Thursday, December 29, 2011

Taman Hati Firdausi : Allah dan Rasul Lebih Utama

“Akhi, jika di waktu hari pernikahan kita nanti..ana mahu mengenakan niqab, boleh tak akhi?’’

“Boleh..” jawabku ringkas. Sambil tersenyum memandang Ain Husna. Kemudian mengalih pandangan ke arah anak saudara tunangku yang asyik bermain buaian.

“Akhi tak marah?” Tanya Ain Husna meminta kepastian, sambil mengerutkan keningnya.

“Tak.. itu yang lebih akhi suka, dan itu yg sebaiknya pada hari perkahwinan kita.” Ujarku.

Ain tersenyum mendengar penjelasanku. Kemudian, sambil menunduk ke bawah dan menutur kata “Ain bimbang jika akhi malu pada teman-teman akhi, yang melihat penampilanku yang sebegitu.

Aku yang telah dapat membaca hatinya, menyatakan padanya “Ain…jika pakaian Ain, penampilan Ain dan apa yang Ain lakukan semata-mata kerana cinta Ain kepada Allah, akhi menyokongnya. Bahkan akhi tak pernah merasa malu, malah berbangga kerana memiliki wanita seperti Ain”.

Ain terus tertunduk malu dan terharu mendengar jawaban dariku. Dan seketika dia memandangku sambil menguntum sebuah senyuman. Terpancar perasaan yang bahagia dalam hatinya melalui kejernihan matanya. Secantik namanya Ain Husna.

Aku tersenyum memandangnya seketika, dan memandang ke langit Illahi. Gusar timbul fitnah dalam hati. Dalam hati, aku bermonolog sendiri. “Ain, jika Allah lebih kau cintai berbanding diriku…ternyata lebih aku sukai, kerna aku tahu Dialah selayaknya memberi kau cinta dan selayaknya menerima cinta darimu. Sedangkan aku hanyalah Muhammad Ziyad yang menerima anugerah cinta dariNya”


Allah dan Rasul Lebih Utama

Mencintai manusia adalah perkara biasa. Tapi jika kita mampu mengutamakan Allah dalam soal bercinta, dalam soal hati dan perasaan...dan sudah pasti ia adalah sesuatu perkara yang lebih dari biasa. Jika kita mampu mengutamakan Allah dan Rasul dalam urusan cinta, maka itulah yang sebaiknya...tetapi jika kita melebihkan cinta manusia lebih dari rasa cinta kita kpd Allah dan Rasul...sudah pasti kita akan melakukan perkara yang terlarang semata untuk menjaga hati dia yang kita cinta. Dan di situlah sebenarnya akan memperlihatkan sejauh mana kekuatan akidah cinta kita.

Teman Saat Menangis

Benar kata orang, jika kita ingin bahagia...kita perlu mencintai orang yg mencintai kita!

Hari sgt memenatkan...saat menulis entri ni pun, terasa macam nk tumbang jer, pertama sebb xmakan tengahari dan kedua mungkin sbb mengantok. Sebenarnya, ari ni pak syeikh membuat persiapan dewan, untuk program pada hr jumaat ni. Sbb kakitangan tak ramai dan bnyak juga bnda nk disiapkan, agak kelam kabut jugak la pak syeikh yg merangkap sbgai pengarah program. Lebih2 lagi, ada ajk yg dilantik terlibat dgn mesyuarat dan ada yg m.c lak, pahtu ada lak yg diberi kerja lain oleh orang atasan. Jadi ada la beberapa ajk yg dtg membantu, tp last2 pak syeikh kena tinggal sorang2...Perghh, bila sorang2 buat wat keja, dah sah akan penat giler..terasa bestnya lau ada yg datang tolong...time tu gak, rasa best jika ada shbt yg sejati, yg benar sggup berkorban utk kita..tp bukannya mudah utk dpt.

Selalunya 2 keadaan bile kita minta tolong shbt:

SITUASI 1:
aku: hallo bro, kat mana? dtg dewan jap..tolom aku susun kerusi..
kawan: alamak bro, xbleh la..aku banyak keja ni..(sdgkan duk men Angry Bird)

SITUASI 2:
aku: hallo, bro ada kat ne? dtg dewan jap...tolom aku sususn kerusi..
kawan: ok bro..lima minit ag aku smpai (sambil myudahkan makan nasi)

shbt yg baik tak akan pernah bkira dgn kita..bahkan diorang akan selalu mngetepikan kpentingan sendiri..

Jika korang ada shbt yang begini, korang sgt btuah..
-- selalu btanya khabar...slalu tnya apa yg dia buat tolom utk korang,
-- selalu bsama korang saat korang kesusahan
-- tak lokek dr segi wang..

Temani sahabat saat dia menangis..

Sehebat mana pun shbt korang, diorang pun manusia biasa juga...Apa yg diorng buat utk korang, walaupun tak diminta..tapi secara teknikalnya, korang juga perlu melakukan perkara yg sama utk diorang...iaitu temani mereka saat mereka kesusahan.

Jika diorang sggup btanya khabar, apa salahnya korang pulak btanya khabar...Sahabat ni, walaupun nampak sahaja ceria...mana lah tahu kot2 dia sbnrnya myembunyikan kesedihan drpd korang..

Sahabat atau teman istimewa..

Jika kebetulan shbt korang adalah juga merangkap sbg teman istimewa korang, ia adalah sesuatu yg sgt hebat, sbb korang btuah adanya diorang yg boleh jadi sahabat dan pada masa yg sama boleh mencintai korang...walau dia tak sempurna...tpi dia sekurang2nya dia cuba utk jadi sempurna untuk kita...jadi bgantung pd kita utk menghargainya..

to be continue...ehe, (sbb tak mau tulis tlalu panjang)

Tuesday, December 27, 2011

Lukisan Hati

Walau hidup sering diuji...pada perasaan mahupun kehidupan, usah terlalu larut dalam kesedihan. Biarpun hidup mekar tak bermakna...jangan biarkan ia kosong tanpa sebarang warna. Biarpun pelangi indah hanya kelihatan biru di langit Ilahi dan awan mendung menutupi biru langit....jangan mudah menghukum alam, tapi lihatlah pada diri. Di mana kita melihat, dan dari mana kita menatap... Jika hati ditutupi dengan kesedihan sehinggakan terasa tiada indahnya hidup, carilah kebahagiaan dalam hati..

Bukankah hujan yang menitis dari awan mendung, selalunya jatuh ke bumi menumbuhkan cendawan?..menghias cantik lukisan alam. Begitulah kehidupan, adakalanya kita rebah dan jatuh...tapi selalunya dari tempat kita jatuhlah akan tumbuhnya kematangan dan kehidupan. Dan dari tempat kita jatuhlah akan munculnya anugerah dari Tuhan.


Rasa bahagia itu lahir dari hati kita sendiri.
Didiklah hati dgn ilmu kerna kitalah gurunya,
kukuhkanlah dengan iman kerana kitalah juruteranya,
hiasilah dengan takwa kerana kitalah arkiteknya,
tanamlah dengan sikap mazmudah kerna kitalah peladangnya, dan
warnailah dengan rasa bahagia kerna kitalah pelukisnya~

Saturday, December 24, 2011

Senyum dalam tangisan

Masa kecil2 dulu, pak syeikh selalu dgr lagu ni..terutamanya bila iklan. Tentu sahabat juga masih ingat lagu ni...lagu ni bunyinya cam ni,

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Tapi, tak semua orang mampu tersenyum. Kerna senyum itu hanya lahir dari hati yang bahagia, dan sudah tentu ia bukan dari jiwa yang resah dan gelisah. Sekalipun ia mampu tersenyum, senyum itu langsung tawar...dan ternyata dari sinaran matanya tidak ternampak akan kebahagiaannya.

Kita mungkin sering terfikir, orang yang selalu ketawa itu orang yang sedang bahagia. Tapi pernahkah kita terfikir, sebenarnya dalam hati mereka itu sebenarnya dilanda keresahan dan kegelisahan yang hanya mampu ditutup dengan gelak ketawa. Ya..ketawa mereka hanya merahsiakan kesengsaraan yang sedang membakar hati....menutup seribu rahsia di dalam relung hati.

---senyum, tak perlu kata apa-apa---

Thursday, December 22, 2011

Aishiteru

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali...

---sekadar gambaran hati---

aku ingin mencintai cinta

tidak ku dambakan wanita yg persisnya spt Fatimah,
bila aku tidak sehebat Ali..
tidak pula ku dambakan wanita yg persisnya spt Khadijah,
bila aku tidaklah sehebat Rasulullah..

aku ingin mencintai cinta,
sucinya terpelihara seperti Fatimah..
setianya kekal seperti Khadijah..
aku ingin mencintai cinta..
agar terjaganya sebuah CINTA,
aku hanya ingin mencintai cinta,
agar tersebarnya sebuah CINTA,
amanahnya dari Tuhan yang Esa,

dan jika aku harus tinggalkan cinta,
yg membuatku hidup dalam murka..
maka ketemukan aku dan dia dalam suka,

dan jika aku harus tinggalkan cinta,
yg membuatku resah tanpa kata,
maka ketemukan aku dgnMu dalam Syurga Cinta.


Allah, jika aku tidak layak untuk cinta, kurniakan aku cinta untuk terus mencintaiMu, hantarkan orang2 yg mencintaiMu mendampingku agar aku juga kuat untuk meraih cintaMu..

Rindu & Cinta Menurutku

Bila ditanya tentang rindu, ingin ku bicarakannya begini...

Jika rindu itu indah, akan ku biarkan jiwa yg resah
Jika rindu itu musibah, akan ku hindari jiwa yg amarah
Jika rindu itu maksiat, hindari aku yg bingung tanpa kelibat
Jika rindu itu rahmat, biarkan aku yg menanti tanpa gugat...

dan bila aku ingin berbicara tentang cinta...ternyata,

Cinta itu adalah kekuatan,
hadirnya membuatku ramah, hilangnya membuatku rebah
hadirnya membuatku merasa syurga, hilangnya membuatku merasa neraka
dan,
meskipun telah ku mampu uraikan tentang cinta, ternyata cinta itu lebih indah bila hati merasa...
kerna cinta itu seperti aroma mawar yg tersebar mekar dalam bekas kaca,
mampu mengutus bhagia walaupun lidah kelu tnpa kata..


♥ Allah, jika ku mampu alunkan rindu ini,
akanku alunkan tentang keindahanMu,
agar rinduku pd dia tidak melebihi kerinduan untuk bertemuMu,
Allah, jika ku mampu lagukan cinta ini,
akanku lagukan tentang kebesaranMu,
agar cintaku pd dia tidak melebihi kecintaanku kepadaMu ♥

dalam mood rindu Sang Pencuri Hati...W.N.W.A..ehe,

--berhati-hati meniti sebuah perjalanan mencari cinta..huhu--

Wednesday, December 21, 2011

Bila Harus Memilih

Seharian memandu dari Kota Bharu ke Damansara, agak memenatkan...tapi entah kenapa mata dan otak pak syeikh ni asyik berkomplot nk kenakan pak syeikh, xnak bagi pak syeikh lelap...Mata seolah tak mgantuk, otak pula sentiasa aktif bfikir ibarat enjin kereta yang baru ditukar minyak pelincirnya. ehe...Daripada pak syeikh duk berguling dan berangan naik kereta Ferrari, elok ler pak syeikh siapkan entri pak syeikh ni...sebenarnya entri ni telah pak syeikh tulis sedikit ketika brada di kg, tapi memandangkan internet tak berapa nk laju, pak syeikh pun bcdang ler nk smbung smula bila dtg semula ke Damansara. Jadi berbekalkan secawan kopi dan biskut kering, pak syeikh nk kongsikan sedikit pandangan yg mana idea idea penulisannya drpd khutbah jumaat yg pak syeikh dgr semasa solat jumaat.

Khutbah jumaat pd ketika itu mbicarakan tentang munakahat.Mungkin sbb musim cuti sekolah...jadi ramai yg ambil pluang utk melansungkan perkahwinan. Mungkin disebabkan ini, pak imam mngingatkan muslimin tentang hal-hal perkahwinan.

Dan sesungguhnya perkahwinan itu adalah satu perkara yg mulia dan sgt dituntut dalam Islam, kerna fitrahnya manusia hdup perlu berteman... terdapat beberapa firman Allah dalam al-Quran yg memerintahkan supaya manusia bkahwin, antaranya surah an-Nur, ayat 32..."Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahajamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."

Bila Harus Memilih

Walaupun Islam itu agama yg mudah, tapi jangan pula kita mgambil mudah!... terutamanya dalam hal-hal munakahat ni, sama ada dari segi nak memilih calon-calon suami atau isteri, akad nikah dan juga majlis melansungkan perkahwinan. Semuanya perlu didasari dengan syariat yang dituntut oleh Islam. Cuma kali ni pak syeikh nak kongsikan tentang pemilihan calon2 pasangan. Pak Syeikh yakin, shbt semua sudah biasa mndengar tentang hadis berikut:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Hadis yg dikemukakan ni sbnrnya tidak khusus kpd lelaki2 shj dalam mncari jodoh, malah ia juga seharusnya mjadi pnduan bg setiap wanita dalam mencari imam yg mampu memimpin rumah tangga mereka.

apa gunanya wajah yg tampan dan cantik, jika akhlaknya rosak
apa gunanya bicara yg manis, jika amalnya sesat
apa gunanya hartanya melimpah, jika ilmunya tak berkat
dan apa gunanya tubuh badan yg sihat, jika malas beribadat...

Pokok pangkalnya, seseorang lelaki dan wanita baik sudah tentunya memiliki keyakinan akidah yg benar dan patuh dalam suruhanNya. Khutbah juga myarankan, kepada para ibubapa terutamanya...sentiasa melihat siapa calon anak2 mereka, samaada mereka ini pemuda jalanan ataupun pemuda yang berjalan ke rumah Allah? kerana ini akan menentukan siapa baka keturunan kita. Kerna itu, kita harus memilih! Nak berumah tangga bukanlah seperti memilih baju yg jangka gunanya singkat, tp pilih la calon yg boleh bermanfaat kpd keseluruhan hdp kita.. dan sudah pasti kita perlu hindari memilih calon2 yang ternyata boleh merugikan kehidupan kita..

Kata orang, lau nk dapat yg soleh atau solehah, kita perlu jadi solehah atau soleh tlebih dahulu...kerna sudah pasti benarnya janji Allah, dalam surah an-Nur, ayat 26..“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

jika inginkan Teman Hidup yg Cantik, Akhlak juga kenalah Cantik,
jika inginkan Akhlak yg Cantik, Hati juga kenalah Cantik,
jika inginkan Hati yg Cantik, Iman juga kenalah Cantik

Maka kerana itu, sama2 lah kita perbaiki diri..pertama, baiki akidah dan amal kita, kendian..baiki hati kita, dan juga akhlak kita..Apabila semua ini terjaga, sudah pasti kita akan dpt kebahagiaan yg kita impikan...baik rezki yg melimpah dan juga anak-anak yg soleh dan solehah..insyaAllah

Akhir kalam, buatlah pilihan sebaik mungkin...kerna hidup harus memilih, ehe

Tuesday, December 20, 2011

Catatan Sebuah Perjalanan..

Lebih kurang pukul 7.30 pg td, pak syeikh telah btolak dari rumah di Kota Bharu utk balik ke Damansara. Walaupun cuti sekolah sebulan lebih, pak syeikh hanya sempat berada di kg selama seminggu kerana tpaksa mgawas SPM dan tpaksa datang awal kerana ada taklimat gaji baru yg akan dijalankan pd 21 Dis...Pak Syeikh mggunakan laluan Kuala Krai, Gua Musang, dan singgah sebentar di Hentian Benta sebelum meneruskan perjalanan ke Raub dan Bentong...Di Hentian Benta, pak syeikh hanya minum air dan rasa xselera nak makan nasi..ehe. Sepanjang perjalanan, hujan agak lebat di beberapa tempat...dan myebabkan VIVI (kereta pak syeikh) agak comot..

Pak Syeikh berhenti solat di Masjid Jamek Bandar Bentong. Masjid ni sgt cantik dgn hiasan dalam yang unik. Rasa tenang bile menunaikan solat zuhur dan asar di dalam masjid ni..

--Masjid ini tersergam indah di laluan utama bandar Bentong--

--pemandangan di dalam masjid--

Pak syeikh cuba mencari maklumat tentang masjid ni melalui pak cik google utk dikongsikan dgn sahabat, tp syg...xbanyak maklumat bkaitan masjid ni. Dan sebelum meninggalkan masjid, pak syeikh hanya mampu tersenyum sendiri melihat gelagat si comel yg menekup hidungnya, menahan asap rokok yg busuk dan beracun daripada rokok bapanya...

Perjalanan diteruskan, selepas melalui tol pertama..perut mula rasa lapar, tambahan lagi pak syeikh blom makan tengahari...mahu sahaja bhenti mencari burger di Mcd Genting Sempah..tp bila mgenangkan rasa jijik ble melihat video seekor lembu yg dimasukkan kedalam mesin pengisar utk dibuat burger, terus pak syeikh jadi hilang selera utk makan apa jua jenis burger..iyerkk, Jadi, sampai di Damansara...pak syeikh cdang nk beli makanan orang2 atasan iaitu pisang, ehe...utk mengalas perut..tp alahai tutup plak gerainya. Jadi, pak syeikh pun teruslah mghala ke rumah..makan sahaja wafer yg dibeli pg tadi..konfem akan mbuatkan pak syeikh lapar ptg nati..haha, Alhamdulillah...stelah 7 jam perjalanan, akhirnya pak syeikh sampai di apartment jam 3 lebih..

Aku & si Abdullah Khairul Azam

Jika dikira, malam ni merupakan malam kedua pak syeikh megulang tayang cerita “Ketika Cinta Bertasbih”. Secara jujurnya, ni kali pertama pak syeikh menonton citer ni…walaupun cerita ni da lama berada dalam storage pak syeikh. Diakui, memang pak syeikh agak meminati lagu temanya, nyanyian Melly Goeslow dan Amee…dan sebelum ni pak syeikh hanya tpikat pada lagunya dan bukan pada ceritanya. Tapi entah dari mana kekuatan dan minat tu datang, shinggakan pak syeikh menontonnya sampai berkali2..ehe. Entah…mungkin jalan ceritanya, kisah si Azam yang tak putus asa mencari cinta halal, ataupun rindu seorang lelaki yang ingin didampingi si tulang rusuknya…yang sinonim dan dekat dengan kehidupan pak syeikh, membuatkan kisah cinta si Abdullah Khairul Azam dan Ana Althafunnisa terus melekat pd kotak kegigihan dan tawakal pak syeikh….


Aku hanya seperti si Abdullah Khairul Azam yg menyimpan rasa saat melihat teman mendahuluinya dalam pernikahan…dan cukuplah lafaz “Barakallahu” jd bukti restunya,

Aku hanya seperti si Abdullah Khairul Azam yg bersyukur dgn siapa yg jadi peneman, di saat tidak istimewa menurut hati…tapi cukuplah jilbab labuh jadi kesukaannya,

Aku hanya seperti si Abdullah Khairul Azam yg redha bila takdirnya payah dalam keinginan hatinya, tapi cukuplah tawakal dan cintanya jd peneguh azamnya,

Aku hanya seperti si Abdullah Khairul Azam yg mengharap dalam gelisah akan kehadiran sang Hawa…dan cukuplah usahanya jadi bukti akan kesungguhan dalam mengikuti sunnah Rasulnya…

Thursday, December 15, 2011

dialah yg pertama...

Malam ini, spt malam2 yg sudahnya. Biarpun selesa berselimut tebal, memadamkan lampu....tapi tak mampu juga nak lelapkan mata. Kdang2 terfikir juga, sampai bilakah harus bgini? Mata, walaupun terasa mgantuk...tetapi hati yg merindu pasti akan sering berjaga. (mood jiwang skit..ekeke). Pak Syeikh terkenangkan seseorang yg sgt special dalam hdp pak syeikh. Banyak perkara yg blaku antara pak syeikh dan dia, meletakkan dia yang pertama dalam carta hati...

Dalam hidup pak syeikh...

Dialah yg pertama meminta biodata diri pak syeikh. Pak syeikh masih ingat, ketika tu kami dalam form 6 R Adil. Tak ramai pelajar yg datang, maklumlah akhir2 persekolahan dan exam akhir tahun plak da tamat. Kebetulan ari tu, pak syeikh sorang je pelajar lelaki yg datang ke sekolah. Jadi, suatu ketika..dia pun minta kawan dia, bagi buku kecil (buku catatan diari kot) kat pak syeikh minta ditulis biodata...siap bagi magic pen warna warni lagi..hehe.Pak Syeikh apa lagi, bila dapat buku dan magic pen yg warna warni camtu..megalahkan budak tadika di kelas melukis la. Tulis nama, alamat rumah dan tarikh lahir...setiap huruf warna lain2..haha. Tapi, time tu pak syeikh pekenakan dia...sesaje je pak syeikh tulis ari lahir pak syeikh lain dr tarikh lahir asal...huhu, last2 rugi jugak diri sendiri...mesti lambat kena wish, ehe..

Dialah yg pertama memberi kad ucapan kat pak syeikh. Masa tu pak syeikh berada dalam library. Pak Syeikh duk belek2 buku ekonomi lau tak silap..Kendian dia pun datang la dekat pak syeikh, dan serahkan satu sampul kat pak syeikh. Pak Syeikh tergamam (ingatkan nak ajak p majlis tari menari...ehe, gurau jer). Pak syeikh pun apa lagi tersenyum sambil buat2 muka tak bersalah..pak syeikh ingat lagi kata2 dia dan masih simpan kad ucapan tu. "Congratulate, kerana mengekalkan prestasi awk". Yang specialnya, kad tu dia buat sendiri...pak syeikh sgt sukakan kad tu. Setiap kali pandang, mesti tersengih sendiri..

Dia juga la yang pertama memberikan kad ucapan hari raya pada pak syeikh. Tak pernah2 pak syeikh terima kad ucapan hari raya daripada sape2 kecuali dialah yg pertama. Dan kad tu sangat berharga pada pak syeikh. Kad tu sgt padat dengan tulisan dia, dan dia sempat melawak, katanya "raya tahun ni tak jadi, sbb anak bulan keguguran"...huhu.

Dialah yg pertama membuat pak syeikh rasa tercuit hati. Kali pertama pak syeikh menyedari kehadiran dia di sekolah ialah ketika pak syeikh satu kelas dgn dia. Masa tu kami kelas 3 Cekal. Maklumlah pak syeikh dulu pendiam, jalan pun tgk lantai..haha. Time tu dia nak bangun...nak p kelas sebelah, jumpa kawan dia di kelas Budi, so kebetulan time dia nak bangun tu, pak syeikh tgk menoleh ke kiri (pak syeikh duk depan sekali sebelah kanan time tu dalam kelas)...dan kami sama2 terpandang. Pahtu pak syeikh2 cepat ler megalihkan pandangan, walaupun dalam hati kata...Subhanallah, dia cantik, hehe. Kendian masa form 6 A Adil, dia selalu buat pak syeikh tersenyum sendiri. Pak syeikh teringat time dia bekejar2 dengan kawan dia sbb kawan dia da ambil terlebih dahulu gambar pak syeikh (gambar kat carta organisasi)...huhu, dia meme lucu dgn sikap dia... tapi baru skank pak syeikh sedar tentang kehadiran dia dan perasaan dia disaat itu..hu

Dia juga lah yang pertama meminjamkan buku motivasi kepada pak syeikh. Dia banyak menghiburkan pak syeikh bila pak syeikh bduka...huhu. Time tu, pak syeikh pinjam buku yang btajuk "Membina Hati Yang Bahagia", karangan HM Tuah. Dekat sebulan asenya pak syeikh pinjam buku tu..ehe,

Dialah yg pertama menelefon pak syeikh. Time tu dia telefon pak syeikh sebb nak tanyakan sesuatu, iaitu sbb dia ada temukan sesuatu nota dalam buku library..Jadi, sejak ari tu la...kami mula rapat. Walaupun sbnarnya, kami jarang bercakap terutamanya di masa persekolahan...tapi banyak perkara dan peristiwa yang pak syeikh ingat berkaitan dgn dia, contohnya ari tu...kelas wat gotong royong, pak syeikh plak lap tingkap...jd sbb kat xbese wat kerja umah dan kat umah plak tak da tingkap spt bilik darjah, pak syeikh pun lap la tingkap dgn kain dan kendian dia pun datang tolong ajar pak syeikh camne nk lap tingkap dgn betul..ehe,

Dan dialah orang pertama yg sgt memberi kesan di hati pak syeikh, sehinggakan pak syeikh melukis gambar potrait pak syeikh dgn dia...walaupun lukisan pak syeikh huduh, tapi nilai pada lukisan sgt bmakna. Sbb pak syeikh sdar pak syeikh sememangnya myimpan hati pda dia..hnya lukisan yg mampu mterjemahkan makna dan hasrat yg tersirat (walaupun pak syeikh menulis "Best Friend Forever"...tapi hasrat hati lebih dari itu)..hu

Walaupun apa yg pak syeikh nyatakan kat sini, tidaklah disusun dgn seindah kata..tapi cukuplah Dia,pak syeikh dan dia tahu...dialah yg pertama dihati dan selamanya di hati...

Wednesday, December 14, 2011

Memberi & Menerima

Kata orang memberi lebih baik daripada menerima, kerna itu tandanya orang itu mulia. Tetapi, disebalik kita asyik memberi, jgn kita lupa memandang sekeliling kita...mungkin adakalanya kita disaat itu, kita adalah sang penerima...Bukankah Tuhan itu adil dan pemurah?


Hargailah anugerah dan pemberian daripada tuhan...

adakalanya pemberian tu hadir kerna tabahnya menghadapi derita, redhanya atas ketentuan,
adakalanya pemberian tu hadir sbgai hadiah daripada kesabaran... maka terimalah anugerah sebuah cinta daripada Maha Pencinta..


Selayaknya pelangi itu muncul selepas hujan, tidaklah ALLAH mguji sesuatu kaum melainkan akan adanya hadiah daripada kesabaran...Usah terlalu memandang title kita, sama ada kita ada lah pemberi atau penerima cinta dari yg mencintai kita, tapi pandanglah anugerah Allah yg meghadirkan insan yg tulus sabar dan setia dgn kita..bahkan dialah selayaknya memberi kita cinta dan menerima cinta kita.

Anugerah cinta untuk tuhan adalah ketaatan,
Anugerah cinta dari tuhan adalah kebahagiaan...

Moga Allah menghadirkan orang2 yg taat sbgai pendamping kita agar bahagia itu milik kita dan moga redha Allah sentiasa bsama kita...Ya Allah, jiwa kami ada dalam genggamanMu, maka izinkanlah jiwa kami selalu bertaut dalam cintaMu...amin,

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Diistikharah Cinta..

Tuesday, December 13, 2011

Dreams & Speechless...

Walaupun tajuk entri ni dalam bahasa Inggeris, tak da niat pak syeikh nak menulisnya entri kali ni dalam bahasa bkenan, nati korang x faham..haha. Baru pak syeikh sedar, rupanya dalam tiga hari kelmarin, berturut2..tak lebih pun drpd 100 patah perkataan pak syeikh bcakap. Walaupun rakan serumah pak syeikh yg sorang ag, tak balik kg ag sama spt pak syeikh...tp sejak hati dia spt negara afrika dilanda musim bunga, asyik2 kuar shingga dari pagi hgga ke ptg..ehe (xpe lah asalkan niat betul dan semoga hajat di hati nak berumah tangga dipermudahkan Allah). Hidup di bandar, walau sibuk dengan bunyi keta yg lalu lalang...tapi tetap berasa asing di tengah ramai. Hanya sesekali ditegur anak jiran yg bermain bola di tepi balkoni umah. Dan sebagai akibatnya, kesan "speechless" dibawa ke tgh malam. Kol 12.30 da stat baring, tp last2 kul 3 lebih jugak tido..adeii, keesokannya (ari ni) lak nak drive balik kg..bangun pagi dengan perasaan yang blur...btol ke aku nak balik ari ni? last2 siap packing barang, mandi dan terus balik dgn rasa pening2 lalat...

Bercakap....
agaknya penting dalam hdup,
suami,
kadang2 marah, isteri kena hormat...tandanya menjaga
isteri,
kadang2 meleter, suami perlu diam..tandanya mendengar,
kadang2 bcakap, suami perlu respon..tandanya kasih,
anak,
kadang2 merengek dan nyoya2(bercakap) dalam bahasa dia, ibu bapa perlu melayan...tandanya mendidik,

Bercakap, kdang2 tak lebih dr inginkan perhatian dan fitrah utk bteman...kerana,

Aku bukanlah YUSUF yang digilai oleh Zulaikha,
Aku bukanlah pula SULAIMAN yang dikagumi Balqis,
Aku bukanlah pula MUHAMMAD yang dicintai Mukmin,
tapi aku hanyalah seperti ADAM yg merindui kehadiran Hawa dlm hidupku. ♥

Fahamilah aku sebagaimana kau mahu aku memahamimu, bicaralah denganku sebagaimana aku ingin berbicara, terimalah aku sebagaimana aku ingin menerimamu, redhailah aku sebagai status halalmu, sebagaimana hati aku tlh meredhaimu…..kerna aku hanya Adam yg biasa. ♥

Kata hati "nobody can see fish crying in the water"...Wajah yg ceria tak bermaksud tidak pernah menangis...

--sekadar gambar hiasan, ehe--

Monday, December 12, 2011

Muslim Blogger

Assalamualaikum wbt...da sehari tak godek2 blog pak syeikh ni, smua ni gara2 tenet yg tiba2 merajuk lak...ehe. Disebabkan oleh tenet yg tak mahu memberikan kerja sama dan gangguan kebosanan yang melampau disebabkan duk sorang2 kat Sg Buloh ni, pak syeikh pun merajinkan la diri mgodek2 adobe photoshop. Tujuannya tak lain xbukan, utk buat header untuk blog pak syeikh..cantik tak header yg pak syeikh buat tu? huhu..Pak Syeikh juga ada buat lencana utk Muslim Blogger..korang boleh tgk kat sebelah kanan blog pak syeikh tu...ala yg gmbar budak kiut macam pak syeikh tu..ehe. Lau korang bminat nk join pak syeikh...leh la korang request kat ruangan komen bawah ni dan sila nyatakan alamat email dan juga alamat borang korang ea....nti pak syeikh akan emailkan pada korang lencana Muslim Blogger yg da siap edit pd korang. Nanti korang upload la lencana tu pd blog korang...


---mood: xmau cakap banyak..ehe---

Saturday, December 10, 2011

Jujur dan Ikhlas dalam Bekerja

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu...lalala,

EHE..menyanyi pulak pak syeikh ari ni. Assalamualaikum wbt, pe citer? korang sihat..ari ni sgt mgantuk dan memenatkan bgi pak syeikh, sbb semalaman dan dekat separuh ari pak syeikh duk membuat banner utk program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan utk skol pak syeikh..Yelah, memandangkan pak syeikh takkk...aa?? pe dia, apa kaitan dgn lagu yg pak syeikh nyanyi td? actually, xda kaitan pun dgn apa yg pak syeikh nk ceriterkan ni, haha...lagu tu pak syeikh dgr dalam kereta smasa balik dr kedai makan td.. (2.50 baru makan sarapan a.k.a lunch la derr...huhu). Syhhh, jgn myampuk pak syeikh nk citer ni, ok..pak syeih tak la mahir sgt buat banner ni, lebih2 lagi bile guna perisian Adobe Photoshop ni..mau gak btongkat mata dgn batang mancis semalam duk try guna benda ni. Jadi, bile p makan tengahari td..ase jalan macam tak pijak tanah... (fuyooo, pak syeikh leh terapung, eehe... senget).

Setelah semalaman duk buat bnda ni..ni la hasilnya,

Amacam cun tak? haha..nti pak syeikh nk try buat banner dan header utk blog plak. Lau sape2 nk tmpah..pak syeikh charge harga member jer, utk yg teristimewa..pak syeikh bg free..ehe

Lau banner saiz macm ni..tempah kat kedai, utk upah saje pun da dekat rm 50. Tu tak termasuk harga utk printing ag. Tapi sebab ni utk skolah dan pak syeikh pun tak la boleh dikategorikan sbgai profesional dalam bab ni, pak syeikh xambil harga pun..huhu. Yelah, da meme stail pak syeikh, lau wat keja...memang xsuka ambil harga, lau orang nak bagi..baru la diambil, rezki jangan ditolak derr..hehe. Sbenarnya, perkara ni penting dalam etika kerja...pada pak syeikh, sgt penting bg seorang pekerja bsikap amanah dan berusaha memastikan pencapaian organisasi, tp pada masa yg sama bukanlah sampai menjadi hamba kepada satu2 organisasi. Cukuplah jika kita berkerja dgn penuh kejujuran dan keihkhlasan.

Teringat satu kisah, ada sorang tukang sapu ni...dia selalu jer balik lewat, lau orang lain yg masuk keja sama dgn dia balik kul empat petang, tp dia balik kul 6 petang. Setiap hari dia balik lewat dari waktu yg sepatutnya. Jadi adalah pengetua skolah dia selalu phatikan si tukang kebun ni, dan mnimbulkan kemusykilan pd pengetua tersooobut..hu, Jadi pengetua tu pun panggil lah dia dan btanya, "saya slalu perhatikan pak cik ni, selalu je balik lewat dari yang lain..kenapa pak cik tak balik seperti mereka?" tanya si pengetua ni. Kendian pak cik pun kata, "tuan, sbenarnya..sy ni ble waktu tghari, waktu panas.. tak buat kerja yg tuan amanahkan untuk menyapu sampah, tapi saya duk berehat di bawah pokok. Sbb tu, sy topupkan waktu yg berehat tu dgn melewatkan waktu balik sy, sy sgt takut nanti sy dipersoalkan amanah yg tuan berikan pada saya, jadi sy buat bgitu sbb sy tak nak suapkan anak isteri saya dengan duit dan rezki yang tidak berkat, tuan.."

Begitulah kisahnya. Jadi shbat2 semua, semoga akhlak pak cik tukang kebun ni akan sama2 kita teladani dalam mecari keberkatan rezki kita ea..InsyaAllah.

Friday, December 9, 2011

Si Kembar Kecil Yang Comel^^


Gambar baby ag?? ishh2 pak syeikh ni macam xda keja lain ek...haha. Takda, sbnrnya pak syeikh suka sgt kat budak2 ni...comel jerkk, :p

Apa yg best ttg baby ni? Pak Syeikh paling suka bile diorang senyum atau ketawa, nampak kiut sangat...seyesli, ase nk peluk-peluk dan kucup je dahi dan pipi dier (macam jiwa budak2 perempuan lak pak syeikh ni...ehe). Lau dulu masa balik dr keja, pak syeikh selalu je nampak kelibat anak jiran pak syeikh...Danny nama dia, dalam umur 2 thun, kakak dia nama Alia (lau xsilap la..), plak dalam umur 3 thn. Diorang ni selalu jer intai-intai pak syeikh bile pak syeikh balik dr skolah. Bile lihat diorang, hati pun rasa senang...ase penat keja tu hilang jer bila tgk wajah diorang yg cute. huhu. Tp skank diorang da pindah ke Johor Bahru, da xleh nk main dgn diorang ag dan tak sempat nk snap picture diorang....sob sob,

Kedua, pak syeikh suka bau bayi. Wangi lorhh..huhu. Satu ag sbb pak syeikh suka sbb badan diorang ni lembut dan ringan, jd bile dukung je diorang...ase cam best jer, ase tenang jer...huhu

Citer sal baby ni, pak syeikh sbnrnya teringin nk ada anak kembar..(boleh kan isteriku? hehe) Sorang pak syeikh dukung, sorang lagi isteri pak syeikh dukung..baru adil, haha. Allahu rabbi, indahnya saat tu kan...huhu, sama2 bjaga malam, buatkan susu anak2 yg tjaga malam...sama2 btungkus lumus mandikan anak2...bestnya (oppsss, tlebih sudah, haha). Ok guys, moh kita sama2 tgk wajah2 kesayangan ambe ni..checkedout :)

---ololo, comelnya..nk cubit asenya pipi diorang ni, ehe--

--bolatnya mata...tgk apa tu? huhu--

--menari algogo eh?? tp still comey...wakaka--

---manisnya bile btudung :p---

---cenyyuuummmm...cantikkan gigi kami? hikhik---

---akak, ada makcik tu jeles tgk kita posing dgn gaya yg kiut ni...ehe--

--- tgh menjalankan kajian ke atas sebatang pen?...hehe--

---zam zam ala kazam, huhu...mak cik nk tumpang? ehe--

hah...ni plak kembar yg prnh hot kat Malaysia..ehe
--betol2, huhu--

Lastly, pak syeikh sebenarnya pun ada kembar jugak...nk tau sape kenal kembar pak syeikh??? haha...jgn plak korang jeles ea..:p

--hi, mere naam...salman khan, saya ler kembar pak syeikh, wakaka--

Thursday, December 8, 2011

Alien kah aku?

Eh korang, pak syeikh nak tanya...opss, lupa bg salam, Assalamualaikum wbt, hehe...agak2 korang la adakah pak syeikh ni seorang alien ke? atau manusia? Alahai pak syeikh ni, pe plak yg duk merapu ptg2 khamis ni..hehe, citer dia gini, Lepas edit-edit blog, bg santek skit...pak syeikh pun ttido lah memandangkan perut da kenyang lepas makan nasi kukus (teringin lak nak makan nasi kukus kat putrajaya, ehe). Jadi bila da tido tu, pak syeikh pun mimpi la...dalam mimpi tu pak syeikh, pak sedang melatih bola..tak tahu ler, player ane..tpi jersi putih, macam France jer..fuyooo, hebatnya pak syeikh..haha. Tiba2 lak btukar cerita, citer pak syeikh nak balik ke planet asal pak syeikh..(biasalah dalam mimpi, selalu jer melompat2 citer dia). Kendian, ada sorang kawan pak syeikh ni(dia ni suka menari, kdang2 suka sepak pak syeikh...adess), mybe dia pun planet sama dgn pak syeikh kot..dia xnak balik ke planet, lepas tu stlah mgucapkan slamat tinggal, pak syeikh pun balik la ke planet asal..Kendian, nak jadikan citer..bbrapa thun kendian, pak syeikh pun dtg la ke planet yg korang duduk skank ni..planet bumi. Pak syeikh mendarat di bumbung sekolah. Kelihatan beberapa org pelajar sdg mencari bahan utk buat perhiasan pd badan (time tu skolah ada program..macam program tarian). Pahtu, ble budak2 tu tgk pak syeikh, seorg bdk seolah2 kenal jer dgn pak syeikh. Gaya macam kawan pak syeikh yg tak mahu pulang ke planet ari tu. Sorang lagi anak buah pak syeikh yg mungkin dtg bsama pak syeikh. Tapi bile diorang nk datang kpd pak syeikh, diorang tjatuh...

n then...

n then...

n then ...blom tmat lagi, pak syeikh xsedar dr tdo ag time ni..hehe. N then, dua orang budak tu meninggal. Lalu cmner, ase hiba lak...ase cam air mata kuar time tido. Bile diorang jatuh, ada la beberapa orang guru datang. Pak Syeikh mgiringi jasad dua org budak ni ke suatu bilik bsama seorang guru. Pahtu pak melalui kawasan beranda kelas, semua guru melihat pak syeikh..tp time tu pak syeikh ttunduk menahan kesedihan. Ada sorang guru ni, terperasan dan kenal pak syeikh, dia ikut pak syeikh ke kelas utk letak jasad budak tu.

---cerita dismbung selepas maghrib, ehe---

Kemudian di bilik tu, guru td pun btanya la siapa pak syeikh ni? Pak syeikh pun ckp la, sbnrnya aku ni kawn lama korang..da lama aku nk utus surat utk korang sjak aku balik ke planet aku..10 thun lepas, aku nk htr surat kat korang tp aku tlepas utk bg kat posmen angkasa, dan nyaris2 aku nk dilanggar keretapi ketika megejar posmen tu..memandangkan posmen angkasa tu akan p ke bumi lima tahun sekali, aku ambil kputusan utk datang sndiri melalui kapal angkasa, sbb da xmampu nk tahan rasa rindu...bla dan bla, pak syeikh pun tersedar la dr tido, tak tahu la kesudahan cmner..ehe, tp dapat rasa cam real jer air mata kuar time mimpi tu...wakaka

SO, MORAL OF THE STORY
--jgn tido siang, terutamanya slepas makan nasi kukus..haha
--hargailah persahabatan yg korang bina, x kira la dgn makhluk apa skali pun...dgn kucing ker, dgn catdog ker..dgn alien ker, atau apa2 jer...owkes? jadi pak syeikh tinggalkan dgn sedikit madah utk korang...renung2kan dan selamat beramal, hehe

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
( Saidina Ali)

" Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh/solehah. jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh" - Saidina Umar Al-Khattab

--kapal angkasa milik pak syeikh sdg dikaji oleh saintis...(wat loklok jah :P)--

Bingkisan Taman Hati Firdausi

Assalamualaikum wbt...

Korang sihat? ari ni tak banyak mende yg pak syeikh nk kongsikan..cuma nk maklumkan sal perubahan design blog pak syeikh. Pak Syeikh minta pndangan korang...ada cun tak design baru pak syeikh ni? tema pak syeikh simple but nice..hehe, ye la kan..nti lau tlalu komplikated, jd serabut makbuk plop...korang pun tentu malas nk baca..erkk, okey...lau ada apa2 cadangan atau komen, leh korang usulkan pd syeikh ea..

Pak Syeikh nk kongsikan sedikit kat korang ni..td masa pak syeikh duk ubah design, br pak syeikh perasan...rupanya kite leh ubah design blog kite, dgn cara yg plg mudah..contohnya lau korang nk tukar background blog atau tulisan kat blog...korang pergi jer kat Template Designer, pahtu pilih bacakground..klik kat gambar background. Korang pilih jer mana yg korang suka, lau korang nk guna picture background sndiri pun leh, cuma upload jer..tp saiz gambar kena la besar, bru leh buat full background...Nk edit tulisan, korang p kat advanced, pahtu edit la sesuka hati korang...heehe

Urm..korang perasan tak, tulisan yg bergerak dr bawah ke atas sblh kanan blog pak syeikh ni? Lau perasan bagus, lau tak...tu tandanya korang peka, he...okes2, sebenarnya pak syeikh nak secara rasminya bagitau korang yg ayat2 tu dikarang oleh pak syeikh..korang leh tgk di http://www.facebook.com/pages/Taman-Hati-Firdausi/275277902501115 ...iaitu halaman yg diwujudkan oleh pak syeikh sndiri, tak satu pun ayat yg dicopy dr org lain..Jadi, pak syeikh nk maklumkan supaya tak da lak org yg mgaku ayat tu dia punya, atau dia reka...sbb agak terkejut skit la, ble ari tu pak syeikh ada buka blog..pahtu pak syeikh tgk ayat pak syeikh tu, tp dibwh ayat dikatakan daripada org lain...macam citer unta punya susu, kambing dpt nama la..adess, tu yg xbest tu..pak syeikh bukan nk nama sgt pun, skadar rasa xbest la bile kita penat create ayat, tpi org lain plak yg disebut2..

--picture profil yg digunakan dalam halaman Taman Hati Firdausi--

Tuesday, December 6, 2011

Bila Lelaki Memasak

Jika sewaktu kecil dulu, dalam baya umur lbh kurang 9-12 thn..pak syeikh selalu juga menjenguk ke dapur terutamanya bila mak pak syeikh memasak. Mungkin sebb pak syeikh ni anak sulung dalam kuarga, terasa terpanggil nk menolong mak memasak (cam poyo baik jerkk..hehe)Paling pak syeikh suka ialah bile mak pak syeikh goreng telur dadar. Bau telur goreng, bukan men wangi lagi..Jadi pak syeikh pun apa lagi, kejap-kejap pi intai kat dapur, tengok bawah tudung saji..sikit2 cubit telur goreng. Pahtu datang cubit lagi..haha. Nasib baik tak dikejar mak pak syeikh, hehe. Pernah jugak dulu, bercita-cita nk jd tukang masak, nk kalahkan chef wan dalam ptandingan memasak. Tapi mungkin cita-cita masa zaman kebudak2an (terpengaruh dgn penangan men pondok2 kot masa kecik dulu)tak akan tertunai. Mungkin cuma pak syeikh memasak sekadar suka-suka saje. Masa beli peti ais, sebulan lepas..jiran pak syeikh ada juga bgurau, katanya "beli peti ais tu, mesti ada yang nak kawen..". Pd masa tu, pak syeikh kurang dapat menangkap maksud dia, tercengang sambil mengiyakan. Jadi bile fikir2 balik, perkara yg dia maksudkan...bile lelaki da ada peti ais, mesti dah minat nak belajar memasak, dan kalau da minat nak memasak..tandanya dia da bersedia nak berumah tangga...hehe. Agaknya, btul juga.

Lelaki, Suami dan Memasak

Jika dilihat skrang ni, ramai juga chef atau tukang masak hotel yg kebnyakannya didominasi oleh lelaki. Jadi, msyrakat skank ni mungkin sudah selesa dan menerima bahawa tugas memasak ni bukanlah suatu perkara pelik jika ia dilakukan oleh lelaki..walaupun ia masih sinonim dgn tugas seorang wanita atau seorang isteri. Sesetengah lelaki masih menitikkan beratkan keupayaan wanita memasak sebelum diambil sebagai isteri..(sekadar selingan balas, wanita pula wajib melihat keupayaan lelaki menjadi imam dalam rumah tangga sblm diterima sbgai suami..hihi). Cuma pd pak syeikh pula, calon isteri yg baik ialah wanita yg mampu mjaga maruah diri, suami dan keluarga...dan keutamaan dalam kepandaian memasak diletak tepi, cuma haruslah mampu dan berusaha mgurus rumah tngga dgn baik. Tak da insan yg sempurna, kecuali mereka yg mahu utk belajar.

Sebagai suami yg baik, seorang lelaki juga plu mgimbangi amanah yg diberikan kepda isterinya..terutamanya dalam hal mgurus rumah tangga. Memang, lelaki besar tggungjawab dia, dalam mcari dan memberi nafkah kpd keluarganya...tetapi harus juga memikir akan keperluan emosi dan perasaan isteri yang penat mengurus rumah tangga, lebih-lebih bile berada di zaman suami dan isteri bekerja (plg menakutkan, bila liht statistik skank, bnyak tekanan mental yg blaku pd wanita yg bekerja). Maksud pak syeikh...sbgai suami, apa salahnya sekali-sekala mbantu tugas isteri di dapur atau plg tidak bantu isteri mgurus anak2 (pak syeikh ternanti2 saat nk ucapkan "Mie, penat kerja? tak per..ari ni abie masak, mie nak makan apa ari ni? hehe)..Cuba contohi nabi, sbgaimana dlm riwayat Bukhari:

Al-Aswad bin Yazid berkata, aku bertanya kepada Aishah r.a, Apakah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. di rumahnya? Aishah menjawab Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, maka apabila masuk waktu sembahyang beliau pun keluar untuk bersembahyang.

Alangkah indahnya rumah tangga, jika kita sama2 memahami dan btolenrasi dalam mgurus rumah tangga..insyaAllah

--petang td, pak syeikh memasak tomyam udang..da lama xpractice skil memasak..haha--

Monday, December 5, 2011

Sehari Yang Lebih Baik

Bosan dgn drama Melayu yg kurang bkembang dan kerap terpelungkup dalam isu jahiliyah moden. Kalau tak isu mat rempit yang merempit, kemudian dicekup polis..dan plg tidak dilanggar mati, mesti akan kuar citer masalah sosial, pergi disko..pahtu mabuk, xsedar diri dan sekali-sekala ditontonkan aksi ghairah, rogo... tak pun aksi haram lelaki dan wanita yg dihalalkan atas status berlakon suami isteri dan pelbagai gejala yg tidak senonoh. Dan paling kerap yang kuar kat tv, isu-isu yang sentiasa berputar dgn kisah-kisah cinta yang tidak kesampaian, pengorbanan ataupun trilogi cinta, yg banyak mempengaruhi psikologi dan minda muda-mudi dalam persoalan cinta, yg akhirnya menjerat mereka dalam isu cinta dan emosi. Bahkan paling teruk mempengaruhi psikologi budak-budak yg SPM pun tak lepas lagi, untuk mula merasai kemanisan cinta...dan kesannya, banyak pula timbul serak berai sosial yg lain, rogol, ditipu kekasih, zina, buang anak..buang mak, sepak kucing sebab marahkan makwe ataupun pakwe (tak pasal-pasal kucing jd mangsa) dan pelbagai isu sosial yang memenatkan otak pak syeikh untuk berfikir nak selesaikan bila pak syeikh jadi perdana menteri suatu hari nanti..hehe.

