Tuesday, April 28, 2009

Mahukah kamu mengikuti petunjuk?

Seusai solat isyak hati saya terdetik untuk menulis...mungkin betapa berat perjalanan ini membuat kita banyak berfikir. Sesungguhnya bukan mudah bagi orang-orang yang ingin membersihkan diri mereka dari debu dosa seandainya jalan yang mereka penuh dengan debu...begitulah yang boleh diibaratkan betapa susahnya hidup dalam masyarakat yang leka dengan dosa dan tidak mahu mengikuti petunjuk. Saudara, usahlah berputus untuk memberi kesedaran kepada sesiapa sahaja walau dirimu dibuang, atau dicaci atau sebagainya. Ingatlah, betapa beratnya ujian yang ditempuhi Rasullullah ketika cuba menyampaikan ajaran Islam, mengajak manusia ke jalan kebenaran. Ingatlah betapa sakitnya Nabi yang kita mengaku kita mencintainya, dilempar batu mengajak penduduk Taif beriman kepada Allah, ingatlah ketika Nabi dan para sahabat dipulau, diseksa dan bermacam-macam lagi ujian yang menimpa mereka. Kerana apa saudara? hanya kerana nak mengubah kehidupan masyarakat jahiliyyah supaya mengikuti kebenaran. Ketahuilah bahawa salah satu sebab mereka tidak mahu mengikuti kebenaran ialah kerana mereka tidak mahu meninggalkan dunia mereka. Tidak sanggup melepaskan pangkat, kekayaan dan cara hidup yang penuh noda yang sudah sebati dengan diri mereka. Samalah dengan masyarakat hari ini. Betapa banyak orang yang pergi belajar, mendengar ilmu agama, atau diberi peringatan atau sebagainya, namun berapa banyak yang ingin mengikuti petunjuk. Kenapa ek? jawapannya juga mudah. Sebab mereka tidak sanggup meninggalkan cara hidup yang sudah sebati dalam diri mereka, walaupun ia bertentangan dengan ajaran agama. Tak usah saya memberi contoh yang besar, cukuplah dengan menutup aurat, ramai yang tahu menutup aurat itu wajib tapi berapa ramai pula sanggup? kalau ada pun belum cukup sempurna. Begitulah sikap kita...

Saya cuba uploadkan tentang kisah perjuangan Rasullullah dan para sahabat. Hayatilah...




terasakah anda untuk menitiskan airmata? jika ada, bersyukurlah kerana anda benar-benar umat yang menghargai perjuangan Rasullullah dan sahabat. Jika tak, ambillah masa sekejap, dan renungkanlah dimana silapnya. Anda seharusnya malu untuk mengaku umat Muhammad dan malu untuk meminta syafaat jika anda masih belum menemui jawapannya. Namun anda juga masih belum berbangga jika anda menangis kerana perjalanan ini masih panjang. Ingatlah sudah datang keterangan yang nyata kepada kita, maka ikutilah kebenaran itu dan sesungguhnya pada kita, ada akal yang boleh membezakan baik dan buruk, menjadi petunjuk buat kita, andainya belum lagi hatimu dibukakan kepada kebenaran.....wallahu'alam.

No comments: