k kira lelaki mahupun perempuan. Masing-masing sanggup meredah lautan manusia dan makhluk-makhluk yang lain yang turut berpesta merasai kemeriahannya. Majlis yang terbuka macam ni kebiasaannya sukar dikawal, lelaki dan perempuan saling bersentuh bahu, tersentuh sana-sini...dan something like that. Seseorang yang suka menjaga diri, sudah tentu akan mengelak ke majlis-majlis begini. Bukan bermaksud pengelakan sosial tapi mereka benar-benar takut akan kemurkaan Allah pasti akan sentiasa menjaga kesucian diri.
Kita sebenarnya mampu berfikir dengan matang, mana keputusan yang baik untuk dibuat tapi kita seolah-olah hilang pertimbangan dan berlaku krisis moral apabila dijamu dengan benda-benda seumpama ini.
Bukan bermaksud menolak hablul minnal nas, mahupun bersikap jumud tapi cuba membawa anda berfikir sejenak. Kadang-kadang kita seumpama mencabut iman dalam diri dan meninggalkannya di sesuatu tempat apabila terpaksa akur dengan kehendak hati. Entah lah, apa yang kita mahukan? mahu merasa makanan yang lazat? atau sekadar keseronokan?
Bukan bermaksud menolak hablul minnal nas, mahupun bersikap jumud tapi cuba membawa anda berfikir sejenak. Kadang-kadang kita seumpama mencabut iman dalam diri dan meninggalkannya di sesuatu tempat apabila terpaksa akur dengan kehendak hati. Entah lah, apa yang kita mahukan? mahu merasa makanan yang lazat? atau sekadar keseronokan?So, berhati-hatilah di majlis-majlis seumpama ini supaya pergaulan dan maruah terjaga..:-)
No comments:
Post a Comment