Rasanya cukuplah mukadimah kepada perkara yang ingin pak syeikh nk usulkan pd hari ni. Korang fikir2kanlah benda yg pak syeikh duk bebelkan tu...cuma skank pak syeikh nk citer ttg perubahan, memandangkan kita ni masih di awal bulan Muharam. Yup, ari ni da masuk 10 Muharam, walaupun jam tak pukul 12 tgh malam lagi, tp mgikut hitungan Islam, bila saja fajar senja da muncul maka masuklah la ari baru pd waktu bkenaan. Bile citer pasal 10 Muharam, atau lebih dikenali sbgai Hari Asyura..kita disunatkan bpuasa. Sebentar td, pak syeikh terbaca satu artikel yg berkaitan dgn fadilat bpuasa pd hari Asyura. Hadis yg kerap berputar dlm kalangan umat Islam, antaranya yg myebut tentang kelebihan org bpuasa pd hari Asyura sama spt pahala malaikat,orang berihram, mati syahid, mgusap kepala anak-anak yatim...yg disandarkan kpd Ibnu Abbas r.a sbnrnya palsu. Jadi, sbnrnya banyak perkara yg masih kita belum tahu terutama dalam hal ibadat dan seputar tentang syariat Islam. Bile difikirkan balik dan merenung tentang diri sendiri...bnyak perkara yg kita leka. Leka dalam memantapkan kefahaman akidah, leka untuk memperbaiki kefahaman tentang syariat, leka untuk menuntut ilmu fardu ain dan kifayah...pendek kata, kita sebenarnya sudah dibunuh oleh masa, lantaran kealpaan kita megejar kesenangan kehidupan masing-masing. Pak Syeikh sendiri sudah agak lama juga tidak menjenguk Madrasah Rasul. Jika dahulu, kerap juga bercerita dalam group..buku2 di rak juga kerap hanya dipandang drpd dibelek. Sungguh, kita benar2 telah dibunuh oleh masa. Sedangkan, kita adalah umat akhir zaman yg sudah berkali-kali diingatkan oleh Allah, dgn plbagai ujian dan bala yg menimpa umat skitar kita...maka seharusnya kita megubah diri kita ke arah yg lebih baik. Kerana kita, mungkin atau tidak...yg akan bersama-sama Imam Mahdi dan Nabi Isa menentang Dajjal. Maka, pak syeikh seru pd diri dan sahabat, marilah sama2 kuatkanlah pertahanan iman dan ilmu wahai diri yg leka. Mari kita berubah, ubah sikap malas kita, ubah sikap bertangguh kita, ubah sikap bodoh sombong kita, ubah segala sikap mazmumah yg ada dalam diri kita..


Ayuh, pemuda! bangkitkanlah roh-roh kepahlawanan Salehudin al-Ayyubi melawan nafsu kepemudaan...tanamkanlah ketamakan mengejar ilmu Muhammad bin Idris, serulah jiwa-jiwa yg takut sebagaimana Umar al-Khattab...duhai sahabat, marilah kita ubah dan hijrah ke arah yg lebih baik. Semoga diri kita dan hari yang kita tempuh adalah sehari yang lebih baik dr yang semalam..

Sunday, December 4, 2011

Rindu Sang Pencuri Hati

Penyakit da datang...penyakit da datang, huk huk.

Assalamualaikum wbt. Tentu korang tertanya apa kena la pak syeikh ni, malam2 duk merapu tak tentu hala...hehe, Sebenarnya pak syeikh xboleh nk lelap mata hari ni, mybe sebab ptg td da tido, tu yg duk melalut jap. Internet malam ni lembab skit, jd smentara duk tunggu laptop loading Maharaja Lawak Mega kat youtube, pak syeikh dgr lagu "Autumn in My Heart". Da lama xdgr lagu ni..ni pun ter"download" semasa pak syeikh duk wat blog walking. Citer ni popular masa pak syeikh form 6 lau tak silap. Pak Syeikh ingat lagi, masa pak syeikh pulang dr sekolah sambil berbasikal, pak syeikh selalu "miming"kan lagu ni...sbb nk lagukn ikut korea xpandai..hehe.

Bila dgr lagu ni..teringat pulak pd seseorang..huhu. Seseorang yg sgt istimewa (xboleh nk cakap lebih2, nti kena banned)..hehe. Da sehari xmesej dia, tp pak syeikh faham..dia kata minggu ni dia sibuk, extra busy katenya..huhu. Pe2 pun semoga Allah mempermudahkan setiap urusannya dan melindunginya dr segala ancaman bahaya. Amin...

Lastly, dalam coretan yg ringkas dan xseberapa ni pak syeikh nk tinggalkan dgn sedikit nukilan...istimewa buat si dia, hehe

✿..Aku bukanlah seorang lelaki yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP..siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana..tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti lelaki lain, MELAMAR wanita yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, menemani perjalananku ke arah tuju yang satu..bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku PERLUKAN..aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat memilikimu menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANKU..✿~

... Andainya kamu adalah JODOHKU yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa KASIH di dalam hatiku, jua hatimu di saat kita bertemu kembali dan BERPANDANGAN kelak..BAHAGIA itu pasti menjadi MILIK kita, itu janji Allah..aku pasti akan melamar dan menjagamu kerana ALLAH...(✿◠‿◠)



---kamu jgn buat2 xbsalah ea sbb da mncuri hatiku..hehe---

Friday, December 2, 2011

Si Kecil Si Permata Hati ^^

Pak Syeikh baru shj balik dr pasaraya, membeli sdkit brangan keperluan. Kemudian singgah di sebuah kedai makan, mengisi perut yang kosong...dngn menu kuewtiew goreng. Nak jadikan citer, di depan meja pak syeikh...adalah sepasang suami isteri, dan seorang budak kecil yang mungkin dlm baya setahun lebih tgh mgigit sate. (budak2 besar tu elok ke bg makan sate?...)Dalam dia ngah duk gigit sate, apa yg menariknya..sekejap2 dia pandang pak syeikh,kendian pandang lagi... mybe dia nak belanja pak syeikh makan sate kot..hehe. Jadi pak syeikh buat la gaya muka2 comel (ala gaya yg selalu korang buat ble main dgn budak2 dan baby tu). Nasib baik tak nanges budak tu..haha. Kendian,dalam xsedar sate yg dipegangnya tiba2 tjatuh..sbb terlalu leka tgk pak syeikh. Pahtu dia pandang pak syeikh ag, dan sekejap2 pandang..Pak Syeikh cuba myorok skit, dia pun mgintai2 pak syeikh. Pak syeikh pun mula musykil..nape agaknya? Si Kecil yg comel da mula suka pak syeikh ker? Atau si kecil tu da bkenan dgn ke"cute"an pak syeikh..haha. Owkes2 pak syeikh terima hakikat pak syeikh cute..stop of story, hehe.

Pak Syeikh percaya setiap org sukakan budak kecil. Gelak tawa, kenakalan dan kerenah manja dia pasti akan myenangkan hati kita dan mghiburkan kita. Kali ini pak Syeikh tak nak ulas lanjut ttg si kecil, tp pak syeikh nak kongsikan beberapa gmbar budak kecil..Yelah, pak syeikh tau korang pasti penat bkerja, mungkin ngah moody ker..atau apa2 sahaja, jd dgn kecomelan budak2 kecil ni harap dapat mghiburkan korang semua..ok jom, sama2 tgk kecomelan diorang,

---Si kecil yg tkejut gambarnya di snap oleh pak syeikh, huhu---

---apa yg tgh dikonfiuskan tu dik?---

---tension dgn papa dan mama ek? xbuatkan susu adik...---

---ololooo, nape2 cdih2 ni?---


---hasrat hati pak syeikh untuk memiliki dan mdidik anak2 pak syeikh spt ini---



---si kecil yang comey bgaya---


---antara wajah bayi favret pak syeikh...minat wajah kearaban, hehe---

Oh Hujan, Oh Demam, Oh Panadol

Usai solat jumaat di dekat Masjid Sg. Buloh...pak syeikh dan kawan serumah pekena bihun sup di gerai sekitar masjid. Syookkk juga pekena bihun sup setelah lama xmakan. Kawasan sekitar masjid selalu menjadi tumpuan para peniaga. Kalau setiap hari jumaat pasti sekitar masjid penuh dengan peniaga gerai. Apa yg mjadi sebb mereka suka membuka gerai kat sini, ialah sbb mereka tak perlu membayar sewa tapak. Tengah duk hirup kuah bihun sup, langit pula da mula mendung...hujan rintik mula jatuh ke dalam mangkuk sup. Terpaksa la pak syeikh cepat2 habiskan bihun sup, lau tak konfem banjir dengan air hujan..hehe.Skank ni kat Selangor da masuk musim hujan, hari2 hujan. Lau tidur tu konfem ase xnak bangun da. Ari tu, pak syeikh kuar p beli makanan kat pasaraya depan sekolah.Bile sampai jer, kebetulan hujan pun turun dengan lebatnya. Setelah lama bdiam dalam kereta..tunggu mgharapkan hujan reda, pak syeikh pun ambil kputusan nk redah jer hujan (kawasan pasaraya xda parking berbumbung)...satu perangai pak syeikh ni, nak blagak macho la kononya..pak syeikh xsuka bawak payung p ane2..dan xsuka guna payung walaupun time hujan. So, bile balik plak..pak syeikh tlupa nk mandi. So, nak jadikan citer..malam tu kepala pun mula la rasa berat, ptanda awal nk demam..keesokannya pak syeikh pun demam ler..padan muka pak syeikh blagak xnak guna payung dan xmandi lepas kena hujan..haha. Jadi pak syeikh da serik, balik jer tadi..pak syeikh terus mandi. Satu lagi perangai pak syeikh
ble demam ni, pak syeikh xsuka makan ubat, terutamanya makan panadol..jadi ble sekali demam, konfem plg tidak akan ambil masa selama tiga hari, lau tak silap hari ni da tiga hari pak syeikh demam, huhu. Sebab utama pak syeikh xsuka ambil panadol ble time demam, satu sebabnya kerna pak syeikh pernah tbaca artikel...katanya, panadol ni tak baik utk tubuh badan, sbb boleh merosakkan organ hati terutamanya bile ambil dalam kuantiti yg banyak. Sebenarnya panadol ni bertoksik dan akan tinggal dalam badan skurang2nya 5 tahun bile kita ambil. Pernah gak tjadi, seorg pramugari telan panadol dgn banyak sebb sakit kepala ketika kedatangan haid, last2 skank dia kena jalani rawatan dialisis buah pinggang walaupun br berumur 30 tahun. Jadi sebagai alternatif (pak syeikh pernah cuba dulu, tp untuk demam kali ni pak syeikh tak try) korang campurkan air dgn air isotonik, dengan nisbah 1 gelas isotonik bersamaan satu atau dua gelas air, kemudian minum...insyaAllah bkesan.

Thursday, December 1, 2011

Impian menjadi penulis

aiissshhh...susoh benor nk lelap mata ni. Sudah ditekup dgn bantal, tidak lelap juga..Pusing badan ke kiri, pun tak lelap. Pusing ke kanan pun tak lelap juga. Dah macam2 gaya pak syeikh buat...cakap saje, kuak lentang, gaya bebas..kuak kupu2, semuanya dah, tp masih xboleh lelap..last2 pak syeikh pun bukak alik laptop pak syeikh yg telah dishutdown beberapa minit yg lalu...hehe

Pak Syeikh nak kongsikan sesuatu dgn sahabat2 semua. Sebenarnya ada beberapa perkara dalam idup pak syeikh yang blom pak syeikh laksanakan. Salah satunya bkaitan dgn bidang penulisan ni...besar hajat di hati pak Syeikh nak ikut jejak langkah2 tokoh-tokoh penulis yg antaranya Saiful Islam, Fatimah Syarha dan Pahrol Mohd Juoi. Apa yang menarik tentang karya penulisan mereka ialah sering mendasari tema cinta. Perkara yg sama ingin pak syeikh perjuangkan..ngeee (senyum macam kerang busuk, hehe)

Dalam benak fikiran pak syeikh, sudah ada beberapa idea yg pak cik rasa boleh diutarakan dan diulas untuk tatapan minda dan jiwa sahabat2, cuma skank ni pak syeikh masih mencari2 masa dan mood yg bersesuaian untuk memulakan penulisan. Jangan bertangguh!! yea..yea pak syeikh tau, lau ada niat yg elok, jgn jadikan sebarang alasan dan jangan betangguh. Cuma pd Pak Syeikh, satu perkara yg plu pak syeikh buat sblm mula menulis..ialah persediaan diri, pd pak syeikh..kita menulis untuk myampaikan ilmu dan kebenaran. Jadi jika penulisan pak syeikh banyak merapu dan kurang manfaat dari kualiti ilmu, sudah tentu akan merugikan pembaca juga..jd bnda tu, pak syeikh kena jaga...:) owkess sampai btemu kembali, esok kena bangun awal..hehe


~buku yg sedang dalam usaha nk ditamatkan pembacaannya oleh pak syeikh..huhu~

Wednesday, November 30, 2011

Belajar dari Sang Pemungut Sampah

Malam ni terasa banyak benda yg nk ditulis, tiba2 terasa idea mcurah2 seperti mencurah2nya koko krunch ke ladang gndum..hehe. InsyaAllah jika kelapangan wktu akan dikarang dgn perlahan, disusun indah supaya isinya tidak mboringkan mcam tengok citer Hantu Bonceng di siang hari..(merapu je pak syeikh ni ea..hehe)

Shbt2 pernah tak melalui satu kwsan timbunan sampah, yg baunya busuk sekali dan tlihat beberapa manusia sedang sibuk mencari sesuatu di balik timbunan smph tu..tentu pernah bukan? Jijik dan loya tekak ble melalui saat tu...mana tidaknya, barangkali ada kohong perut ikan yg sekian lama terperap, mungkin shj bangkai kucing yang sudah terburai perutnya...adess, sungguh myiksakan bukan? Tetapi bgaimana manusia seperti mereka mampu btahan dgn keadaan yg mjijikkan sebgitu..barangkali mereka sudah terbiasa, sehinggakan sudah tak mampu nak bezakan bau bdan sndiri dgn bau sampah..apakah yg menjadikan mereka hebat, shinggakan mampu btahan dengan pekerjaan seperti itu, tiada pilihan? tiada kelayakan lain? Apapun sebabnya..kita harus belajar sesuatu dari mereka! Perkara pertama, kita harus lihat keikhlasan dan kesungguhan mereka. Bgaimana agaknya jika tiada insan spt mereka yg sanggup meredah timbunan sampah dan bergelumang dgn sampah setiap hari. Agaknya, suatu masa 1/3 dr bumi akan dipenuhi sampah. Berterima kasihlah pd mereka dan belajar dr mereka akan sikap ketidakpedulian mereka pd pndangan hina yg diserotkan pd mereka. Tidak kisah dipndng jijik, asalkan amanah dan tnggjawab mereka terlaksana.


Kedua, belajar dr sikap bersih mereka walaupun mereka hdp bgelumang dgn kekotoran. Insan-insan seperti mereka, selalu akan lebih segera dan sensitif pd persekitaran. Bila terlihat shj sampah pasti mereka akan segera tpanggil utk mgutipnya. Malu pak syeikh pd mereka, akan sikap menjaga kebersihan alam yang mereka miliki.


Teringat pak syeikh pd pekerja sekolah yang selalu datang membersihkan Bilik Kaunseling, dgn penuh hormat akan myapa dan meminta izin utk mbersihkan lantai.."cikgu, minta ijin ya, mau tutup kipasnya..mau disapu lantai ini ya,". "Sampah ini sudah tidak mahu kan cikgu, mau saya buangnya?". Rasa hormat yang tinggi pd pak syeikh mbuatkan pak syeikh pun terasa mereka lebih baik dr pak syeikh. Jadi belajarlah untuk memiliki rasa hormat kerana dengan itu kita juga akan akan dihormati orang lain...boleh kan gitu kok? waduh2..nape neng, tetibe je cakap indo sih? hehe...