Thursday, November 12, 2009

...surat untuk bakal isteriku...


Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku..
Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.


Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu.

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.

Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu.

ps: copy dari mana ntah. Tapi penulis sebagai seorang lelaki, begitulah hati ini ingin berkata....:-)

Monday, November 9, 2009

tabiat budak U..huhu

Kali ni nak post entri yang santai kit...cuba tengok kat bawah, betul ke macam ni gelagat budak-budak u?



.......awal sem......

Tuzki Bunny Emoticon
...........time kuliah..........
Tuzki Bunny Emoticon

..sebelum kena submit assignment..

Tuzki Bunny Emoticon

....time submit assignment....

Tuzki Bunny Emoticon

...ketika ambil slip exam...

Tuzki Bunny Emoticon

....masa study week....

Tuzki Bunny Emoticon

..lima hari sebelum exam..

Tuzki Bunny Emoticon

....empat hari sebelum exam....

Tuzki Bunny Emoticon

...tiga hari sebelum exam...

Tuzki Bunny Emoticon

..dua hari sebelum exam..

Tuzki Bunny Emoticon

...malam sebelum exam...

Tuzki Bunny Emoticon

...dalam dewan peperiksaan...

Tuzki Bunny Emoticon


..selepas keluar dari dewan peperiksaan..

Tuzki Bunny Emoticon

.....time cuti sem.....

Tuzki Bunny Emoticon


...ketika ambil result...

Tuzki Bunny Emoticon

..lepas dapat result..

Tuzki Bunny Emoticon

haha..kena tak dengan korang?

untukmu wanita, jangan mudah termakan kata manis...

Semasa dalam bas, aku berasa sangat tidak selesa melihat kelakuan dua orang pelajar yang mungkin sedang bercinta. Sebenarnya bukan aku sahaja yang tidak selesa, malah beberapa orang pelajar lain juga turut menjeling kerana berasa jelek. Sudah banyak sebenarnya, aku lihat keadaan ini cuma rasa malas nak tegur, memandangkan masing-masing sudah mampu fikir...malah ada pandangan sendiri untuk mengiyakan betapa tidak salah perilaku mereka. Cuma kali ini aku ingin menegur kerana berasa kasihan kepada pelajar perempan itu dan aku harap dia baca entri ini.


Rasa meluat bila melihat lelaki itu bersandar-sandar di bahumu.
Rasa meluat kerana dia cuba merayu-merayumu.
Rasa ini bukan sebab cemburu tapi kasihan melihatmu seolah-olah tergoda dengan kata-kata manisnya.
Aku juga tahu bukan kamu ingin, tapi kamu lemah.
Aku juga tahu kamu cuma manusia biasa, tidak lari dari rasa ingin mengasihi dan dikasihi.
Tapi aku cuma ingin kamu tahu, janganlah kamu menyerah diri sebelum diijabkabulkan kerana itu batil...
Maka kerana itu wanita, jangan mudah termakan kata-kata manis!
Aku menegur bukanlah kerana seorang yang terbaik, tapi aku cuma kasihan melihat nasib melanda kaummu. Sudah banyak didada-dada akhbar betapa banyak kekesalan dari ketelanjuranmu wahai wanita, malah kesakitan yang dialami melihat nasib-nasibmu lebih parah dari lukaku sendiri.


Kadang-kadang telah aku cuba untuk bersangka baik, tapi sangka baikku tidak akan mampu menghapuskan airmatamu suatu hari nanti...kerana itu aku akan terus menegur dan menegur biarpun kamu berpandangan aku hanya lelaki yang anti sosial...

Tuesday, November 3, 2009

---aku dan exam---

Entah kenapa sejak kebelakangan ni aku asyik duk teringat memori lama. Sedang asyik duk mengulangkaji kursus konsultasi, aku teringat masa aku nak exam STPM dulu...aku teringat masa nak exam subjek Ekonomi, kalau tak silap la...sejam sebelum paper nak mula, aku masih duk belek2 soalan latihan lagi. Masa tu aku masih duk kat rumah sedangkan kawan-kawan yang lain, mungkin dah menunggu nak masuk dewan..Bila tengok jam dah nak pukul 1.30 tengah hari, aku pun cepat-cepat ar bersiap...last-last aku terlewat sampai ke dewan. Cikgu aku siap menunggu lagi, geleng kepala tengok aku...aku wat selamba jer, sambil tersengih manis..huhu. Kawan-kawan yang lain dah masuk dah, tinggal aku jer yang lewat. Bila belek soklan periksa, aku jadi blank...adus, aku pun kuar ar kejap mencari ketenangan. Nasib baik ar, lepas kuar dewan...aku leh tenangkan fikiran dan aku pun leh jawab semua soklan exam dengan bahagia sekali...hehe. Alhamdulillah, aku dapat gak skor paper tu...:-)

Skang ni tak macam dulu lagi, study pun malas kit...persediaan langsung takda, tunggu tengok soklan apa yang kuar, pastu jawab ikut suka..huhu, Ok lar, sekadar catatan ringkas bila teringat masa silam...dan aku tujukan lagu "hampir ke situ" untuk semua kawan yang ngah study tu...hehe

Dan semoga kita semua berjaya yea...sama2 kita doakan antara satu sama lain...ganbatte!


Sunday, November 1, 2009

>>keliru<<

ku ternyata keliru,
antara kehendak dan pilihan....

ya Rabbi,
temukan aku jawaban dalam samar takdirku,
kerana ku ternyata keliru,

ya Rabbi,
selaraskan kehendakku dengan kehendakMu,
kerana ku ternyata keliru,
andai harus ku akhiri,
biarkan ia berlalu,
andai harus ku gagahi,
kurniakan ku kekuatan,
kerana ku tak ingin terus keliru,
yang terkadang tenggelam dalam memori silam...

ya Rabbi,
ku sedar ku miliki pilihan,
antara hati dan tanggungjawab,
namun,
bagaimana harusku langkahi?
mengalas kehidupan, menuju syurgawi?

>>hanya Engkau yang memahami<<
___bercinta sampai ke syurga!___