Friday, April 10, 2009

common sense: kebiasaan yang membinasakan


Bismillahirahmanirrahim...

Bermula dari satu kebiasaan, kita kadang-kadang lupa yang ia sebenarnya pembiak dosa yang sepatutnya kita hapuskan. Pernahkah saudara sedar dalam pergaulan seharian, kita sebenarnya telah membiarkan sesuatu dosa yang kita anggap biasa mula bertakhta dalam diri kita. dalam tak sedar kita sebenarnya banyak dipengaruhi oleh persekitaran, kawan atau media yang kerana kita ingin menjaga nilai dan perhubungan yang dibawa oleh mereka dan kita terpaksa melupakan soal agama kerana semata-mata menjaga hati. Dalam suatu hari, beberapa kali saya mendengar seorang kawan perempuan memanggil kawan lelaki ( mereka bukan pasangan kekasih tetapi teman sekelas) dengan ungkapan sayang. Mungkin niat mereka sekadar bergurau dan mungkin isu ini hanya sekadar remeh. Tetapi pada saya, jika semua benda kita letakkan pada hak yang tidak betul di mana lagi keindahan? Bukankah sebagai seorang perempuan, adalah lebih indah jika anda ungkapkan kata sayang itu pada suami anda atau anak-anak anda? itu mungkin sebagai suatu situasi kecil berkaitan common sense. Dan saya lebih terkejut apabila mendapat berita ada juga segelintir pelajar perempuan dan lelaki yang merupakan pasangan kekasih menganggap tidur bersama sewaktu pergi bercuti adalah perkara biasa. Bila ditanya, mereka menjawab " alah, kami bukan buat apa pun, kami just tidur bersama je..." Dan lebih mengejutkan lagi, apabila pensyarah di mana tempat pelajar berkenaan belajar mengganggap situasi berkenaan adalah perkara biasa. Ini satu lagi common sense yang membinasakan! Jadi bagaimana pula reaksi kita? Adakah kita juga mengambil soal mudah dalam perkara ini? Fikirkanlah...

No comments: