Monday, December 5, 2011

Sehari Yang Lebih Baik

Bosan dgn drama Melayu yg kurang bkembang dan kerap terpelungkup dalam isu jahiliyah moden. Kalau tak isu mat rempit yang merempit, kemudian dicekup polis..dan plg tidak dilanggar mati, mesti akan kuar citer masalah sosial, pergi disko..pahtu mabuk, xsedar diri dan sekali-sekala ditontonkan aksi ghairah, rogo... tak pun aksi haram lelaki dan wanita yg dihalalkan atas status berlakon suami isteri dan pelbagai gejala yg tidak senonoh. Dan paling kerap yang kuar kat tv, isu-isu yang sentiasa berputar dgn kisah-kisah cinta yang tidak kesampaian, pengorbanan ataupun trilogi cinta, yg banyak mempengaruhi psikologi dan minda muda-mudi dalam persoalan cinta, yg akhirnya menjerat mereka dalam isu cinta dan emosi. Bahkan paling teruk mempengaruhi psikologi budak-budak yg SPM pun tak lepas lagi, untuk mula merasai kemanisan cinta...dan kesannya, banyak pula timbul serak berai sosial yg lain, rogol, ditipu kekasih, zina, buang anak..buang mak, sepak kucing sebab marahkan makwe ataupun pakwe (tak pasal-pasal kucing jd mangsa) dan pelbagai isu sosial yang memenatkan otak pak syeikh untuk berfikir nak selesaikan bila pak syeikh jadi perdana menteri suatu hari nanti..hehe.

Rasanya cukuplah mukadimah kepada perkara yang ingin pak syeikh nk usulkan pd hari ni. Korang fikir2kanlah benda yg pak syeikh duk bebelkan tu...cuma skank pak syeikh nk citer ttg perubahan, memandangkan kita ni masih di awal bulan Muharam. Yup, ari ni da masuk 10 Muharam, walaupun jam tak pukul 12 tgh malam lagi, tp mgikut hitungan Islam, bila saja fajar senja da muncul maka masuklah la ari baru pd waktu bkenaan. Bile citer pasal 10 Muharam, atau lebih dikenali sbgai Hari Asyura..kita disunatkan bpuasa. Sebentar td, pak syeikh terbaca satu artikel yg berkaitan dgn fadilat bpuasa pd hari Asyura. Hadis yg kerap berputar dlm kalangan umat Islam, antaranya yg myebut tentang kelebihan org bpuasa pd hari Asyura sama spt pahala malaikat,orang berihram, mati syahid, mgusap kepala anak-anak yatim...yg disandarkan kpd Ibnu Abbas r.a sbnrnya palsu. Jadi, sbnrnya banyak perkara yg masih kita belum tahu terutama dalam hal ibadat dan seputar tentang syariat Islam. Bile difikirkan balik dan merenung tentang diri sendiri...bnyak perkara yg kita leka. Leka dalam memantapkan kefahaman akidah, leka untuk memperbaiki kefahaman tentang syariat, leka untuk menuntut ilmu fardu ain dan kifayah...pendek kata, kita sebenarnya sudah dibunuh oleh masa, lantaran kealpaan kita megejar kesenangan kehidupan masing-masing. Pak Syeikh sendiri sudah agak lama juga tidak menjenguk Madrasah Rasul. Jika dahulu, kerap juga bercerita dalam group..buku2 di rak juga kerap hanya dipandang drpd dibelek. Sungguh, kita benar2 telah dibunuh oleh masa. Sedangkan, kita adalah umat akhir zaman yg sudah berkali-kali diingatkan oleh Allah, dgn plbagai ujian dan bala yg menimpa umat skitar kita...maka seharusnya kita megubah diri kita ke arah yg lebih baik. Kerana kita, mungkin atau tidak...yg akan bersama-sama Imam Mahdi dan Nabi Isa menentang Dajjal. Maka, pak syeikh seru pd diri dan sahabat, marilah sama2 kuatkanlah pertahanan iman dan ilmu wahai diri yg leka. Mari kita berubah, ubah sikap malas kita, ubah sikap bertangguh kita, ubah sikap bodoh sombong kita, ubah segala sikap mazmumah yg ada dalam diri kita..


Ayuh, pemuda! bangkitkanlah roh-roh kepahlawanan Salehudin al-Ayyubi melawan nafsu kepemudaan...tanamkanlah ketamakan mengejar ilmu Muhammad bin Idris, serulah jiwa-jiwa yg takut sebagaimana Umar al-Khattab...duhai sahabat, marilah kita ubah dan hijrah ke arah yg lebih baik. Semoga diri kita dan hari yang kita tempuh adalah sehari yang lebih baik dr yang semalam..

No comments: