Blog ini dibina bertujuan untuk memberikan maklumat kepada pengunjung mengenai aspek kehidupan yang berkaitan cinta, perkembangan diri,motivasi dan pandangan penulis tentang isu-isu yang berkaitan.
Saturday, March 13, 2010
Menanti cinta
Salam alaik…
Mungkin belum terlambat untuk saya ucapkan salam Maulidur Rasul. Semalam baru sahaja berlangsung majlis sambutan dan ceramah maulidur rasul peringkat asrama. Alhamdulillah, sambutannya agak menggalakkan..
Sebenarnya, ada sesuatu yang ingin kubicarakan, ku cuma ingin lontarkan ke ruang waktu…biarkan angin membawa segala resahku. Ku panjatkan harapan dan doa padaMu ya Tuhan. Cukuplah Engkau bagi ku. Penulisan ini bukanlah bertujuan mengaibkan diri mahupun kerana ingin bersikap lemah, tetapi cuma ingin melepaskan segala resah dalam hati. Kadang-kadang persoalan sampai bila aku harus menanggung segala desakan hati dan segala kelemahan hati sering bermain di minda. Mengapa sukar ku lepaskan diri dari belenggu jahil dan dosa kerana seolah-olah ku hidup tanpa penghayatan agama. Semakin jauh aku dari al-Quran, semakin jauh aku dari pesan Rasul, semakin jauh aku dari keinsafan hati, semakin jauh aku dari tangisan sepi, semakin jauh aku dari mazmudah diri, semakin jauh dari jiwa yang mulia, semakin jauh aku dari nilai cinta dan kasih kepada keluarga, semakin jauh dari segala impian yang ku pendam…kadang-kadang ku ikutkan rasa kecewa, membinasakan diri mengikuti perangkap nafsu…mengapa terasa sukar bagiku mencari jalan? Mengasihi…tetapi ketulusan hati yang diberikan, kejujuran hati, kesetiaan, ketegasan dalam mendidik sering menjadi bala pada diriku sendiri. Sedangkan aku juga ingin ditemani dalam mencari jalan ke syurga. Meleburkan mazmumah diri dalam keredhaan, berdua dengannya yang bergelar isteri. Apakah hidup ini tiada pilihan selain akur? Ya Allah, tunjuki aku jalan…tunjuki siapa dia yang tercipta untukku kerana aku menanti dia dalam setiap detik kehidupanku…..
Aku ingin ditemani cahaya. Menemani ku dalam perjalanan mencari Tuhan. Mengapa aku hanya mampu memandang cahaya itu, sekadar dari jauh.
Mengapa ku tidak mampu berlari. Mengejarnya, mendekatinya agar menjadi penawar resah?!…adakah kerana belenggu takdir yang menghambatku ke arah luka?
Oh Tuhan, siapakah dia untukku,
Keranaku rindu saat-saat tenang,
Melihat JamaliahMu diwajahnya…
Aku rindu akan bahagia menghayati kehidupan berkeluarga,
Yang disampingku dan dia, ada anak-anak kecil yang comel,
Berkopiah memeluk al-Quran, bertudung menghafal hadis.
Ku rindu akan saat itu. Tapi mengapa kehidupan ini membinasakan impianku? Seolah-olah ku jauh dari cita-cita dahulu. Semakin jauh ku cuba lupakan yang terjadi, semakin ku lupa akan bahagia keluarga impianku.
Aku cuma rindu akan dirimu, wahai wanita yang diciptakan untukku sebagai isteriku…kerana melihat lelaki lain bahagia cukup membunuh jiwaku….sedangkan ku juga ingin merasai manisnya memiliki wanita yang bergelar isteri untukku…
Subscribe to:
Posts (Atom)