika berserah hanya ketika duka?
Sempurnakah ketaatan,
Jika berbuat hanya ketika ingin?

Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

--Surah al-nur, ayat 31--

Benar sabdamu Nabi,
Bila kiamat mendekat,
Wanita berpakaian tapi telanjang,
Sungguh,
Kainnya jarang,
Menampakkan tubuh di bawah mentari,
Balutan ketat,
Meluluhkan iman para lelaki...

Wahai wanita, jadilah kamu seperti air yang memberi ketenangan ketika lelaki melihatnya, cukuplah wanita bukan Islam menelanjangi akal para lelaki!

Bila nafsu menjadi raja,
Iman tersisa jadi taruhan,
Sedangkan akal terbaring lemah,
Tidak berdaya,
Maka siapa lagi yang diharapkan,
Untuk melindungi mereka,
Para wanita...?
tonton dan renungkan...

video

Wahai wanita, apabila diperintahkan kepada kamu sesuatu yang fardhu maka segerakanlah kamu kepada kebaikan. Mengapa berlengah lagi atau bosankah kamu bila ditegur? Kebebasan yang semacam mana kamu ingin miliki? Islam telah mengangkat kamu, maka janganlah kamu mengambil jalan kebinasaan, menjatuhkan maruah kamu sendiri...tidak rindukah kamu akan bauan syurga?

Friday, October 23, 2009

kerana sekeping gambar...

“rapat sikit”

“lagi-lagi….”

“ok…cantik! 1,2,3”

KLIK!!! Mungkin inilah yang sering berlaku apabila kita ingin bergambar. Yang jauh, minta dirapatkan…kononnya atas nama seni. Dada bersentuh bahu, pipi bertemu pipi, badan bertemu badan, tangan saling bersentuhan dan sebagainya. Ini satu hal, yang mungkin bukan kerana kerelaan sendiri, cuma sebab atas permintaan jurukamera…yang gadis tersipu malu, tapi merelakan!

Tapi, dalam kebanyakan yang penulis lihat, banyak pula yang sengaja mendekatkan diri, khususnya antara lelaki dan perempuan. Mungkin nak kelihatan mesra, tapi alangkah silapnya tindakan anda.

“Alah…bukannya apa-apa pun. Tak batal air sembahyang eh!”

Mungkin ada yang kata “hanya sekadar gambar, bukannya ada apa-apa pun. Lagipun sekadar bergambar kenangan. Bukannya selalu”.

Mungkin anda tidak sedar, Allah juga sedang merakam apa yang anda lakukan…ke manakah hilang rasa takut anda padaNya?

Bagaimana pula dengan bergambar berdua antara lelaki dan perempuan? Bukankah ia akan mendatangkan fitnah?

Dan yang paling menakutkan, apabila seorang gadis yang kelihatan sopan…tapi kerna ingin bergambar, entah ke mana pergi kesopanannya…

Ada pula yang meletakkan gambar di Facebook, Friendster dan pelbagai jaringan sosial yang lain. Bermacam-macam gaya, manja dan mengoda. Mungkin niat anda baik, tapi anda harus sedar…yang melihat gambar anda bukan semua berniat baik. Mungkin ada hati yang ‘sakit’ yang turut sama melihatnya…terjadi zina mata, hati dan sebagainya, hanya kerana sekeping gambar!

Malah dalam Islam, seorang muslimah dilarang mengamalkan tabarruj, iaitu mendedahkan kecantikan kepada yang lain. Seharusnya anda juga perlu tahu bahawa setiap wajah adalah kurniaan Allah. Tak kira anda cantik, hensem atau tidak…jika anda tidak menjaganya dengan sebaik-baiknya, bagaimana anda ingin menjawab di hadapan nanti???

Link yang berkaitan tajuk  http://saifulislam.com/?p=6127


dari seorang lelaki....

menunggu di satu perhentian,
mencari ilham, bicara diri,
mencari petunjuk meniti zaman

seuntai sabda jadi harapan,
selembar firman jadi keyakinan,

mengapa terlalu kerap jiwa dilanda Hilang?
ke kiri ku buntu, ke kanan ku bingung,
bagaikan hanyut dalam lautan tenang,
tersadai di pulau, rawat sendiri...

apakah kerana kesalahan diri?
membiar tawa berlalu sepi?

Ya Allah, di blog ini ku hanyutkan diri meluah rasa, bukan ku mengeluh pada ketentuanMu. Tapi keterbatasan akalku mengalahkan keterbatasan hati. Mungkin sudah sampai masanya ku membuat keputusan, mengubah seluruh kehidupanku...hanya padaMu ku sembah harap. Permudahkanlah segala urusanku, kerana impian yang satu ini sudah lama terkubur sepi. Bimbangku, langkah rapuh terhuyung-hayang sendiri...

Buat calon solehah...

mungkin kita selangkah,
mungkin kita dekat,
mungkin kita di bumi yang berbeza,
mungkin juga kita berlainan fahaman,
dan mungkin....
ku tidak pasti, adakah dirimu telahku temui...

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar
bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar
bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku
padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar
tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan
biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami
dengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu
Amin....

Thursday, October 22, 2009

hilang

Ku sedar, suatu masa...sesuatu mungkin hilang dalam diriku. Kerna apa yang dimiliki hanya bersifat sementara. Nikmat dikurnia, hanya sekadar pinjaman...Sekiranya aku menggunakannya untuk kebaikan, maka bertambahlah kebaikan buat diriku. Namun, jikaku menggunakannya untuk keburukan, maka aku telah menganiayai diri sendiri.

Kehilangan itu mungkin juga bersifat sementara, sampai masa...ia mungkin akan dikembalikan kepadaku. Tapi dalam masa ia hilang, ku bimbang akan langkah yang salah ku turuti. Sungguh, ku hanya hamba yang lemah....

Ya Rabb,
kurniakanlah aku kekuatan dalam melangkah,
ku pasrahkan seluruh kehidupanku untukMu,
kerna engkau tahu apa yang terbaik buatku.

Sungguh,
jika sesuatu itu baik untukku...permudahkanlah ia untukku,
jika sesuatu itu buruk untukku...maka jauhkanlah dia dari keinginanku,
Sesungguhnya pada rahmatMu ku berharap....

Kehilangan itu, ku harap ia mengukuhkan pencarian makna diri...dalam erti yang hakiki. Tentang kehilangan itu, aku tidak ingin rawan dalam menghadapinya...biarlah ia bicara, mengajarku erti kehidupan..ku tak ingin jemu dalam menghadapinya kerna ia memusnah pedoman diri. Dan kerana ku tak mahu berhenti setakat ini....

oh tuhan.....

Pernah ku memikiri,
Kisah-kisah yang terpateri,
Saat mendatangi, terpinggirlah sepi,
Tumbuh mekar kuntuman hati,

Namun…
Ku relakan ia berlalu,
Membenarkan kata, membajai hikmah,
Biarpun sekali pernah,
Tewasku dalam kecamuk sendiri,
Memandang langit menghamparkan kecewa,

Namun….
Telah cuba ku gagahi dalam tapa sendiri,
Menyuburkan tenang dan redha,
Bersatu... dengan iradat Pengasih,
Berbicara tentang sabar,
Menumbuhkan pohon-pohon Cinta,
Berbungalah perngertian ,

Namun….
Bila hati diusik fitrah,
Menghanyutkan diri ke sumur fana’
Lantas ku malu pada keterangan sendiri,
Sedangkan pengabdian hakiki impianku….

Oh tuhan…mana mungkin hambaMu ini lari dari perbudakan, mencari cinta manusia…sedangkan hambaMu ini belum kenal CintaMu…sungguh, ku tidak ingin lagi memandang langit menghamparkan kecewa....

Tuesday, October 20, 2009

Diam itu lebih baik...

Terkadang dalam hidup, ku lebih ingin diam dari bicara...kerna ku takut. Takut untuk dipertanggungjawabkan. Sedangkan setiap tutur dicatat, setiap perbuatan dirakam. Biarpun remeh, tapi ku takut yang remeh tu lebih bisa dari yang besar.

Ku takut untuk bicara jika ia menyakitkan hati teman, kerana bimbang ku tak kesempatan untuk dimaafkan atas ketelanjuran kataku. Sungguh, jika ku berdosa dengan Tuhan...dengan rahmat dan kasihNya ku akan diampunkan. Tapi andai ku silap dengan hambaNya...ku harus ingat, hambaNya berhak ke atas ku...untuk memberi kemaafan. Sungguh ku takut jika kataku yang menyakitkan tidak sempat dimaafkan, kerana ajalku dan ajalnya hanya Dia yang tahu.

Sungguh ku takut akan Firman-Nya...

..Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun dia akan melihat pembalasannya dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun akan melihat pembalasannya..

Bilaku ingin bicara...ku teringat akan sabda RasulNya.

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”

Bilaku ingin bicara....ku jadi ingat akan sabda RasulNya..

"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Bagaimanaku harus berlebih dalam bicara, sedangkan kekasih menangis bimbangkanku umatnya...

....rapuh...

Allahu rabbi....

sungguh hamba rapuh dalam perjalanan,
telah banyak ku silap,
ku malu berhadapanMu,
telah kerapku rapuh,
sedangkan Engkau tidak pernah mengira...

Allahu rabbi.....
sungguh,
ketenangan lebih kuharapkan,
dari kebahagiaan,
kerna kebahagiaan itu membuatku lupa,
akan pengharapanku yang satu,

Allahu rabbi......
ku ingin ketenangan,
membuatku ingat,
sentiasa merasa,
tentang manisnya bertemuMu,

sungguh...
kebahagiaan hanya memenuhi keinginanku,
sedangkan ketenangan itu memenuhi harapanku,

Allahu rabbi.....
ku tak ingin rapuh,
kerana ku takut bertemuMu dalam murka,

Allahu rabbi....
ampunkanku atas khilaf hati,
dan dosaku,
kerna sungguh,
ingin kutemu,
dalam redhaMu,
kerna Engkaulah tujuan yang satu.....


...“Wahai jiwa yang tenang. Pulanglah kepada Rabb-mu dengan ridha dan diridhai
(-Nya), Maka masuklah ke dalam kelompok hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke surgaku.”.....

Sunday, October 18, 2009

Panah-panah Islam

Sudah seminggu tidak menulis di blog ini. Kesibukan menyiapkan tesis menghalang keinginanku untuk menulis. Namun dalam masa yang ada ini, aku menjadi ingat pada satu kata-kata seorang sahabat nabi, Saad Abi Waqqas. Beliau merupakan bapa saudara Nabi SAW dan seorang yang begitu bersemangat ketika berperang.

"Aku adalah panah daripada panah-panah Islam, maka tujukanlah aku ke mana sahaja yang engkau suka!"

Kata-kata ini cukup memberi makna kepadaku. Sekadar berkongsi dengan kawan-kawan seperjuangan yang mungkin akan menjadi seorang kaunselor suatu hari nanti. Jadilah seperti Saad Abi Waqqas, yang telah menyerahkan jiwa dan seluruh kehdupannya untuk Islam. Jadilah seperti cahaya, kemana sahaja engkau dipantulkan, disitulah engkau akan menyinar.

Berilah makna untuk Islam dalam kehidupan ini, sampaikanlah kebaikan walaupun pahit. Jangan mudah mengalah! Jadilah terhebat pada takdir anda!

Saturday, October 10, 2009

dr. cinta??

Cinta...satu rasa yang sering disentuh dalam blog ini. Seorang teman pernah bertanya, kenapa asyik membicarakan soal cinta jer? Kenapa tak membicarakan tentang kehidupan di kampus ker....

Sebenarnya, banyak impian yang tak terungkap buat masa ini dan sukar bagi penulis untuk menyatakannya. Namun, mungkin satu kata yang paling jelas. Dr. Cinta! mengajar sebuah kekecewaan dan keinginan kepada tasawuf-tasawuf cinta. Moga-moga titisan-titisan tasawuf cinta melenyapkan segala titik-titik hitam dalam hati, dan moga hembusan-hembusan tarbiyyah kerohanian memberi pedoman di kala diri dalam persimpangan... itulah salah satu sebab penulis asyik menyentuh tentang cinta dalam blog ini.

Penulis agak sedih melihat fenomena cinta yang melanda masyarakat dunia, khususnya dalam kalangan masyarakat Islam kini. Fenomena ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan wanita dan lelaki yang boleh kita katakan kurang mendapat didikan agama, malah ia juga turut berlaku dalam kalangan lelaki dan wanita yang sebati dengan tarbiyyah-tarbiyyah Islam. Yang berserban, yang berkopiah, yang tidak, yang bertudung biasa, yang bertudung labuh, yang tidak bertudung semua tidak terkecuali.

Dan bukannya penulis seorang yang anti-cinta kerana penulis juga pernah bercinta. Namun, Alhamdulillah... Allah telah memberi peluang kepada penulis untuk kembali ke landasan cinta yang sebenarnya. Memberi peluang kepada penulis untuk bercinta dan memulakan cinta dengan kaedah yang betul...bila ditakdirkanNya menemui seseorang yang bertakhta di hati suatu hari nanti.

Berbalik kepada fenomena cinta yang melanda masyarakat Islam tadi, penulis teringat kata-kata Saidina Umar al-Khattab.

'' sesungguhnya orang2 Islam mencapai kemenangan kerana musuh-musuh mereka melakukan maksiat kepada Allah. Jika tidak kerana kelebihan ini, nescaya orang-orang Islam tidak mempunyai kekuatan kerana bilangan dan kelengkapan mereka. Jika kita sama saja dengan mereka dari segi melakukan maksiat, mereka akan mempunyai kelebihan ke atas kita"

Alangkah besarnya pengaruh hati ke atas kejayaan umat Islam. Perang Badar telah menyaksikan bahawa orang Islam telah menang ke atas Abu Jahal dengan hanya bersenjatakan pelepah tamar! Hal ini berlaku dengan kekuasaan Allah dan semua ini takkan berlaku jika iman orang-orang Islam tidak kuat dan hati mereka dipenuhi maksiat. Dan ini merupakan salah satu sebab umat Islam sering ditindas, tidak bersatu sehinggakan menyaksikan darah-darah terus mengalir di bumi Palestin!

Sama-samalah kita kembali ke landasan sebenar, walaupun hati kita diuji dengan cinta...jangan mudah mengalah, terus bermujahadah. Adakah anda ingin mencurangi hati dan cinta anda? yang seharusnya diberikan pada yang berhak.

Penulis terbaca satu kata-kata yang boleh dijadikan renungan...

"wanita yang dicintai Allah, takkan dibiarkan disentuh mana-mana lelaki yang tidak berhak ke atasnya, walaupun sekadar disentuh hatinya"

Penulis sedar bukan mudah untuk menjalani kehidupan tanpa cinta, lebih-lebih lagi apabila kedewasaan menuntutnya...kadang-kadang anda sendiri terkeliru antara jodoh dan mainan perasaan, namun usah tergopoh gapah dalam membuat keputusan. Jangan jemu mohon petunjukNya. Bersabarlah walau sesaat!

wallahu'alam...

Friday, October 9, 2009

rindu...

rindu.....
mungkin satu kata yang sukar diungkapkan,
kala hadirnya,
terasa tersentap setiap nafas,
bila berbunga akan rindu,
maka kesahlah hati ingin bicara...

rindu kedamaian
bila gempita dunia kedengaran,
rindu ketenangan
bila hati dinodai nafsu...


ku rindu akan sepi,
melayarkan hatiku menuju Pencinta,
ku rindu akan sepi,
mengajarku tentang ketenangan,
ku rindu akan sepi,
melabuhkan bahtera keinsafan,
ku mencari sebuah rindu,
agarku mengerti erti cinta,
cinta yang mendambakan pada yang Haq,
rindu Ilahi....
bilakah masa aku bertemuNya?

Tuesday, October 6, 2009

Menghadapi kekecewaan

Kehidupan ini bukanlah sesuatu yang boleh diduga.Kadang-kadang kita banyak diuji tentang hati dan perasaan. Tapi inilah yang banyak mengajar kita tentang erti hidup. Keikhlasan dan kejujuran yang kita berikan belum tentu akan dibalas dengan keikhlasan dan kejujuran jua. Dan bukan mudah untuk kita memaafkan seseorang yang melukai kita. Namun, yang pahit tu harus ditelan kerana jika kita terus mengemamnya, kemanisan tak kan terasa. Dan usahlah membuang kepahitan, kerana yang pahit itulah ubat yang akan membentengi diri daripada kesilapan yang sama. Tetapi andai masa mampu mengubati, hulurkanlah kemaafan kerana Tuhan suka hamba yang berbuat kebaikan.

andai kecewa engkau turutkan,
warna pelangi takkan muncul lagi,
berputus asa dari jalan rahmatNya,
akan musnahlah pedoman diri,
bawalah hatimu kepada Ilahi,
kerana Ia menyembuh luka di sanubari,

Ingatlah, andai kecewa yang diturutkan warna pelangi yang indah tak kan muncul lagi.

Mengharapkan manusia sewaktu kecewa bukanlah jalan yang terbaik...kerana manusia hanyalah insan yang lemah, terbatas akal dan budi. Mengadu pada manusia juga menambah kekecewaan kerana tidak ramai yang memahami, sedikit cuma yang memberi ingatan. Sedangkan pengharapan pada Allah itulah yang benar kerana Dia takkan pernah mengecewakan hambaNya. Biarpun masa menjadi taruhan, lambat-laun ia memberikan kita kebahagiaan yang tidak pernah kita sangka. Selalulah bersangka baik kepada Dia...Dialah segala-galanya.

Mesej dari seorang teman....

aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri...
aku minta kepada Tuhan seekor kupu-kupu, Dia beri ulat berbulu...
aku sedih dan kecewa...

kemudian,

kaktus itu berbunga, indah sekali...
ulat itu menjadi seekor kupu-kupu cantik, riang sekali...

itulah jalan Tuhan, indah pada masanya...memberi apa yang kita perlukan, tidak selalu yang kita harapkan. Jauh dari apa yang kita fikirkan, sedangkan Dia sedang mengatur yang terbaik buat kita!

satu cinta



Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Monday, October 5, 2009

Aku ingin mencintaiMu

Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU

Aku ingin mencintai-MU
setulusnya, sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mendekati-MU
selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap
untuk bertemu dengan-MU
ya Rabbi......

Thursday, October 1, 2009

sesak di tengah ramai

Jamuan rumah terbuka khususnya hari raya memang menyeronokkan. Dan memang meriah jika ramai yang menghadiri. Kadang-kadang kita sanggup bersesak untuk merasai kemeriahannya. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Masing-masing sanggup meredah lautan manusia dan makhluk-makhluk yang lain yang turut berpesta merasai kemeriahannya. Majlis yang terbuka macam ni kebiasaannya sukar dikawal, lelaki dan perempuan saling bersentuh bahu, tersentuh sana-sini...dan something like that.


Seseorang yang suka menjaga diri, sudah tentu akan mengelak ke majlis-majlis begini. Bukan bermaksud pengelakan sosial tapi mereka benar-benar takut akan kemurkaan Allah pasti akan sentiasa menjaga kesucian diri.


Kita sebenarnya mampu berfikir dengan matang, mana keputusan yang baik untuk dibuat tapi kita seolah-olah hilang pertimbangan dan berlaku krisis moral apabila dijamu dengan benda-benda seumpama ini. Bukan bermaksud menolak hablul minnal nas, mahupun bersikap jumud tapi cuba membawa anda berfikir sejenak. Kadang-kadang kita seumpama mencabut iman dalam diri dan meninggalkannya di sesuatu tempat apabila terpaksa akur dengan kehendak hati. Entah lah, apa yang kita mahukan? mahu merasa makanan yang lazat? atau sekadar keseronokan?
So, berhati-hatilah di majlis-majlis seumpama ini supaya pergaulan dan maruah terjaga..:-)

Wednesday, September 30, 2009

Tentang hati & cinta : Kaku


Entah kenapa diri rasa jauh, rasa asing...sedangkan kebisingan alam membingitkan telinga.

Semua tingkahku kaku, tuturku bisu biarpun perjuangan yang tersisa menuntutku untuk terus bergerak dan menuntutku untuk terus bersuara.

Apakah kerna dingin hatinya? hidup tanpa keinginan, tanpa perasaan?

Apakah kerna tidakku melihat dunia yang terlukis dengan keindahan pelangi?
Akan terhentikah langkah? yang terhuyung hayang dalam kesamaran...

Tuesday, September 29, 2009

Tentang hati & cinta : hidup

apakah cara terbaik untukku menjalani sebuah kehidupan?
bagaimana harus aku menjaga hati padaNya?
seharusnya aku perlu jujur menyintaiNya...
namun kadang-kadang hati ini lemah bila diuji, biarpun ku tahu rahmat dan kasihNya adalah untukku...
seharusnya bagaimana harus ku didik hati, agar tidak leka dari jalanMu,
seharusnya bagaimana harus aku hidupkan cinta yang hanya untukMu,
telahku hidup tanpa cinta dengan rahmat dan kasihMu, yang mengajar tentang redha.
mampukah aku mengejar cintaMu, sedangkan aku termanggu di sebuah persimpangan.
Ku bimbang langkah ku goyah dalam meniti arus yang tenang, kerana ku takut ketenangan itu melenyapkan pengharapan padaMu..
namun ku takut bila diuji, yang menghadirkan kekecewaan pada takdirMu..
dan bagaimana harus ku jalani dengan tenang tanpa cinta di hati,
biarkan ku dambakan kasih dan rahmatmu,
agar ku mengerti engkaulah harapan yang satu....

Thursday, September 17, 2009

"layar keinsafan"

Sudah lama ku tak menulis di blog ini. Entah kenapa jiwa yang dahulu kental menghadapi dugaan mula rapuh dalam meniti perjalanan. Kadang-kadang terasa diri terpinggir dari rahmatNya hingga sukar menemui kekuatan dalaman. Mungkin kerana jahilnya diri yang biasa dalam dosa, membuat diri ku tewas dalam perjalanan yang menuntut kesabaran. Kadang-kadang diri hilang pedoman. Kadang-kadang diri terasing dalam kehidupan. Kadang-kadang….sukar digambarkan tentang apa yang berlaku. Mungkin cukup lagu lirik lagu “mentari hidup” dan “rintihan” menjadi saksi sebuah perjalanan yang ingin kembali pulang…sekurang-kurangnya membuka hatiku ke pintu hidayah, agar ku terus kuat di jalanNya. Dan moga lirik lagu ini mampu menterjemahkan apa yang menjadi harapanku…

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Saturday, September 12, 2009

mentari hidup

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

rintihan

Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti

Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengngati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Jadi Kenangan

Keranamu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa

Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya Cintamu

Sungguh Kau Lebih Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi

Jujur Ikhlaskah Hati Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan

Tuesday, April 28, 2009

Mahukah kamu mengikuti petunjuk?

Seusai solat isyak hati saya terdetik untuk menulis...mungkin betapa berat perjalanan ini membuat kita banyak berfikir. Sesungguhnya bukan mudah bagi orang-orang yang ingin membersihkan diri mereka dari debu dosa seandainya jalan yang mereka penuh dengan debu...begitulah yang boleh diibaratkan betapa susahnya hidup dalam masyarakat yang leka dengan dosa dan tidak mahu mengikuti petunjuk. Saudara, usahlah berputus untuk memberi kesedaran kepada sesiapa sahaja walau dirimu dibuang, atau dicaci atau sebagainya. Ingatlah, betapa beratnya ujian yang ditempuhi Rasullullah ketika cuba menyampaikan ajaran Islam, mengajak manusia ke jalan kebenaran. Ingatlah betapa sakitnya Nabi yang kita mengaku kita mencintainya, dilempar batu mengajak penduduk Taif beriman kepada Allah, ingatlah ketika Nabi dan para sahabat dipulau, diseksa dan bermacam-macam lagi ujian yang menimpa mereka. Kerana apa saudara? hanya kerana nak mengubah kehidupan masyarakat jahiliyyah supaya mengikuti kebenaran. Ketahuilah bahawa salah satu sebab mereka tidak mahu mengikuti kebenaran ialah kerana mereka tidak mahu meninggalkan dunia mereka. Tidak sanggup melepaskan pangkat, kekayaan dan cara hidup yang penuh noda yang sudah sebati dengan diri mereka. Samalah dengan masyarakat hari ini. Betapa banyak orang yang pergi belajar, mendengar ilmu agama, atau diberi peringatan atau sebagainya, namun berapa banyak yang ingin mengikuti petunjuk. Kenapa ek? jawapannya juga mudah. Sebab mereka tidak sanggup meninggalkan cara hidup yang sudah sebati dalam diri mereka, walaupun ia bertentangan dengan ajaran agama. Tak usah saya memberi contoh yang besar, cukuplah dengan menutup aurat, ramai yang tahu menutup aurat itu wajib tapi berapa ramai pula sanggup? kalau ada pun belum cukup sempurna. Begitulah sikap kita...

Saya cuba uploadkan tentang kisah perjuangan Rasullullah dan para sahabat. Hayatilah...


video

terasakah anda untuk menitiskan airmata? jika ada, bersyukurlah kerana anda benar-benar umat yang menghargai perjuangan Rasullullah dan sahabat. Jika tak, ambillah masa sekejap, dan renungkanlah dimana silapnya. Anda seharusnya malu untuk mengaku umat Muhammad dan malu untuk meminta syafaat jika anda masih belum menemui jawapannya. Namun anda juga masih belum berbangga jika anda menangis kerana perjalanan ini masih panjang. Ingatlah sudah datang keterangan yang nyata kepada kita, maka ikutilah kebenaran itu dan sesungguhnya pada kita, ada akal yang boleh membezakan baik dan buruk, menjadi petunjuk buat kita, andainya belum lagi hatimu dibukakan kepada kebenaran.....wallahu'alam.

Saturday, April 25, 2009

"Rajuk"

apakah lagi erti kehidupan ini...
jika semua tidak mengerti...

apakah lagi yang dinanti?
bila semua menyembunyikan diri

apakah lagi bisaku berdiri?
jika semua bersikap iri hati

apakah lagi harus ku perjuangkan?
andai hidup dalam buangan

apakah lagi harus ku pertahankan?
andai jiwa makin tertekan

apakah lagi mampu ku sampaikan?
jika kalian menghantarku ke perkuburan?

apakah erti kehidupan ini buat kita? adakah keseronokan? entahlah mungkin sekali-sekala hati ini "rajuk" bila tidak mampu mengharungi kehidupan...jatuhnya air mata kala sendirian. Andai beginilah takdirnya, akan kuatkan langkah kakiku ya Tuhan...

hati umpama gelas kaca,
jika tidak diisi dengan manisan takwa,
masuklah racun dunia,

hidupkan perlukan teman,
sebab itu kita tak diciptakan sendirian,
berpesan-pesan pada kebaikan,
sentiasalah muhasabah iman,
moga2 dapat petunjuk di akhir zaman..


...luahan hati seorang teman yang telah "pergi" meniti kematian....

bilakah lagi...

GEORGETOWN: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah yang dialami remaja berusia 13 tahun yang menjadi hamba seks bapa dan dua abang kandungnya sejak berusia sembilan tahun.
Selain menjadikan rumah mereka di Kubang Semang, Bukit Mertajam tempat melepaskan nafsu, mangsa pernah dirogol dalam hutan.
Lebih menyedihkan, dia bukan saja dirogol, malah pernah diliwat bapa dan abang yang sepatutnya melindungi keselamatannya. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tuanku Said, berkata penderitaan remaja itu terbongkar apabila dia mengadu kepada Bahagian Kaunseling sekolahnya. Berikutan itu, pihak sekolah membuat laporan polis, kelmarin. "Polis menahan bapa mangsa berusia 42 tahun dan abangnya berumur 15 tahun bagi membantu siasatan. Polis sedang mengesan seorang lagi abang mangsa yang berusia 17 tahun," katanya di sini, semalam. petikan daripada Berita Harian, 25 April..

bilakah lagi nilai kemanusiaan dan kasih sayang akan disuburkan kembali?kenapa dan bagaimana? renungkanlah sendiri kerana aku sudah tak mampu untuk berbicara....

Aku Menangis kerana Tak Mampu Menegur

Bismillahirrahmanirahim...

Sesungguhnya dari Allah aku datang dan kepada Allah aku dikembalikan...Alhamdullillah dalam aku mencari jawapan kepada setiap persoalan yang bermain dalam fikiranku...Dia memberi ku kekuatan dalam ilham keyakinanku kepadaNya. Bukan mudah apabila diri ditimpa dengan persoalan2 akidah yang boleh menggugat iman kita...tapi manisnya apabila kita menemui keyakinan akan janji-janjiNya. Mungkin para pencari kebenaran lebih mengerti berbanding dengan mereka yang hanya membenarkan dengan lidah. Kita sebagai seorang yang dlahirkan sebagai Islam mungkin kurang merasai nikmat iman berbanding dengan mereka yang mencari kebenaran dengan bersusah payah. Teringat kisah Salman al-Farisi yang sanggup bersusah payah,...menjadi hamba demi mencari kebenaran, mencari Rasullullah demi kebahagiaan yang sebenar-benarnya. Begitu syahdu apabila dia memeluk Rasullullah setelah berjumpa Rasullullah. Berbanding kita pula bagaimana? Kita yang bergelar Islam sejak lahir tidak berasa betapa nikmatnya iman kerana itu kita leka, kerana itu kita sering mengabaikan kebenaran sehingga ada yang sanggup menolak hukum. Ada yang sanggup mengenepikan hukum dan hak semata-mata ingin hidup menjaga hubungan sesama manusia tapi tidak pula dengan Allah. Benar, Tuhan Maha Penerima Taubat. Tapi sampai bila kita nak mengulangi kesilapan yang sama? Kita memang insan lemah...tapi kita mahu ke jadi anak kecil yang tak reti nak berfikir..bila ibu ayah marah kita tak buat, tapi bila ibu ayah kita tak tegur, tak denda kita buat kesalahan yang sama?

Bagaimana aku harus menegur?

Bagaimana lagi aku harus menegur jika aku dianggap sebagai kolot? sebagai jumud? sebagai terlalu rigid dengan kebenaran sedangkan kebenaran itulah yang telah diajar oleh Rasullullah? Saudara seagamaku, jika hari ini kita tidak mampu membetulkan diri kita dengan kehendak al-Quran dan as- Sunnah bagaimana pula dengan generasi akan datang? Adakah benih yang rosak akan membuahkan buah yang baik, melainkan buah yang rosak juga...Kita sebenarnya mewariskan generasi kita dengan budaya yang sudah rosak kerana kita sudah tidak mengendahkan kebenaran kerana semata-mata nak jaga kehidupan kita.." alah, kalu kita nak anggap semua benda tu haram, nak menari pun haram, nak menyanyi pun haram...kolot sangat lah mu ni?" kadang-kadang aku sendiri tak mampu nak kata apa apabila dengar kata-kata seumpama ni. Aku hanya mampu menangis dalam hati. Yelah, mungkin nilai kita berbeza tapi panduan kita sama...agama kita sama, penghulu kita sama, Tuhan kita sama, tapi adakah destinasi kita berbeza? Kita adalah pengembara, jalan yang berbeza mungkin sampai ke tempat yang sama tapi dalam masa berbeza. Tapi alangkah ruginya kalu kita silap jalan dan sampai pula ke destinasi lain.

Masih sibuk nak islah tapi dakwah...

Pernahkah kita terfikir tentang saudara bukan Islam yang sepatutnya kita dakwah? tidak kasihan ke kita lihat mereka...mereka pun nak sampai ke destinasi yang sama tapi kita tak tegur, alangkah kasihannya. Bagaimana perasaan saudara apabila saudara bukan Islam, kawan anda yang bukan Islam berkata suatu hari nanti " aku mati dalam kekafiran sebab tak da orang nak dakwah aku, aku buat silap pun tak da orang nak bagitau kebenaran..". itulah tugas dakwah kita, tapi alangkah sedihnya apabila umat Islam sendiri masih tak dapat nak ikuti kebenaran sehinggakan kita tak mampu nak jalankan usaha dakwah. Kita masih sibuk nak betulkan diri yang ingkar tapi masih juga tidak nak ikuti petunjuk. Kita sepatutnya sudah kuat tapi lihat umat Islam sekarang...kalau semua cuba hidupkan suasana Islam alangkah indahnya. Aku menangis kenangkan kalian. Aku menangis kerana tak mampu menegur...

Cubalah ambil masa sekejap untuk fikir....harap anda jelas dengan situasi kita di akhir zaman ni, sekadar nak bagi nasihat sebab kat akhirat sana tak layak nak bagi syafaat...wallahu'alam

kita sering mengikut kata hati,
berbanding akal dan budi,
tak nampak anugerah,
tapi lebih mengejar nafsu amarah,
kurang bersyukur, jarang tafakur,
mengharap benda tak dimiliki,
berbanding menjaga benda yang dimiliki,
senang dihati, adakah senang juga akhir nanti?

Friday, April 10, 2009

common sense: kebiasaan yang membinasakan


Bismillahirahmanirrahim...

Bermula dari satu kebiasaan, kita kadang-kadang lupa yang ia sebenarnya pembiak dosa yang sepatutnya kita hapuskan. Pernahkah saudara sedar dalam pergaulan seharian, kita sebenarnya telah membiarkan sesuatu dosa yang kita anggap biasa mula bertakhta dalam diri kita. dalam tak sedar kita sebenarnya banyak dipengaruhi oleh persekitaran, kawan atau media yang kerana kita ingin menjaga nilai dan perhubungan yang dibawa oleh mereka dan kita terpaksa melupakan soal agama kerana semata-mata menjaga hati. Dalam suatu hari, beberapa kali saya mendengar seorang kawan perempuan memanggil kawan lelaki ( mereka bukan pasangan kekasih tetapi teman sekelas) dengan ungkapan sayang. Mungkin niat mereka sekadar bergurau dan mungkin isu ini hanya sekadar remeh. Tetapi pada saya, jika semua benda kita letakkan pada hak yang tidak betul di mana lagi keindahan? Bukankah sebagai seorang perempuan, adalah lebih indah jika anda ungkapkan kata sayang itu pada suami anda atau anak-anak anda? itu mungkin sebagai suatu situasi kecil berkaitan common sense. Dan saya lebih terkejut apabila mendapat berita ada juga segelintir pelajar perempuan dan lelaki yang merupakan pasangan kekasih menganggap tidur bersama sewaktu pergi bercuti adalah perkara biasa. Bila ditanya, mereka menjawab " alah, kami bukan buat apa pun, kami just tidur bersama je..." Dan lebih mengejutkan lagi, apabila pensyarah di mana tempat pelajar berkenaan belajar mengganggap situasi berkenaan adalah perkara biasa. Ini satu lagi common sense yang membinasakan! Jadi bagaimana pula reaksi kita? Adakah kita juga mengambil soal mudah dalam perkara ini? Fikirkanlah...

Thursday, April 9, 2009

komitmen vs cinta?



Mungkin sudah mual mendengar kisah penceraian antara dua insan yang pernah melafazkan taat setia untuk hidup semati. Namun, tanpa disangka...mahligai indah mula retak, tiada lagi ukiran cinta yang menyatu dalam sanubari dua insan bergelar suami isteri. Begitulah tamat sebuah hikayat cinta yang pernah diagung-agungkan dulu. Saudara, dalam soal perhubungan...cinta kadang-kadang bukanlah suatu yang menjamin kebahagiaan. Dalam banyak hal, komitmen lebih penting dalam menyatukan padukan hati yang sudah jemu. Perasaan cinta tidak selamanya akan kekal dalam ikatan, kerana kadang-kadang hubungan itu diuji dengan kisah-kisah luka. Hubungan cinta juga kadang-kadang diuji dengan JEMU. Namun jika anda seorang yang sangat komitmen dengan tanggungjawab, dengan amanah anda, dengan lafaz sebuah perkahwinan...maka layaklah anda mengecapi kebahagiaan yang tiada batasannya dalam sebuah rumah tangga. Fikirkanlah jika anda sedang mencuba-cuba untuk meninggalkan pasangan anda...

Wednesday, April 1, 2009

maaf saya tertengok aurat kamu!

bismillahirrahmanirahim...

sudah lama tak menulis dalam ruangan ni...mungkin kesempatan yang ada ni, boleh saya kongsikan sesuatu dengan anda...mungkin ada yang memandang sinis dan berfikiran negatif bila terbaca artikel ini. Tapi bukan tujuan saya untuk memuaskan hati dan membenarkan nafsu kalian melalui penulisan ini, tetapi kebenaran yang ingin ditegakkan. Berikut adalah beberapa nasihat saya berkenaan aurat terutama bagi kaum wanita sepanjang pemerhatian saya secara sengaja dan tidak sengaja..

1) awasi pakaian putihmu kerana ia bisa menampakkan tubuhmu. Musim sekarang yang tidak menentu, kadang-kadang hujan...anda akan basah, jadi bila anda berpakaian putih dan baju putih anda basah, ia akan menampakkan aurat anda.

2) awasi bila melangkah menaiki bas. Pakailah stoking kaki yang panjang, kerana sewaktu anda melangkah menaiki bas, kain anda akan tersingkat dan ia akan menampakkan betis anda yang gebu tu, yang menjadi umpan kepada nafsu seorang lelaki...perhatikan juga bila anda membonceng motosikal, pasti kain anda akan tersingkat dan menampakkan aurat anda!

3) jangan biasakan diri anda mengangkat kain bila melalui lopak air kerana ia menampakkan betis anda...

pasti anda terlepas pandang tentang perkara kerana kelaziman yang sering anda lakukan...cubalah ubah dan jangan biasakan diri anda dengan dosa free...

Saturday, February 21, 2009

Hati-hati bila terima rawatan

Bismillahirrahmanirahim…

Saya sungguh terkejut dan marah apabila membaca satu artikel yang dipostkan dalam blog Saifulislam. Berikut saya paparkan mesej yang dihantarkan oleh pengunjung dalam blog berkenaan:

“Assalamualaikum. Saya nak tanya, baru-baru ini saya ada ke hospital untuk membuat pemeriksaan kerana ada sedikit bintil di bahagian lengan. Kata doktor itu, ia masalah kelenjar. Apa yang pelik, ketika doktor itu membuat pemeriksaan, dia menanggalkan pakaian saya. Ketika itu hanya kami berdua dalam bilik tersebut. Saya tidak mengesyaki apa-apa. Doktor tersebut ada menggesel alat sulit saya dan berkata sedap kalau kahwin. Saya terkedu… adakah ini dibenarkan dalam etika kedoktoran?” tanya seorang pengunjung di blog ummusaif.com

Oppss! Maafkan saya, jika memaparkan kes ini dalam blog ini tetapi bagi saya ia sungguh mendukacitakan apabila seorang mangsa salah laku seksual tidak sedar bahawa kehormatan mereka telah dicabul. Dan masalah yang berlaku bukan lagi setakat berkaitan dengan etika tetapi ia juga berkaitan dengan maruah wanita. Dan untuk pengetahuan semua, mangsa adalah seorang pelajar di IPTA dalam jurusan agama. Tidakkah kalian merasakan bahawa maruah agama sedang diinjak-injak!?Sebenarnya saya pernah terbaca satu kes yang hampir serupa dalam surat khabar yang berlaku beberapa bulan lalu. Kes ini berkenaan seorang wanita yang mendakwa dirinya dicabul oleh petugas x-ray ketika menjalani rawatan. Pada masa itu, mungkin saya kurang mempercayai dengan laporan sebegitu dan berharap benda tersebut tidak benar. Tetapi kini saya sudah mula bimbang kerana ia adalah satu pencabulan secara tidak sedar jika benar perkara ini berlaku. Sebagai pesakit kita ada hak untuk mendapatkan butiran tentang rawatan yang bakal kita terima. Saya juga sedang cuba mendapatkan maklumat tentang bagaimana rawatan scan, x-ray dan sebagainya dijalankan. Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan, diharapkan dapat berkongsi dalam blog ini. Jadi, bagi sesiapa mengalami penyakit yang memerlukan pemeriksaan seumpama itu, saya harap anda sedar tentang apa yang berlaku dan berhati-hati bila menerima rawatan. Anda ada hak untuk menjaga maruah anda dan seeloknya bila mendapatkan rawatan, carilah pakar yang sama jantina. Moga ALLAH melindungi kita.

Friday, February 20, 2009

Gilap Mutiara Biar Jadi Permata

Bismillahirrahmanirahim..

Sudah seminggu berlalunya program motivasi bagi subjek pengurusan yang kami jalankan di SMT Slim River. Program ini disertai oleh pelajar tingkatan 5, yang terdiri dari pengawas sekolah, pustakawan, ketua dan penolong kelas serta PRS. Satu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan apabila mengendalikan program sebegini. Kadang-kala kita akan belajar sesuatu yang baru, yang mana kita tak pernah terfikir untuk mempelajarinya. Walaupun boleh dikatakan masih baru mengendalikan program, dan timbul sedikit masalah yang mana resam dalam mengendalikan program, Alhamdulillah segala masalah tersebut dapat kami atasi. Nasihat saya untuk rakan-rakan yang bakal menjalankan program yang sama, apabila kita bekerja dalam satu kumpulan..anggaplah masing-masing sebagai satu perasa dalam satu masakan. Ada yang manis, pahit, masin, dan masam. Apabila semua ada, ia akan menghasilkan satu masakan yang sempurna tetapi jika semuanya mempunyai rasa yang manis..maka sudah tentu si pemakannya akan kencing manis..hehe. Jadi apa yang saya ingin tegaskan cubalah fahami keunikan setiap ahli kumpulan dan bekerjasamalah dengan baik. Mudah-mudahan masakan yang dihasilkan menjadi hidangan yang sempurna. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua peserta dan pihak sekolah di atas kerjasama yang diberikan dan sejuta tahniah kepada ahli kumpulan saya iaitu Zam, Sytah, Areda, Chik, Ain, Madi, Ta, Na dan Za yang memberikan komitmen yang baik sepanjang menjalankan program bekenaan.
Syukran



Pengurusan Cinta



Bismillahirrahmanirahim.



Seperti yang saya janjikan, pada kali ini saya akan membicarakan bagaimana sepatutnya kita menguruskan cinta. Sebenarnya apa yang saya paparkan di sini adalah berdasarkan pembacaan saya dan ceramah yang saya dengar serta penulisan ini juga merupakan lanjutan daripada tugasan yang diamanahkan kepada saya. Untuk sahabat-sahabat semua, tujuan saya membicarakan hal ini adalah kerana saya melihat percintaan sebagai satu saluran kepada permasalahan sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita.Kerana cinta, ramai yang sanggup menggadai maruah, ramai yang sanggup berpisah dengan keluarga, sanggup membunuh dan entah apa lagi bahana yang menanti sekiranya cinta tidak diurus dengan betul. Sedangkan ketahuilah saudara-saudara sekalian, cinta itu sesuatu yang indah, yang murni, anugerah dan seharusnya dibajai dalam kondisi yang betul agar bertambah keberkatannya.

1. Bercintalah kerana ALLAH
Wahai saudara sekalian, sesungguhnya cinta itu merupakan anugerah yang dikurniakan oleh ALLAH sebagai fitrah kita manusia. Jadi seharusnya kita bila bercinta, cubalah tanamkan niat dalam hati dan diri kita, biarlah kerana Allah semata, dan moga-moga dengan itu kita terlindung jerat cinta nafsu. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud:
“Barangsiapa mencintai kerana ALLAH dan membenci kerana ALLAH, maka sempurnalah imannya.”

Oleh itu wahai saudara,sekiranya kita inginkan iman yang sempurna cubalah mencintai atau membenci apa jua sekalipun biarlah kerana Allah.

2. Janganlah cinta kepada manusia melebihi kecintaan kepada Pencipta
Dalam soal percintaan, seharusnya kita kena berani menegur kesilapan pasangan masing-masing. Jangan kerana takut kehilangannya kita membiarkan sahaja kejahilan bertakhta dalam sanubarinya. Ingatlah wahai saudara, sesungguhnya kita diberi nikmat percintaan bukan semata-mata untuk memenuhi keperluan biologis atau jasadiah semata-mata, malah ia juga satu anugerah dan peluang untuk kita saling membaiki diri dan ia juga satu cinta dari Tuhan Pencinta. Oleh yang demikian, pasangan yang baik tidak seharusnya mengemudi sebuah percintaan ke arah kebinasaan. Tapi malangnya hari ini, kita terleka dan sering kali kita jatuh dalam jurang cinta nafsu sehingga kita tak berani mengatakan “inni akhafullah (saya takutkan Allah)” apabila jelas pasangan mengajak kepada kemungkaran. Seseorang yang cintakan Allah melebihi kecintaan kepada pasangan tidak akan gentar diugut untuk ditinggalkan jika tidak memenuhi nafsu buruk pasangan, tidak takut menolak pelawaan untuk sama membonceng, tidak takut untuk menolak bermesra-mesraan dan sebagainya.

3. Ikutah saluran yang betul
Ketahuilah saudara bahawa percintaan yang sebenar-benarnya ialah antara suami dan isteri dan bukan antara teman lelaki dan teman wanita. Allah s.w.t telah menegaskan batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam Kitab-Nya dan begitu juga dengan hadis yang menyeru melangsungkan perkahwinan apabila kita mampu demi menjaga hubungan yang indah ini. Oleh yang demikian, sekiranya anda sudah mampu untuk berkahwin, usahlah ditangguhkan demi menjaga kesucian cinta, tetapi jika anda tidak mampu, cubalah menahan diri daripada melakukan kemungkaran seperti melakukan ibadah puasa dan banyakkan berdoa sehingga Allah menolong anda. Begitulah Rasulullah menyarankan kepada kita sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

“ Wahai para pemuda, sesiapa yang sudah bersedia berkahwin, hendaklah dia segera berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu boleh menghalang pandangan (kepada yang dilarangoleh agama) dan memelihara kehormatan. Dan barangsiapa yang tidak sanggup, hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu benteng baginya.”

Begitulah saudara sepatutnya kita menguruskan cinta. Yang paling penting ialah kita menjaga dan membersihkan hati kerana itulah raja yang mengawal tubuh badan kita. Jika hati kita dikuasai nafsu untuk bercinta semata-mata, nescaya kita adalah hamba yang rugi. Sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu kita ketahui dalam menguruskan percintaan tetapi saya rasa cukuplah sekadar membuka minda anda dalam soal percintaan. Dan renungilah kata-kata saya, jika anda memilih seseorang untuk hidup bersama kerana cinta, lambat laun rasa cinta akan hilang tetapi jika akan memilih seseorang untuk hidup bersama kerana Allah dan agamanya, insyaAllah kalian akan bahagia. Wallahu’alam.