Saturday, April 25, 2009

bilakah lagi...

GEORGETOWN: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah yang dialami remaja berusia 13 tahun yang menjadi hamba seks bapa dan dua abang kandungnya sejak berusia sembilan tahun.
Selain menjadikan rumah mereka di Kubang Semang, Bukit Mertajam tempat melepaskan nafsu, mangsa pernah dirogol dalam hutan.
Lebih menyedihkan, dia bukan saja dirogol, malah pernah diliwat bapa dan abang yang sepatutnya melindungi keselamatannya. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tuanku Said, berkata penderitaan remaja itu terbongkar apabila dia mengadu kepada Bahagian Kaunseling sekolahnya. Berikutan itu, pihak sekolah membuat laporan polis, kelmarin. "Polis menahan bapa mangsa berusia 42 tahun dan abangnya berumur 15 tahun bagi membantu siasatan. Polis sedang mengesan seorang lagi abang mangsa yang berusia 17 tahun," katanya di sini, semalam. petikan daripada Berita Harian, 25 April..

bilakah lagi nilai kemanusiaan dan kasih sayang akan disuburkan kembali?kenapa dan bagaimana? renungkanlah sendiri kerana aku sudah tak mampu untuk berbicara....

No comments: