Friday, December 2, 2011

Oh Hujan, Oh Demam, Oh Panadol

Usai solat jumaat di dekat Masjid Sg. Buloh...pak syeikh dan kawan serumah pekena bihun sup di gerai sekitar masjid. Syookkk juga pekena bihun sup setelah lama xmakan. Kawasan sekitar masjid selalu menjadi tumpuan para peniaga. Kalau setiap hari jumaat pasti sekitar masjid penuh dengan peniaga gerai. Apa yg mjadi sebb mereka suka membuka gerai kat sini, ialah sbb mereka tak perlu membayar sewa tapak. Tengah duk hirup kuah bihun sup, langit pula da mula mendung...hujan rintik mula jatuh ke dalam mangkuk sup. Terpaksa la pak syeikh cepat2 habiskan bihun sup, lau tak konfem banjir dengan air hujan..hehe.Skank ni kat Selangor da masuk musim hujan, hari2 hujan. Lau tidur tu konfem ase xnak bangun da. Ari tu, pak syeikh kuar p beli makanan kat pasaraya depan sekolah.Bile sampai jer, kebetulan hujan pun turun dengan lebatnya. Setelah lama bdiam dalam kereta..tunggu mgharapkan hujan reda, pak syeikh pun ambil kputusan nk redah jer hujan (kawasan pasaraya xda parking berbumbung)...satu perangai pak syeikh ni, nak blagak macho la kononya..pak syeikh xsuka bawak payung p ane2..dan xsuka guna payung walaupun time hujan. So, bile balik plak..pak syeikh tlupa nk mandi. So, nak jadikan citer..malam tu kepala pun mula la rasa berat, ptanda awal nk demam..keesokannya pak syeikh pun demam ler..padan muka pak syeikh blagak xnak guna payung dan xmandi lepas kena hujan..haha. Jadi pak syeikh da serik, balik jer tadi..pak syeikh terus mandi. Satu lagi perangai pak syeikh
ble demam ni, pak syeikh xsuka makan ubat, terutamanya makan panadol..jadi ble sekali demam, konfem plg tidak akan ambil masa selama tiga hari, lau tak silap hari ni da tiga hari pak syeikh demam, huhu. Sebab utama pak syeikh xsuka ambil panadol ble time demam, satu sebabnya kerna pak syeikh pernah tbaca artikel...katanya, panadol ni tak baik utk tubuh badan, sbb boleh merosakkan organ hati terutamanya bile ambil dalam kuantiti yg banyak. Sebenarnya panadol ni bertoksik dan akan tinggal dalam badan skurang2nya 5 tahun bile kita ambil. Pernah gak tjadi, seorg pramugari telan panadol dgn banyak sebb sakit kepala ketika kedatangan haid, last2 skank dia kena jalani rawatan dialisis buah pinggang walaupun br berumur 30 tahun. Jadi sebagai alternatif (pak syeikh pernah cuba dulu, tp untuk demam kali ni pak syeikh tak try) korang campurkan air dgn air isotonik, dengan nisbah 1 gelas isotonik bersamaan satu atau dua gelas air, kemudian minum...insyaAllah bkesan.

No comments: