Saturday, October 10, 2009

dr. cinta??

Cinta...satu rasa yang sering disentuh dalam blog ini. Seorang teman pernah bertanya, kenapa asyik membicarakan soal cinta jer? Kenapa tak membicarakan tentang kehidupan di kampus ker....

Sebenarnya, banyak impian yang tak terungkap buat masa ini dan sukar bagi penulis untuk menyatakannya. Namun, mungkin satu kata yang paling jelas. Dr. Cinta! mengajar sebuah kekecewaan dan keinginan kepada tasawuf-tasawuf cinta. Moga-moga titisan-titisan tasawuf cinta melenyapkan segala titik-titik hitam dalam hati, dan moga hembusan-hembusan tarbiyyah kerohanian memberi pedoman di kala diri dalam persimpangan... itulah salah satu sebab penulis asyik menyentuh tentang cinta dalam blog ini.

Penulis agak sedih melihat fenomena cinta yang melanda masyarakat dunia, khususnya dalam kalangan masyarakat Islam kini. Fenomena ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan wanita dan lelaki yang boleh kita katakan kurang mendapat didikan agama, malah ia juga turut berlaku dalam kalangan lelaki dan wanita yang sebati dengan tarbiyyah-tarbiyyah Islam. Yang berserban, yang berkopiah, yang tidak, yang bertudung biasa, yang bertudung labuh, yang tidak bertudung semua tidak terkecuali.

Dan bukannya penulis seorang yang anti-cinta kerana penulis juga pernah bercinta. Namun, Alhamdulillah... Allah telah memberi peluang kepada penulis untuk kembali ke landasan cinta yang sebenarnya. Memberi peluang kepada penulis untuk bercinta dan memulakan cinta dengan kaedah yang betul...bila ditakdirkanNya menemui seseorang yang bertakhta di hati suatu hari nanti.

Berbalik kepada fenomena cinta yang melanda masyarakat Islam tadi, penulis teringat kata-kata Saidina Umar al-Khattab.

'' sesungguhnya orang2 Islam mencapai kemenangan kerana musuh-musuh mereka melakukan maksiat kepada Allah. Jika tidak kerana kelebihan ini, nescaya orang-orang Islam tidak mempunyai kekuatan kerana bilangan dan kelengkapan mereka. Jika kita sama saja dengan mereka dari segi melakukan maksiat, mereka akan mempunyai kelebihan ke atas kita"

Alangkah besarnya pengaruh hati ke atas kejayaan umat Islam. Perang Badar telah menyaksikan bahawa orang Islam telah menang ke atas Abu Jahal dengan hanya bersenjatakan pelepah tamar! Hal ini berlaku dengan kekuasaan Allah dan semua ini takkan berlaku jika iman orang-orang Islam tidak kuat dan hati mereka dipenuhi maksiat. Dan ini merupakan salah satu sebab umat Islam sering ditindas, tidak bersatu sehinggakan menyaksikan darah-darah terus mengalir di bumi Palestin!

Sama-samalah kita kembali ke landasan sebenar, walaupun hati kita diuji dengan cinta...jangan mudah mengalah, terus bermujahadah. Adakah anda ingin mencurangi hati dan cinta anda? yang seharusnya diberikan pada yang berhak.

Penulis terbaca satu kata-kata yang boleh dijadikan renungan...

"wanita yang dicintai Allah, takkan dibiarkan disentuh mana-mana lelaki yang tidak berhak ke atasnya, walaupun sekadar disentuh hatinya"

Penulis sedar bukan mudah untuk menjalani kehidupan tanpa cinta, lebih-lebih lagi apabila kedewasaan menuntutnya...kadang-kadang anda sendiri terkeliru antara jodoh dan mainan perasaan, namun usah tergopoh gapah dalam membuat keputusan. Jangan jemu mohon petunjukNya. Bersabarlah walau sesaat!

wallahu'alam...

No comments: