Wednesday, November 30, 2011

Belajar dari Sang Pemungut Sampah

Malam ni terasa banyak benda yg nk ditulis, tiba2 terasa idea mcurah2 seperti mencurah2nya koko krunch ke ladang gndum..hehe. InsyaAllah jika kelapangan wktu akan dikarang dgn perlahan, disusun indah supaya isinya tidak mboringkan mcam tengok citer Hantu Bonceng di siang hari..(merapu je pak syeikh ni ea..hehe)

Shbt2 pernah tak melalui satu kwsan timbunan sampah, yg baunya busuk sekali dan tlihat beberapa manusia sedang sibuk mencari sesuatu di balik timbunan smph tu..tentu pernah bukan? Jijik dan loya tekak ble melalui saat tu...mana tidaknya, barangkali ada kohong perut ikan yg sekian lama terperap, mungkin shj bangkai kucing yang sudah terburai perutnya...adess, sungguh myiksakan bukan? Tetapi bgaimana manusia seperti mereka mampu btahan dgn keadaan yg mjijikkan sebgitu..barangkali mereka sudah terbiasa, sehinggakan sudah tak mampu nak bezakan bau bdan sndiri dgn bau sampah..apakah yg menjadikan mereka hebat, shinggakan mampu btahan dengan pekerjaan seperti itu, tiada pilihan? tiada kelayakan lain? Apapun sebabnya..kita harus belajar sesuatu dari mereka! Perkara pertama, kita harus lihat keikhlasan dan kesungguhan mereka. Bgaimana agaknya jika tiada insan spt mereka yg sanggup meredah timbunan sampah dan bergelumang dgn sampah setiap hari. Agaknya, suatu masa 1/3 dr bumi akan dipenuhi sampah. Berterima kasihlah pd mereka dan belajar dr mereka akan sikap ketidakpedulian mereka pd pndangan hina yg diserotkan pd mereka. Tidak kisah dipndng jijik, asalkan amanah dan tnggjawab mereka terlaksana.


Kedua, belajar dr sikap bersih mereka walaupun mereka hdp bgelumang dgn kekotoran. Insan-insan seperti mereka, selalu akan lebih segera dan sensitif pd persekitaran. Bila terlihat shj sampah pasti mereka akan segera tpanggil utk mgutipnya. Malu pak syeikh pd mereka, akan sikap menjaga kebersihan alam yang mereka miliki.


Teringat pak syeikh pd pekerja sekolah yang selalu datang membersihkan Bilik Kaunseling, dgn penuh hormat akan myapa dan meminta izin utk mbersihkan lantai.."cikgu, minta ijin ya, mau tutup kipasnya..mau disapu lantai ini ya,". "Sampah ini sudah tidak mahu kan cikgu, mau saya buangnya?". Rasa hormat yang tinggi pd pak syeikh mbuatkan pak syeikh pun terasa mereka lebih baik dr pak syeikh. Jadi belajarlah untuk memiliki rasa hormat kerana dengan itu kita juga akan akan dihormati orang lain...boleh kan gitu kok? waduh2..nape neng, tetibe je cakap indo sih? hehe...

Tuesday, November 29, 2011

kisah hati di sebalik gambar

assalamualaikum wbt...hari ni pak syeikh nk bcerita ttg gambar, walaupun hdung terasa ketat dan kepala da pusing macam lepas naik buaian kat ekspo sg buloh, pak syeikh nak cerita jugak ttg rahsia di sebalik gambar...korang nk dgr, silakan...xnak dgr, sila tutup telinga..hehe, Owkes...cuba korang lihat gmbr di bawah ni..


cantik kan gambar tu? sejauh mana cantiknya gambar tu bgantung kepada bgaimana sahabat2 melihatnya. Bergantung kepada bagaimana emosi kita di saat ini, mungkin di saat kita berasa cukup dgn nikmat dan segala kemahuan yg ingin kita miliki, kecantikan yang nyata pada gambar berkenaan tidak bmakna. Tapi bagaimana dgn mereka yg sedang dilanda dgn kepahitan hidup, mungkin gambar sebegitu membawa erti yg sgt bmakna dan mampu mberi ketenangan seketika kpd mereka...melupakan seketika tentang masalah hidup...melihat gambar adalah subjektif, dan hati memainkn peranan dalam membuat penilaian ttg gambar..

Gambar dan Kehidupan

Gambar sebenarnya rakaman sebuah kehidupan dan banyak juga menyimpan rahsia tentang kisah hati. Dgn melihat gambar pada profil seseorg, kita sudah boleh mbaca apa yg tersimpan dalam hati mereka. Gambar menjadi identiti dan karakter seseorang. Seseorang yg sedang dirundum perasaan lebih gemar mgambarkan sebagai sesuatu yg ada berkaitan dengan perasaan. Sebagai contoh, menjadikan hati sebgai gambar profil mereka. Malah jika dilihat dr sudut "art terapi"...iaitu satu kaedah untuk mgenal pasti masalah dalam diri individu melalui lukisan cukup mnunjukkan bhawa dalam gambar tersimpan seribu kisah hati...sebagai contoh jika kita meminta seorang kanak2 melukis gambar keluarga, dan kanak2 bkenaan melukis dirinya terasing dalam keluarga yg lain...ini menunjukkan bahawa hubungan dia dgn ahli keluarganya sedang bermasalah, yang mana mungkin dia berasa terabai daripada perhatian ahli keluarga yang lain....begitulah kisah di sebalik gambar.


~antara kamera yg mjadi idaman pak syeikh...sebenarnya pak syeikh tak reti sgt bab kamera ni tpi da rasa bminat nk pegang kamera. Penyakit ini bmula sejak dilantik jd Ajk Fotografi masa dinner guru kaunseling..adess. So, saper2 yg bmurah hati nak sponsor dan nk hadiahkan kamera pd pak syeikh..dialu2kan okey :) pak syeikh tunggu nk petik jerr..klikkkkk~

Monday, November 28, 2011

assalam...i m back, toink...toink,

alhamdulillah, kata pertama yg patut pak syeikh ucapkan stlh bjaya meng"sign in" kan diri dalam blog ini...hehe. Lupa kata laluan antara sebab pak syeikh tidak update blog pak syeikh...ngee. Camne pak syeikh leh ingat kembali kata laluan? Pak Syeikh pun agak pelik dan masih dalam percaya dan tidak percaya macam mana pak syeikh lakukan. Tapi inilah keajaiban dan anugerah :). Camne citernya, pada awalnya pak syeikh cuba masukkan beberapa email dan kata laluan, beberapa kali cuba masih jugak tak bjaya. Pahtu pak syeikh try dengan email yang kedua (pak syeikh ada beberapa email sebelum ini, moralnya jangan main tukar2 email..hehe) dan beberpa kata laluan yang pak syeikh ingat..masih jugak tak berjaya..kendian, pak syeikh pun cuba la contact team yahoo blogger, tpi diaorang suh masukkan alternative email..lagi la pak syeikh lupa, adoyaiii (da tua agaknya pak syeikh ni). Kemudian, dalam rasa nk cuba buat kali terakhir, pak syeikh niatkan dalam hati.. jika pak syeikh ada jodoh dengan seseorang yang menjadi inspirasi kpd pak syeikh utk meng"update"kan blog ni, pak syeikh harap Allah swt permudahkan urusan pak syeikh ini,...kendian, kuar page yg minta pak syeikh isi no fon (ingatkan da gagal)...dan alhamdulillah pak syeikh berjaya...tak terkata pak syeikh, btapa syukurnya..syukur sbb dapat bukak alik dan syukur sbb doa dalam hati pak syeikh diperkenankan..huhu, subhanallah walhamdulillahi wala ila ha ilallah wallahuakbar :) terima kasih ya Allah kerna mbuktikan sekali lagi..huhu

Motivasi dan Inspirasi

Sebenarnya da dekat setahun lebih pak syeikh tak update blog..lau tak silap perkiraan pak syeikh. Pada awalnya pak syeikh wujudkan blog ini sbb satu kerja kursus semasa di blaja di universiti dulu. Pak Syeikh lebih memilih tema cinta sebagai asas dalam menulis sbb pak Syeikh melihat btapa ramai yg diperhambakan oleh cinta, walaupun pda hakikatnya cinta itu tidak ada logika (katanya Agnes Monika..hehe), walaupun cinta itu sesuatu yg murni tetapi pak syeikh lihat ramai muda-mudi yng dihnyutkan dan dirosakkan oleh nafsu cinta...oleh itu pak syeikh takut melihat kehancuran-kehancuran mereka disebabkan oleh sesuatu yg asasnya fitrah. Pak Syeikh bhasrat utk mengajak diri sendiri dan muda-mudi untuk mcintai Pencipta dan Pemberi Cinta melalui jalan-jalan tasawuf dan kesederhanaan dalam bcinta pd manusia. Itulah motif asal pak syeikh...tapi, mgkin kekuatan utk mghidupkan blog ini kadang2 surut, kadang pasang seperti laut Cina Selatan, mjadi keterbatasan dalam penulisan dan blog walking..tp alhamdulillah, skank pak syeikh dapat satu motivasi baru untuk mngaktifkan diri dalam penulisan blog kembali. Satu sebb,seseorang yg sentiasa mjadi inspirasi pak syeikh da mula terjun dalam penulisan blog :) apa mimpi dia agaknya ea..hehe,jd pak syeikh nk jd follower (tuan punya blog bg warning suruh jd follower dia, lau tak dia akan tarik telinga pak syeikh...hehe). Kedua, pak syeikh nk seiring bergerak dgn dia, mudah2an menjadi insipirasi dan kekuatan kepda dia juga..:) Sebab2 lain, pak syeikh nk kembangkan idea dan buah fikiran pak syeikh tentang kehidupan ini...agaknya banyak benda nk kena lontarkan setelah sekian lama menari-nari dalam relung tempurung kepala pak syeikh..kata orang, semakin bnyak kita menulis, semakin kita matang dengan pelbagai disiplin ilmu...insyaAllah, stakat tu dulu entry kali ini...masih blom tlambat untuk pak Syeikh ucapkan Salam Maal Hijrah, mudah2an kita sentiasa berubah kearah yg lbh baik..amin Ya Allah :) Assalamualaikum wbt...




saje pak syeikh post gambar epal, teringat epal yang pak syeikh beli smalam..hehe

Thursday, May 27, 2010

"ana sudah bertunang"

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

Saturday, March 13, 2010

Menanti cinta


Salam alaik…
Mungkin belum terlambat untuk saya ucapkan salam Maulidur Rasul. Semalam baru sahaja berlangsung majlis sambutan dan ceramah maulidur rasul peringkat asrama. Alhamdulillah, sambutannya agak menggalakkan..

Sebenarnya, ada sesuatu yang ingin kubicarakan, ku cuma ingin lontarkan ke ruang waktu…biarkan angin membawa segala resahku. Ku panjatkan harapan dan doa padaMu ya Tuhan. Cukuplah Engkau bagi ku. Penulisan ini bukanlah bertujuan mengaibkan diri mahupun kerana ingin bersikap lemah, tetapi cuma ingin melepaskan segala resah dalam hati. Kadang-kadang persoalan sampai bila aku harus menanggung segala desakan hati dan segala kelemahan hati sering bermain di minda. Mengapa sukar ku lepaskan diri dari belenggu jahil dan dosa kerana seolah-olah ku hidup tanpa penghayatan agama. Semakin jauh aku dari al-Quran, semakin jauh aku dari pesan Rasul, semakin jauh aku dari keinsafan hati, semakin jauh aku dari tangisan sepi, semakin jauh aku dari mazmudah diri, semakin jauh dari jiwa yang mulia, semakin jauh aku dari nilai cinta dan kasih kepada keluarga, semakin jauh dari segala impian yang ku pendam…kadang-kadang ku ikutkan rasa kecewa, membinasakan diri mengikuti perangkap nafsu…mengapa terasa sukar bagiku mencari jalan? Mengasihi…tetapi ketulusan hati yang diberikan, kejujuran hati, kesetiaan, ketegasan dalam mendidik sering menjadi bala pada diriku sendiri. Sedangkan aku juga ingin ditemani dalam mencari jalan ke syurga. Meleburkan mazmumah diri dalam keredhaan, berdua dengannya yang bergelar isteri. Apakah hidup ini tiada pilihan selain akur? Ya Allah, tunjuki aku jalan…tunjuki siapa dia yang tercipta untukku kerana aku menanti dia dalam setiap detik kehidupanku…..

Aku ingin ditemani cahaya. Menemani ku dalam perjalanan mencari Tuhan. Mengapa aku hanya mampu memandang cahaya itu, sekadar dari jauh.

Mengapa ku tidak mampu berlari. Mengejarnya, mendekatinya agar menjadi penawar resah?!…adakah kerana belenggu takdir yang menghambatku ke arah luka?

Oh Tuhan, siapakah dia untukku,
Keranaku rindu saat-saat tenang,
Melihat JamaliahMu diwajahnya…
Aku rindu akan bahagia menghayati kehidupan berkeluarga,
Yang disampingku dan dia, ada anak-anak kecil yang comel,
Berkopiah memeluk al-Quran, bertudung menghafal hadis.

Ku rindu akan saat itu. Tapi mengapa kehidupan ini membinasakan impianku? Seolah-olah ku jauh dari cita-cita dahulu. Semakin jauh ku cuba lupakan yang terjadi, semakin ku lupa akan bahagia keluarga impianku.

Aku cuma rindu akan dirimu, wahai wanita yang diciptakan untukku sebagai isteriku…kerana melihat lelaki lain bahagia cukup membunuh jiwaku….sedangkan ku juga ingin merasai manisnya memiliki wanita yang bergelar isteri untukku…