
andai kecewa engkau turutkan,
warna pelangi takkan muncul lagi,
berputus asa dari jalan rahmatNya,
akan musnahlah pedoman diri,
bawalah hatimu kepada Ilahi,
kerana Ia menyembuh luka di sanubari,
Ingatlah, andai kecewa yang diturutkan warna pelangi yang indah tak kan muncul lagi.
Mengharapkan manusia sewaktu kecewa bukanlah jalan yang terbaik...kerana manusia hanyalah insan yang lemah, terbatas akal dan budi. Mengadu pada manusia juga menambah kekecewaan kerana tidak ramai yang memahami, sedikit cuma yang memberi ingatan. Sedangkan pengharapan pada Allah itulah yang benar kerana Dia takkan pernah mengecewakan hambaNya. Biarpun masa menjadi taruhan, lambat-laun ia memberikan kita kebahagiaan yang tidak pernah kita sangka. Selalulah bersangka baik kepada Dia...Dialah segala-galanya.
Mesej dari seorang teman....
aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri...
aku minta kepada Tuhan seekor kupu-kupu, Dia beri ulat berbulu...
aku sedih dan kecewa...
kemudian,
kaktus itu berbunga, indah sekali...
ulat itu menjadi seekor kupu-kupu cantik, riang sekali...
itulah jalan Tuhan, indah pada masanya...memberi apa yang kita perlukan, tidak selalu yang kita harapkan. Jauh dari apa yang kita fikirkan, sedangkan Dia sedang mengatur yang terbaik buat kita!
2 comments:
so touching...i like it.thankx
alhamdulillah..syukran 4 reading n visit, :-)
Post a Comment