Thursday, February 2, 2012

Salam Terakhir Buat Para Blogger

Assalamu'alaikum wbt...

Setiap jodoh (pertemuan) akan ada perpisahannyer...sama spt kita, walau sekejap atau lama kita bertemu...bila takdir telah menentukan perpisahan antara kita, maka itulah yg tjadi...

Pada kesempatan kali ni, pak syeikh memohon maaf pada sesiapa sahaja...

yg datang melawat blog pak syeikh, tp pak syeikh xlawat balik..
pd sesiapa yg follow pak syeikh tp pak syeikh tak pollo balik..
pd sape2 yg pak syeikh tak tpublish komen2..

dan pd sape2 yg pak syeikh kenal dalam dunia blogger dan juga luar dunia blogger..maafkan pak syeikh jika pak syeikh pernah atau akan melukakan diri shbt semua...maafkan pak syeikh dunia dan akhirat...

sebenarnya pak syeikh nk delete jerk blog ni, tp pak syeikh rasa mybe ada manfaat pd shbt melalui penulisan2 yg pbh pak syeikh post..maka pak syeikh pun cuma akan meninggalkan blog ni, dan mudah2an ilmu yg sedikit sbyk kat sini boleh dimanfaatkan sehingga kiamat nti..:)

-SALAM PERPISAHAN, MUDAH-MUDAHAN KITA BERTEMU KEMBALI DALAM RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH -

Wednesday, January 25, 2012

Surat buat sahabat

sahabat..
ku mengenalimu saatku kehibaan...
saat itu,
aku bsandar di bahu kehidupanmu,
menumpang kasih, berkongsi warna ceriamu..
sahabat,
saat itu pelangi senja tiba tanpaku
duga warnanya..
adakalanya merah, adakalanya
indah...
namun kau teguh berdiri tanpa lelah,
mghibur saat gundah...mencipta mekar bunga
kehidupan..
sahabat,
saat ini pula waktu terus bganti...
meninggalkan sisa mesra...
bganti dan terus bganti..
memerangkap waktu antara kau dan aku...
dan kini...
tiada lagi sapaan mgusik manja,
dan kini ku kehilangan watak dan tawamu..
yang dulu mgerti rasa,
sahabat...
kini ku rindu akan saat itu,
namun bila waktu menjengah usia,
maafkanku atas segala duka...
dan bukan niatku mengutus rasa...
cuma sekadar bicara bahasa...
mengisi ruang kenangan antara kita....

Kisah Pensel & Pemadam

Suatu hari, blaku pbualan antara pensel dan pemadam

Pensel    
Maafkan saya...

Pemadam 
Kenapa? Awk xbuat apa-apa salah pun.

Pensel     
Saya telah banyak melukakan awak, kerana kesilapan yg telah saya lakukan...diri awk telah cedera. Semata-mata kerana mahu membetulkan kesilapan saya, awk terpaksa korbankan diri awk.

Pemadam 
Ya, betul...tapi saya tak kisah..Sebab saya memang ditugaskan untuk melakukannya. Walaupun saya tahu awk akan menggantikan saya dengan yang lain, bila saya tak diperlukan lagi. Tetapi saya tetap bangga berada disisi awk..bila saat awk memerlukan saya, jadi awk tak perlu susah hati...sebab sy akan sedih bila lihat awk sedih.

Pensel 
Maafkan saya awk, sebab saya tak cukup sempurna...
pengorbanan ini...hanya untuk awk. Walaupun saya tak mahu melihat kesilapan demi kesilapan dalam hidup awk, tetapi saya akan terus berada disisi awk...hingga akhir hayat saya!

Thursday, January 19, 2012

Pelangi

1. Menurut ustaz Azhar Idrus, jodoh bererti pertemuan dan bukannya bmaksud pasangan (jawaban bagi ptanyaan mengapa pasangan suami bercerai)

2. Dlam, perbahasan..menurut satu hadis yg berbunyi " Tidak ada yang mampu menolak takdir kecuali doa". [SHAHIH. HR. At-Tirmidzi, bab Qadar 8/30 - 5 - 306].

---kebahagiaan tletak pada pilihan kita, jika kita nk bahagia...pilihlah orang yg mencintai kita dan mghargai kita, kerna kata orang juga, cinta sejati selalunya membawa bahagia...jika menderita, itu bukanlah cinta, maka pilihlah orang yg myintai kita kerna dia akan selalu mbuat kita bhagia--

mengapa diri ini tak pernah mahu berputus asa...
1. kerna tak mahu hidup dalam pnyesalan nanti...bila suatu saat kau myedari siapa yg spatutnya dicintai, ku hanya tak mahu mnjadikan keadaan tu tlambat untuk kau kembali...dan ku tak mahu melukai sesiapa..

2. kerna ku ingin bersama-sama mghadapi kesusahan dirimu. Kerna aku tak mahu melihat dirimu menangis mghadapi kesusahan.

3. kerna ku tak mahu untuk blaja mnyintai yg lain...setelah kau adalah yg terakhir akan ku cintai..

tapi...

aku tak pernah nk myalahkan dirimu, bila meminta aku blalu dalam hdupmu..kerna

1. aku tahu engkau tak mahu terus menyakitiku dgn harapan yg engkau sendiri tak pasti
2. aku tahu engkau ingin melihat aku bahgia...

dan aku juga tak pernah membenci walaupun aku sakit dalam kesunyian tanpa berita darimu
namun aku juga pernah cuba belajar membenci dirimu ttpi ternyata kebencian pdmu tiada dalam diriku kerna kecintaan pdmu lebih mguasai hatiku pada saat itu, dan selamanya tetap bharap semoga masih ada jodoh antara kita...amin

Pusara Cinta----Cinta & Airmata---

Sungguh ku begini
Ketandusan rindu ini
Mengapa ku mencari
Sang penghuni syurga jiwa
Berdendang suara mengusap kalbu
Kulemas dalam terpesona

Kehadiranmu menerajang kekusutan
Yang lama terdapat di sini

Bagai telah dijanji
Termakbullah mimpi-mimpi
Hujanku menteri
Terciptalah sang pelangi

Irama lagu silam mewarnakan
Idaman kalbu kesampaian
Bulan memancar cahaya
Tanda reda
Ikatan percintaan kita

Kini tercapai sudah mahkota insani
Takkan bermakna benih pastikan menjadi
Kerana Yang Maha Kuasa lebih menyayangi

Dikau pergi tanpa pesan
Tinggalkan ku dalam kepasrahan
Cintaku yang suci bagai tak kesampaian
Terputus di tengah jalan
Hanya airmata doa
Yang dapat kuiringkan bersama
Kepada yang Esa kupohonkan semoga
Tempatmu disisiNya


----kini engkau tlh pergi, hanya meninggalkan pusara cinta----

Wednesday, January 18, 2012

7 auto & 7 Fakta

<> SECARA AUTANYA, pak syeikh ada sepuluh biji kereta mercedes benx dan 3 basikal BMX, tp sebenarnya pak syeikh ada sebuah kereta perodua Viva sahaja..:P

<> SECARA AUTANYA, pak syeikh seorang yg suka buli budak2, tp sebenarnya pak syeikh adalah seorang yg sukakan budak2 kecil..he

<> SECARA AUTANYA, pak syeikh tak suka budak2 pompuan dan sukakan mak orang, tp sebenarnya pak syeikh suka tengok wajah wanita yg mengandung sbb nampak jernih, maklumlah dosanya sedang diampunkan Allah...(erk macam xda kena mgena jer auta dan faktanya..haha)

<> SECARA AUTANYA, pak syeikh adalah seorang yg giler FB, tp sebenarnya pak syeikh tak minat pun FB dan akaun FB pak syeikh telah pun disuntikkan ubat bius dan telah dinyahaktifkan..haha

<> SECARA AUTANYA, pak syeikh merupakan seorang pengusaha minuman yogurt, tp sbnrnya pak syeikh hanya suka minum minuman yogurt, sbb tu sekali beli mesti beli 3 botol terus dan bjaya dihabiskan dalam masa 2 hari sahaja....ehemm, bru la nmpak slim..wakaka

<> SECARA AUTANYA, pak syeikh seorang yg giler bgambar, tp sebenarnya pak syeikh seorang yg tak pandai nk posing dan xminat bgambar( tu pun sbb xda org nk ambik..sob sob) dan ada sebijik kamera dslr cap canon...waaa

<> SECARA AUTANYA, pak syeikh adalah seorang yg hensem, tp sebenarnya pak syeikh rasa pak syeikh memang hensem..erkkk no komen, hahahahaha

ensem tak saya?

Tuesday, January 17, 2012

Simple Rules

hoittt budak2, meh sini jap...dgr pak syeikh nak merepek jap..:p

^^ when i m really loves someone, i learn to give all my commitment for her, even she never told "yup, im really loves u too"
penerangan : bila pak syeikh benar2 mencintai dan mengharapkan seseorang itu menjadi suri hidup pak syeikh...pak syeikh akan sedaya upaya memberi sepenuh komitmen, tak kira dr segi masa ke, tenaga ke..wang ringgit ke, atau seumpamanya untuk dia. Walaupun dia tak pernah nk cakap yg dia juga sbnarnya mengharapkan pak syeikh menjadi teman hidup dia..xpernah ckp " im really loves u too" dan walaupun dia myembunyikannya dari pak syeikh. Pak syeikh juga tau yg dia sbnrnya paling tidak pun berterima kasih dalam hatinya.

^^when im really loves someone, i learn to be patient to all her "karenah"...
penerangan: bila pak syeikh benar2 mencintai dan mengharapkan seseorang itu mjadi suri hidup pak syeikh...pak syeikh sedar pak syeikh harus bersabar dan terus bersabar supaya pak syeikh boleh memahami dia. Sebab pak syeikh tau dia cuma spti anak kecil yg memerlukan perhatian walaupun dia tak pernah nk memintanya dr pak syeikh...

^^when im really loves someone, i learn to be always beside his step...
penerangan: bila pak syeikh benar2 mencintai dan mengharapkan seseorang itu mjadi suri hidup pak syeikh...pak syeikh belajar pak syeikh harus sentiasa ada bila di saat dia memerlukan pak syeikh, walaupun dia tak pernah nk ungkapkan "sy betul perlukan awak dalam khdupan sy". Tapi cukuplah pak syeikh tau kehadiran pak syeikh akan membuat dia lebih tenang dan tidak kelam kabut.

^^when im really loves someone, i learn to wait for his love...
penerangan: bila pak syeikh benar2 mencintai dan mengharapkan seseorang itu mjadi suri hidup pak syeikh....pak syeikh harus belaja menunggu utk dptkn cinta dari dia, sbb pak syeikh tau dia juga perlukan masa utk memberi komitmen. Dan dia juga sebenarnya sedang belajar mencintai pak syeikh...


****tak tahu la pa yg sdg direpek rabankan ni, tp sebenarnya nk gtau benda kat bawah ni....wakaka
^^ bila pak syeikh jatuh cinta, pak syeikh akan bagi komitmen...buat perancangan supaya masa depan tak jadi huru hara...
^^ bila pak syeikh jatuh cinta, pak syeikh akan setia pada yg satu...so, pak syeikh xleh nk bg komitmen utk semua orang...dan tak fikir dah nk jatuh cinta pd yg lain...

dan...
pak syeikh tak malu utk mgaku yg pak syeikh sedang mcintai dia...^^

(maaf lau entri kali ni, agak meloyakan tekak anda...dan maaf jika english agak bterabur skit, dan sila abaikan jika tidak bkenaan..hehe)

Monday, January 16, 2012

Menyibukkan Diri

Assalamualaikum wbt...
Lama tol asenya tak update blog.
Tahun ni banyak kerja nk kena buat...(macam la sebelum xda kerja nk buat)
Xceli, tahun ni terasa mood baru nk kerja sungguh2...lau sblm ni
wat kerja pun setakat cukup2 syarat jer.
Tp sejak mula persekolahan sesi 2012 ni, pak syeikh rasa sedikit sedar ttg anak2 murid
pak syeikh yg sememangnya perlukan satu motivasi dan bimbingan dalam mereka
menghadapi kehidupan sebagai pelajar dan remaja.
Pak syeikh kecian tgk mereka, sbb skank ni sudah tlalu banyak anasir2 luar yg telah banyak merosakkan
mereka...dr segi gaya hdup terutamanya.
So, azam pak syeikh nk jd cikgu yg baik, yang mampu mjadi kawan dan pembimbing utk anak2 murid pak syeikh (terasa cam tua lak)..
Dalam seminggu dua ni juga..pak syeikh agak sibuk sbb menyibukkan diri dalam pembinaan blog utk Unit Bimbingan dan Kaunseling..ni link dia http://ubksmkdd1.blogspot.com
Masih banyak ag nk kena tambah supaya nmpak lebih elegan dan cun... dan pak syeikh masih tercari-cari satu template yg agak nmpak skema tapi legih frendly dan mudah di edit utk blog ni...
okes...chow kit road dulu...

p/s : panjang juga entri bila di taip sepuluh patah, pastu di tekan enter..wakaka

--sekadar gmbar: kesian tgk kesusahan orang...lebih2 lagi lau mlibatkan anak2 kecil---

Sunday, January 15, 2012

Hanya senyum


hanya mampu tersenyum...

Sunday, January 8, 2012

Lagu dalam hati

Pak syeikh tak suka sgt movie cinta-cintun, tp kdg2 layan gak la..haha. Walaupun tak pnh tgk, tp ari ni nk post lagu dr ombak rindu...ehe, Pak syeikh tak suka nk layan movie cinta sbb, kisah cinta bukanlah satu pkara best..hnya membuat kita tsiksa, right? hmmm....

Korang jgn marah lak, sebab pak syeikh rosakkan skit lirik lagu ni...laalaa (buat2 tak bsalah)

Ya Allah, ya tuhanku..tolong lembutkan hati dia. Untuk menerima lamaran cintaku dengan diriku yg seadanya...kerna hanya Kau yg tahu betapa aku tak sanggup membiarkan kedukaan dirinya..dan ku tak sanggup kehilangan dia dan tak mampu hdp tanpa dia disisiku..

Ya Allah ya tuhanku...aku tahu telah banyak dosa aku dan mdekatiMu di saat aku kedukaan. Namun hanya Engkau yg mampu mbuka pintu hatinya untuk menerima cinta dr aku..

Tuhan, dalam dingin malam bawalah rinduku kpd dirinya..yg jauh dariku, agar tidak dia kesepian menghadapi luka. Dan selalu merasa adanya cinta dari aku untuk dirinya..

Tuhan...dalam kala hujan, bawalah bersama air mataku, mengalir membasuh lukaku..dan dia tahu betapa tersiksanya aku menanggung rindu dan kesepian tanpa cinta dia untuk aku..

Dan padaMu jua ku bserah, moga tibanya cahaya nanti...

Wednesday, January 4, 2012

Nak Poyo Sket Leh?

Tora datang lagi...ehe, korang tentu pernah dengar tagline iklan ni kan? Lau yg baya2 pak syeikh, pak syeikh yakin tentu ada yg masih ingat...tp lau yg baya2 adik tu, konfem mengerutkan kening sbb tak faham mende la pak syeikh ni duk kecoh.

Untuk pngetahuan adik2 yg baru nak baligh...meh pak syeikh nk gtau..sbnarnya, Tora tu bukanlah si Dora yg citer kartun tu, tp Tora ni adalah sejenis brand mainan yg selalunya dalam kotaknya diisi dgn bola2 bsalut coklat. Kendian, lau korang masih ingat....satu lagi sepupu sepapat dgn Tora ni ialah mainan Ding Dang..strategi pemasaran dey all bdua ni sama jerk..sbb ia dari syarikat yg sama. Lau dulu, pak syeikh pernah juga terkena (tula pasal tpengaruh dgn iklan sgt)...yelah, tkena sbb tertarik dgn iklan sal Tora ni...dulu punya la minat nk ada kamera, jd bila iklan Tora tu muncul dgn mainan kamera, pak syeikh pun apa lagi..pecahkan tabung p la beli..sekali tgk, hampeh...ingatkan dpat leh snap gmbar, rupanya...indah khabar dr rupanya..(da namanya mainan, mana ler leh snap gmbar betul2...) tp sempat gak bwak p skolah...blagak ada kamera, pahtu mula la "poyo"kan diri, ambil gmbar sana, ambil gmbar sini...tp yg tak tahannyer, ada gak yg percaya tu kamera betol..wakaka..

Full stop!!! apa yg lak panjang sgt membebel ni..asenya tajuk lain, citer sal lain lak pak syeikh ni..ERKKK? hehe..okey2, buat dah..haha. Sbnrnya pak syeikh da lama tak merapu kat blog ni, jd bila da lama tak merapu...cam ni la jadinya, tu la pasal tetiba datang idea sal Tora datang lagi tu..ehe.

Ari ni, pak syeikh nak jd poyo sket..leh tak? haha...sbbnya? Satu2 sbbnya, sbb pak syeikh ada header baru..maklumlah da ada kamera baru kan? so, terasa poyo la sket..sbb tu buat header baru dan posing dgn kamera baru tu..haha, Korang jeles tak? Lau tak jeles..cuba2 la blaja jeles skit..haha, poyo jerkkk..

Pak syeikh ni duk sbt2 poyo2..mende la tu pak syeikh? Lau tanya pak syeikh..pak syeikh pun tak tahu...cuba gak cari dalam wiki apa dia..tp xda lak, yg mgkin boleh didefinisikan sbgai poyo...mgkin sikap mgada2, gedik atau perasan bagus..So lau sape2 yg tahu sal mana poyo leh tak komen kat bawah? Okes? hehe

---sekadar gmbar hiasan..haha---

agak2nya header bru pak syeikh ni nmpak poyo tak?? haha

Sunday, January 1, 2012

Aku & Lensa : Orientasi

Kelmarin, 30 Disember tlh blnsung program orientasi budak2 form 1 dan peralihan. Jadi selaku Pengarah Syarikat (ekeke) agak kelam kabut la pak syeikh pd hari tu tuk memastikan perjalanan program berjalan lancar...

Jadi sebetulnya, pd hari Khamis...29 Disember, pak syeikh telah mengugut seorang tokey kedai di Plaza Low Yatt untuk myerahkan sebuah kamera setelah pak syeikh memberikan wang sejumlah RM 2400 kpd beliau...haha

Memandangkan pak syeikh telah ada kamera baru (fuyoooo)...pak syeikh pun cuba la memandaikan diri utk mengambil gambar pd hari program...dan antara hasilnya,

---macam biasa la, yg plg dapat perhatian pd lensa pak syeikh mesti la aksi si kecil..hehe---

---comel kan budak ni? he---

---adik ni macam malu2 lak ea..ehe--

---bukan men lincah ag adik ni...huhu--

best tau bile dapat pegang kamera ni (maklum la agak kekampungan skit) hehe..korang jelous tak? lau jeles..beli la sbijik..haha

ehh2..jap, sape tau nk bg gmbr ni sharp bile di post? tolong komen kat bwh ea..he

Thursday, December 29, 2011

Taman Hati Firdausi : Allah dan Rasul Lebih Utama

“Akhi, jika di waktu hari pernikahan kita nanti..ana mahu mengenakan niqab, boleh tak akhi?’’

“Boleh..” jawabku ringkas. Sambil tersenyum memandang Ain Husna. Kemudian mengalih pandangan ke arah anak saudara tunangku yang asyik bermain buaian.

“Akhi tak marah?” Tanya Ain Husna meminta kepastian, sambil mengerutkan keningnya.

“Tak.. itu yang lebih akhi suka, dan itu yg sebaiknya pada hari perkahwinan kita.” Ujarku.

Ain tersenyum mendengar penjelasanku. Kemudian, sambil menunduk ke bawah dan menutur kata “Ain bimbang jika akhi malu pada teman-teman akhi, yang melihat penampilanku yang sebegitu.

Aku yang telah dapat membaca hatinya, menyatakan padanya “Ain…jika pakaian Ain, penampilan Ain dan apa yang Ain lakukan semata-mata kerana cinta Ain kepada Allah, akhi menyokongnya. Bahkan akhi tak pernah merasa malu, malah berbangga kerana memiliki wanita seperti Ain”.

Ain terus tertunduk malu dan terharu mendengar jawaban dariku. Dan seketika dia memandangku sambil menguntum sebuah senyuman. Terpancar perasaan yang bahagia dalam hatinya melalui kejernihan matanya. Secantik namanya Ain Husna.

Aku tersenyum memandangnya seketika, dan memandang ke langit Illahi. Gusar timbul fitnah dalam hati. Dalam hati, aku bermonolog sendiri. “Ain, jika Allah lebih kau cintai berbanding diriku…ternyata lebih aku sukai, kerna aku tahu Dialah selayaknya memberi kau cinta dan selayaknya menerima cinta darimu. Sedangkan aku hanyalah Muhammad Ziyad yang menerima anugerah cinta dariNya”


Allah dan Rasul Lebih Utama

Mencintai manusia adalah perkara biasa. Tapi jika kita mampu mengutamakan Allah dalam soal bercinta, dalam soal hati dan perasaan...dan sudah pasti ia adalah sesuatu perkara yang lebih dari biasa. Jika kita mampu mengutamakan Allah dan Rasul dalam urusan cinta, maka itulah yang sebaiknya...tetapi jika kita melebihkan cinta manusia lebih dari rasa cinta kita kpd Allah dan Rasul...sudah pasti kita akan melakukan perkara yang terlarang semata untuk menjaga hati dia yang kita cinta. Dan di situlah sebenarnya akan memperlihatkan sejauh mana kekuatan akidah cinta kita.

Teman Saat Menangis

Benar kata orang, jika kita ingin bahagia...kita perlu mencintai orang yg mencintai kita!

Hari sgt memenatkan...saat menulis entri ni pun, terasa macam nk tumbang jer, pertama sebb xmakan tengahari dan kedua mungkin sbb mengantok. Sebenarnya, ari ni pak syeikh membuat persiapan dewan, untuk program pada hr jumaat ni. Sbb kakitangan tak ramai dan bnyak juga bnda nk disiapkan, agak kelam kabut jugak la pak syeikh yg merangkap sbgai pengarah program. Lebih2 lagi, ada ajk yg dilantik terlibat dgn mesyuarat dan ada yg m.c lak, pahtu ada lak yg diberi kerja lain oleh orang atasan. Jadi ada la beberapa ajk yg dtg membantu, tp last2 pak syeikh kena tinggal sorang2...Perghh, bila sorang2 buat wat keja, dah sah akan penat giler..terasa bestnya lau ada yg datang tolong...time tu gak, rasa best jika ada shbt yg sejati, yg benar sggup berkorban utk kita..tp bukannya mudah utk dpt.

Selalunya 2 keadaan bile kita minta tolong shbt:

SITUASI 1:
aku: hallo bro, kat mana? dtg dewan jap..tolom aku susun kerusi..
kawan: alamak bro, xbleh la..aku banyak keja ni..(sdgkan duk men Angry Bird)

SITUASI 2:
aku: hallo, bro ada kat ne? dtg dewan jap...tolom aku sususn kerusi..
kawan: ok bro..lima minit ag aku smpai (sambil myudahkan makan nasi)

shbt yg baik tak akan pernah bkira dgn kita..bahkan diorang akan selalu mngetepikan kpentingan sendiri..

Jika korang ada shbt yang begini, korang sgt btuah..
-- selalu btanya khabar...slalu tnya apa yg dia buat tolom utk korang,
-- selalu bsama korang saat korang kesusahan
-- tak lokek dr segi wang..

Temani sahabat saat dia menangis..

Sehebat mana pun shbt korang, diorang pun manusia biasa juga...Apa yg diorng buat utk korang, walaupun tak diminta..tapi secara teknikalnya, korang juga perlu melakukan perkara yg sama utk diorang...iaitu temani mereka saat mereka kesusahan.

Jika diorang sggup btanya khabar, apa salahnya korang pulak btanya khabar...Sahabat ni, walaupun nampak sahaja ceria...mana lah tahu kot2 dia sbnrnya myembunyikan kesedihan drpd korang..

Sahabat atau teman istimewa..

Jika kebetulan shbt korang adalah juga merangkap sbg teman istimewa korang, ia adalah sesuatu yg sgt hebat, sbb korang btuah adanya diorang yg boleh jadi sahabat dan pada masa yg sama boleh mencintai korang...walau dia tak sempurna...tpi dia sekurang2nya dia cuba utk jadi sempurna untuk kita...jadi bgantung pd kita utk menghargainya..

to be continue...ehe, (sbb tak mau tulis tlalu panjang)

Tuesday, December 27, 2011

Lukisan Hati

Walau hidup sering diuji...pada perasaan mahupun kehidupan, usah terlalu larut dalam kesedihan. Biarpun hidup mekar tak bermakna...jangan biarkan ia kosong tanpa sebarang warna. Biarpun pelangi indah hanya kelihatan biru di langit Ilahi dan awan mendung menutupi biru langit....jangan mudah menghukum alam, tapi lihatlah pada diri. Di mana kita melihat, dan dari mana kita menatap... Jika hati ditutupi dengan kesedihan sehinggakan terasa tiada indahnya hidup, carilah kebahagiaan dalam hati..

Bukankah hujan yang menitis dari awan mendung, selalunya jatuh ke bumi menumbuhkan cendawan?..menghias cantik lukisan alam. Begitulah kehidupan, adakalanya kita rebah dan jatuh...tapi selalunya dari tempat kita jatuhlah akan tumbuhnya kematangan dan kehidupan. Dan dari tempat kita jatuhlah akan munculnya anugerah dari Tuhan.


Rasa bahagia itu lahir dari hati kita sendiri.
Didiklah hati dgn ilmu kerna kitalah gurunya,
kukuhkanlah dengan iman kerana kitalah juruteranya,
hiasilah dengan takwa kerana kitalah arkiteknya,
tanamlah dengan sikap mazmudah kerna kitalah peladangnya, dan
warnailah dengan rasa bahagia kerna kitalah pelukisnya~

Saturday, December 24, 2011

Senyum dalam tangisan

Masa kecil2 dulu, pak syeikh selalu dgr lagu ni..terutamanya bila iklan. Tentu sahabat juga masih ingat lagu ni...lagu ni bunyinya cam ni,

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Tapi, tak semua orang mampu tersenyum. Kerna senyum itu hanya lahir dari hati yang bahagia, dan sudah tentu ia bukan dari jiwa yang resah dan gelisah. Sekalipun ia mampu tersenyum, senyum itu langsung tawar...dan ternyata dari sinaran matanya tidak ternampak akan kebahagiaannya.

Kita mungkin sering terfikir, orang yang selalu ketawa itu orang yang sedang bahagia. Tapi pernahkah kita terfikir, sebenarnya dalam hati mereka itu sebenarnya dilanda keresahan dan kegelisahan yang hanya mampu ditutup dengan gelak ketawa. Ya..ketawa mereka hanya merahsiakan kesengsaraan yang sedang membakar hati....menutup seribu rahsia di dalam relung hati.

---senyum, tak perlu kata apa-apa---

Thursday, December 22, 2011

Aishiteru

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali...

---sekadar gambaran hati---

aku ingin mencintai cinta

tidak ku dambakan wanita yg persisnya spt Fatimah,
bila aku tidak sehebat Ali..
tidak pula ku dambakan wanita yg persisnya spt Khadijah,
bila aku tidaklah sehebat Rasulullah..

aku ingin mencintai cinta,
sucinya terpelihara seperti Fatimah..
setianya kekal seperti Khadijah..
aku ingin mencintai cinta..
agar terjaganya sebuah CINTA,
aku hanya ingin mencintai cinta,
agar tersebarnya sebuah CINTA,
amanahnya dari Tuhan yang Esa,

dan jika aku harus tinggalkan cinta,
yg membuatku hidup dalam murka..
maka ketemukan aku dan dia dalam suka,

dan jika aku harus tinggalkan cinta,
yg membuatku resah tanpa kata,
maka ketemukan aku dgnMu dalam Syurga Cinta.


Allah, jika aku tidak layak untuk cinta, kurniakan aku cinta untuk terus mencintaiMu, hantarkan orang2 yg mencintaiMu mendampingku agar aku juga kuat untuk meraih cintaMu..

Rindu & Cinta Menurutku

Bila ditanya tentang rindu, ingin ku bicarakannya begini...

Jika rindu itu indah, akan ku biarkan jiwa yg resah
Jika rindu itu musibah, akan ku hindari jiwa yg amarah
Jika rindu itu maksiat, hindari aku yg bingung tanpa kelibat
Jika rindu itu rahmat, biarkan aku yg menanti tanpa gugat...

dan bila aku ingin berbicara tentang cinta...ternyata,

Cinta itu adalah kekuatan,
hadirnya membuatku ramah, hilangnya membuatku rebah
hadirnya membuatku merasa syurga, hilangnya membuatku merasa neraka
dan,
meskipun telah ku mampu uraikan tentang cinta, ternyata cinta itu lebih indah bila hati merasa...
kerna cinta itu seperti aroma mawar yg tersebar mekar dalam bekas kaca,
mampu mengutus bhagia walaupun lidah kelu tnpa kata..


♥ Allah, jika ku mampu alunkan rindu ini,
akanku alunkan tentang keindahanMu,
agar rinduku pd dia tidak melebihi kerinduan untuk bertemuMu,
Allah, jika ku mampu lagukan cinta ini,
akanku lagukan tentang kebesaranMu,
agar cintaku pd dia tidak melebihi kecintaanku kepadaMu ♥

dalam mood rindu Sang Pencuri Hati...W.N.W.A..ehe,

--berhati-hati meniti sebuah perjalanan mencari cinta..huhu--

Wednesday, December 21, 2011

Bila Harus Memilih

Seharian memandu dari Kota Bharu ke Damansara, agak memenatkan...tapi entah kenapa mata dan otak pak syeikh ni asyik berkomplot nk kenakan pak syeikh, xnak bagi pak syeikh lelap...Mata seolah tak mgantuk, otak pula sentiasa aktif bfikir ibarat enjin kereta yang baru ditukar minyak pelincirnya. ehe...Daripada pak syeikh duk berguling dan berangan naik kereta Ferrari, elok ler pak syeikh siapkan entri pak syeikh ni...sebenarnya entri ni telah pak syeikh tulis sedikit ketika brada di kg, tapi memandangkan internet tak berapa nk laju, pak syeikh pun bcdang ler nk smbung smula bila dtg semula ke Damansara. Jadi berbekalkan secawan kopi dan biskut kering, pak syeikh nk kongsikan sedikit pandangan yg mana idea idea penulisannya drpd khutbah jumaat yg pak syeikh dgr semasa solat jumaat.

Khutbah jumaat pd ketika itu mbicarakan tentang munakahat.Mungkin sbb musim cuti sekolah...jadi ramai yg ambil pluang utk melansungkan perkahwinan. Mungkin disebabkan ini, pak imam mngingatkan muslimin tentang hal-hal perkahwinan.

Dan sesungguhnya perkahwinan itu adalah satu perkara yg mulia dan sgt dituntut dalam Islam, kerna fitrahnya manusia hdup perlu berteman... terdapat beberapa firman Allah dalam al-Quran yg memerintahkan supaya manusia bkahwin, antaranya surah an-Nur, ayat 32..."Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahajamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."

Bila Harus Memilih

Walaupun Islam itu agama yg mudah, tapi jangan pula kita mgambil mudah!... terutamanya dalam hal-hal munakahat ni, sama ada dari segi nak memilih calon-calon suami atau isteri, akad nikah dan juga majlis melansungkan perkahwinan. Semuanya perlu didasari dengan syariat yang dituntut oleh Islam. Cuma kali ni pak syeikh nak kongsikan tentang pemilihan calon2 pasangan. Pak Syeikh yakin, shbt semua sudah biasa mndengar tentang hadis berikut:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Hadis yg dikemukakan ni sbnrnya tidak khusus kpd lelaki2 shj dalam mncari jodoh, malah ia juga seharusnya mjadi pnduan bg setiap wanita dalam mencari imam yg mampu memimpin rumah tangga mereka.

apa gunanya wajah yg tampan dan cantik, jika akhlaknya rosak
apa gunanya bicara yg manis, jika amalnya sesat
apa gunanya hartanya melimpah, jika ilmunya tak berkat
dan apa gunanya tubuh badan yg sihat, jika malas beribadat...

Pokok pangkalnya, seseorang lelaki dan wanita baik sudah tentunya memiliki keyakinan akidah yg benar dan patuh dalam suruhanNya. Khutbah juga myarankan, kepada para ibubapa terutamanya...sentiasa melihat siapa calon anak2 mereka, samaada mereka ini pemuda jalanan ataupun pemuda yang berjalan ke rumah Allah? kerana ini akan menentukan siapa baka keturunan kita. Kerna itu, kita harus memilih! Nak berumah tangga bukanlah seperti memilih baju yg jangka gunanya singkat, tp pilih la calon yg boleh bermanfaat kpd keseluruhan hdp kita.. dan sudah pasti kita perlu hindari memilih calon2 yang ternyata boleh merugikan kehidupan kita..

Kata orang, lau nk dapat yg soleh atau solehah, kita perlu jadi solehah atau soleh tlebih dahulu...kerna sudah pasti benarnya janji Allah, dalam surah an-Nur, ayat 26..“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

jika inginkan Teman Hidup yg Cantik, Akhlak juga kenalah Cantik,
jika inginkan Akhlak yg Cantik, Hati juga kenalah Cantik,
jika inginkan Hati yg Cantik, Iman juga kenalah Cantik

Maka kerana itu, sama2 lah kita perbaiki diri..pertama, baiki akidah dan amal kita, kendian..baiki hati kita, dan juga akhlak kita..Apabila semua ini terjaga, sudah pasti kita akan dpt kebahagiaan yg kita impikan...baik rezki yg melimpah dan juga anak-anak yg soleh dan solehah..insyaAllah

Akhir kalam, buatlah pilihan sebaik mungkin...kerna hidup harus memilih, ehe