Saturday, April 25, 2009

Aku Menangis kerana Tak Mampu Menegur

Bismillahirrahmanirahim...

Sesungguhnya dari Allah aku datang dan kepada Allah aku dikembalikan...Alhamdullillah dalam aku mencari jawapan kepada setiap persoalan yang bermain dalam fikiranku...Dia memberi ku kekuatan dalam ilham keyakinanku kepadaNya. Bukan mudah apabila diri ditimpa dengan persoalan2 akidah yang boleh menggugat iman kita...tapi manisnya apabila kita menemui keyakinan akan janji-janjiNya. Mungkin para pencari kebenaran lebih mengerti berbanding dengan mereka yang hanya membenarkan dengan lidah. Kita sebagai seorang yang dlahirkan sebagai Islam mungkin kurang merasai nikmat iman berbanding dengan mereka yang mencari kebenaran dengan bersusah payah. Teringat kisah Salman al-Farisi yang sanggup bersusah payah,...menjadi hamba demi mencari kebenaran, mencari Rasullullah demi kebahagiaan yang sebenar-benarnya. Begitu syahdu apabila dia memeluk Rasullullah setelah berjumpa Rasullullah. Berbanding kita pula bagaimana? Kita yang bergelar Islam sejak lahir tidak berasa betapa nikmatnya iman kerana itu kita leka, kerana itu kita sering mengabaikan kebenaran sehingga ada yang sanggup menolak hukum. Ada yang sanggup mengenepikan hukum dan hak semata-mata ingin hidup menjaga hubungan sesama manusia tapi tidak pula dengan Allah. Benar, Tuhan Maha Penerima Taubat. Tapi sampai bila kita nak mengulangi kesilapan yang sama? Kita memang insan lemah...tapi kita mahu ke jadi anak kecil yang tak reti nak berfikir..bila ibu ayah marah kita tak buat, tapi bila ibu ayah kita tak tegur, tak denda kita buat kesalahan yang sama?

Bagaimana aku harus menegur?

Bagaimana lagi aku harus menegur jika aku dianggap sebagai kolot? sebagai jumud? sebagai terlalu rigid dengan kebenaran sedangkan kebenaran itulah yang telah diajar oleh Rasullullah? Saudara seagamaku, jika hari ini kita tidak mampu membetulkan diri kita dengan kehendak al-Quran dan as- Sunnah bagaimana pula dengan generasi akan datang? Adakah benih yang rosak akan membuahkan buah yang baik, melainkan buah yang rosak juga...Kita sebenarnya mewariskan generasi kita dengan budaya yang sudah rosak kerana kita sudah tidak mengendahkan kebenaran kerana semata-mata nak jaga kehidupan kita.." alah, kalu kita nak anggap semua benda tu haram, nak menari pun haram, nak menyanyi pun haram...kolot sangat lah mu ni?" kadang-kadang aku sendiri tak mampu nak kata apa apabila dengar kata-kata seumpama ni. Aku hanya mampu menangis dalam hati. Yelah, mungkin nilai kita berbeza tapi panduan kita sama...agama kita sama, penghulu kita sama, Tuhan kita sama, tapi adakah destinasi kita berbeza? Kita adalah pengembara, jalan yang berbeza mungkin sampai ke tempat yang sama tapi dalam masa berbeza. Tapi alangkah ruginya kalu kita silap jalan dan sampai pula ke destinasi lain.

Masih sibuk nak islah tapi dakwah...

Pernahkah kita terfikir tentang saudara bukan Islam yang sepatutnya kita dakwah? tidak kasihan ke kita lihat mereka...mereka pun nak sampai ke destinasi yang sama tapi kita tak tegur, alangkah kasihannya. Bagaimana perasaan saudara apabila saudara bukan Islam, kawan anda yang bukan Islam berkata suatu hari nanti " aku mati dalam kekafiran sebab tak da orang nak dakwah aku, aku buat silap pun tak da orang nak bagitau kebenaran..". itulah tugas dakwah kita, tapi alangkah sedihnya apabila umat Islam sendiri masih tak dapat nak ikuti kebenaran sehinggakan kita tak mampu nak jalankan usaha dakwah. Kita masih sibuk nak betulkan diri yang ingkar tapi masih juga tidak nak ikuti petunjuk. Kita sepatutnya sudah kuat tapi lihat umat Islam sekarang...kalau semua cuba hidupkan suasana Islam alangkah indahnya. Aku menangis kenangkan kalian. Aku menangis kerana tak mampu menegur...

Cubalah ambil masa sekejap untuk fikir....harap anda jelas dengan situasi kita di akhir zaman ni, sekadar nak bagi nasihat sebab kat akhirat sana tak layak nak bagi syafaat...wallahu'alam

kita sering mengikut kata hati,
berbanding akal dan budi,
tak nampak anugerah,
tapi lebih mengejar nafsu amarah,
kurang bersyukur, jarang tafakur,
mengharap benda tak dimiliki,
berbanding menjaga benda yang dimiliki,
senang dihati, adakah senang juga akhir nanti?

1 comment:

sepohonkayu said...

kata orang lama dalam usaha dakwah...

buat dakwah mati-matian (sungguh2),

sampai mati buat dakwah (sampai jadi mayat),

kisah dalam al-quran...

orang buat dakwah ni orang yang berjaya...

nabi nuh walau yang menerima seruannya sedikit tapi baginda dikira berjaya sebab melaksanakan kewajibannya berdakwah...

x kira orang nak ikut ker x nak, yg penting kita x stop dakwah...

teruskanlah perjuangan mu wahai kawan...
jangan pernah menyerah (ayat dalam laskar pelangi...)