Wednesday, January 25, 2012

Surat buat sahabat

sahabat..
ku mengenalimu saatku kehibaan...
saat itu,
aku bsandar di bahu kehidupanmu,
menumpang kasih, berkongsi warna ceriamu..
sahabat,
saat itu pelangi senja tiba tanpaku
duga warnanya..
adakalanya merah, adakalanya
indah...
namun kau teguh berdiri tanpa lelah,
mghibur saat gundah...mencipta mekar bunga
kehidupan..
sahabat,
saat ini pula waktu terus bganti...
meninggalkan sisa mesra...
bganti dan terus bganti..
memerangkap waktu antara kau dan aku...
dan kini...
tiada lagi sapaan mgusik manja,
dan kini ku kehilangan watak dan tawamu..
yang dulu mgerti rasa,
sahabat...
kini ku rindu akan saat itu,
namun bila waktu menjengah usia,
maafkanku atas segala duka...
dan bukan niatku mengutus rasa...
cuma sekadar bicara bahasa...
mengisi ruang kenangan antara kita....

Kisah Pensel & Pemadam

Suatu hari, blaku pbualan antara pensel dan pemadam

Pensel    
Maafkan saya...

Pemadam 
Kenapa? Awk xbuat apa-apa salah pun.

Pensel     
Saya telah banyak melukakan awak, kerana kesilapan yg telah saya lakukan...diri awk telah cedera. Semata-mata kerana mahu membetulkan kesilapan saya, awk terpaksa korbankan diri awk.

Pemadam 
Ya, betul...tapi saya tak kisah..Sebab saya memang ditugaskan untuk melakukannya. Walaupun saya tahu awk akan menggantikan saya dengan yang lain, bila saya tak diperlukan lagi. Tetapi saya tetap bangga berada disisi awk..bila saat awk memerlukan saya, jadi awk tak perlu susah hati...sebab sy akan sedih bila lihat awk sedih.

Pensel 
Maafkan saya awk, sebab saya tak cukup sempurna...
pengorbanan ini...hanya untuk awk. Walaupun saya tak mahu melihat kesilapan demi kesilapan dalam hidup awk, tetapi saya akan terus berada disisi awk...hingga akhir hayat saya!

Thursday, January 19, 2012

Pelangi

1. Menurut ustaz Azhar Idrus, jodoh bererti pertemuan dan bukannya bmaksud pasangan (jawaban bagi ptanyaan mengapa pasangan suami bercerai)

2. Dlam, perbahasan..menurut satu hadis yg berbunyi " Tidak ada yang mampu menolak takdir kecuali doa". [SHAHIH. HR. At-Tirmidzi, bab Qadar 8/30 - 5 - 306].

---kebahagiaan tletak pada pilihan kita, jika kita nk bahagia...pilihlah orang yg mencintai kita dan mghargai kita, kerna kata orang juga, cinta sejati selalunya membawa bahagia...jika menderita, itu bukanlah cinta, maka pilihlah orang yg myintai kita kerna dia akan selalu mbuat kita bhagia--

mengapa diri ini tak pernah mahu berputus asa...
1. kerna tak mahu hidup dalam pnyesalan nanti...bila suatu saat kau myedari siapa yg spatutnya dicintai, ku hanya tak mahu mnjadikan keadaan tu tlambat untuk kau kembali...dan ku tak mahu melukai sesiapa..

2. kerna ku ingin bersama-sama mghadapi kesusahan dirimu. Kerna aku tak mahu melihat dirimu menangis mghadapi kesusahan.

3. kerna ku tak mahu untuk blaja mnyintai yg lain...setelah kau adalah yg terakhir akan ku cintai..

tapi...

aku tak pernah nk myalahkan dirimu, bila meminta aku blalu dalam hdupmu..kerna

1. aku tahu engkau tak mahu terus menyakitiku dgn harapan yg engkau sendiri tak pasti
2. aku tahu engkau ingin melihat aku bahgia...

dan aku juga tak pernah membenci walaupun aku sakit dalam kesunyian tanpa berita darimu
namun aku juga pernah cuba belajar membenci dirimu ttpi ternyata kebencian pdmu tiada dalam diriku kerna kecintaan pdmu lebih mguasai hatiku pada saat itu, dan selamanya tetap bharap semoga masih ada jodoh antara kita...amin

Pusara Cinta----Cinta & Airmata---

Sungguh ku begini
Ketandusan rindu ini
Mengapa ku mencari
Sang penghuni syurga jiwa
Berdendang suara mengusap kalbu
Kulemas dalam terpesona

Kehadiranmu menerajang kekusutan
Yang lama terdapat di sini

Bagai telah dijanji
Termakbullah mimpi-mimpi
Hujanku menteri
Terciptalah sang pelangi

Irama lagu silam mewarnakan
Idaman kalbu kesampaian
Bulan memancar cahaya
Tanda reda
Ikatan percintaan kita

Kini tercapai sudah mahkota insani
Takkan bermakna benih pastikan menjadi
Kerana Yang Maha Kuasa lebih menyayangi

Dikau pergi tanpa pesan
Tinggalkan ku dalam kepasrahan
Cintaku yang suci bagai tak kesampaian
Terputus di tengah jalan
Hanya airmata doa
Yang dapat kuiringkan bersama
Kepada yang Esa kupohonkan semoga
Tempatmu disisiNya


----kini engkau tlh pergi, hanya meninggalkan pusara cinta----

Wednesday, January 18, 2012

7 auto & 7 Fakta

<> SECARA AUTANYA, pak syeikh ada sepuluh biji kereta mercedes benx dan 3 basikal BMX, tp sebenarnya pak syeikh ada sebuah kereta perodua Viva sahaja..:P

<> SECARA AUTANYA, pak syeikh seorang yg suka buli budak2, tp sebenarnya pak syeikh adalah seorang yg sukakan budak2 kecil..he

<> SECARA AUTANYA, pak syeikh tak suka budak2 pompuan dan sukakan mak orang, tp sebenarnya pak syeikh suka tengok wajah wanita yg mengandung sbb nampak jernih, maklumlah dosanya sedang diampunkan Allah...(erk macam xda kena mgena jer auta dan faktanya..haha)

<> SECARA AUTANYA, pak syeikh adalah seorang yg giler FB, tp sebenarnya pak syeikh tak minat pun FB dan akaun FB pak syeikh telah pun disuntikkan ubat bius dan telah dinyahaktifkan..haha

<> SECARA AUTANYA, pak syeikh merupakan seorang pengusaha minuman yogurt, tp sbnrnya pak syeikh hanya suka minum minuman yogurt, sbb tu sekali beli mesti beli 3 botol terus dan bjaya dihabiskan dalam masa 2 hari sahaja....ehemm, bru la nmpak slim..wakaka

<> SECARA AUTANYA, pak syeikh seorang yg giler bgambar, tp sebenarnya pak syeikh seorang yg tak pandai nk posing dan xminat bgambar( tu pun sbb xda org nk ambik..sob sob) dan ada sebijik kamera dslr cap canon...waaa

<> SECARA AUTANYA, pak syeikh adalah seorang yg hensem, tp sebenarnya pak syeikh rasa pak syeikh memang hensem..erkkk no komen, hahahahaha

ensem tak saya?