Tuesday, April 28, 2009

Mahukah kamu mengikuti petunjuk?

Seusai solat isyak hati saya terdetik untuk menulis...mungkin betapa berat perjalanan ini membuat kita banyak berfikir. Sesungguhnya bukan mudah bagi orang-orang yang ingin membersihkan diri mereka dari debu dosa seandainya jalan yang mereka penuh dengan debu...begitulah yang boleh diibaratkan betapa susahnya hidup dalam masyarakat yang leka dengan dosa dan tidak mahu mengikuti petunjuk. Saudara, usahlah berputus untuk memberi kesedaran kepada sesiapa sahaja walau dirimu dibuang, atau dicaci atau sebagainya. Ingatlah, betapa beratnya ujian yang ditempuhi Rasullullah ketika cuba menyampaikan ajaran Islam, mengajak manusia ke jalan kebenaran. Ingatlah betapa sakitnya Nabi yang kita mengaku kita mencintainya, dilempar batu mengajak penduduk Taif beriman kepada Allah, ingatlah ketika Nabi dan para sahabat dipulau, diseksa dan bermacam-macam lagi ujian yang menimpa mereka. Kerana apa saudara? hanya kerana nak mengubah kehidupan masyarakat jahiliyyah supaya mengikuti kebenaran. Ketahuilah bahawa salah satu sebab mereka tidak mahu mengikuti kebenaran ialah kerana mereka tidak mahu meninggalkan dunia mereka. Tidak sanggup melepaskan pangkat, kekayaan dan cara hidup yang penuh noda yang sudah sebati dengan diri mereka. Samalah dengan masyarakat hari ini. Betapa banyak orang yang pergi belajar, mendengar ilmu agama, atau diberi peringatan atau sebagainya, namun berapa banyak yang ingin mengikuti petunjuk. Kenapa ek? jawapannya juga mudah. Sebab mereka tidak sanggup meninggalkan cara hidup yang sudah sebati dalam diri mereka, walaupun ia bertentangan dengan ajaran agama. Tak usah saya memberi contoh yang besar, cukuplah dengan menutup aurat, ramai yang tahu menutup aurat itu wajib tapi berapa ramai pula sanggup? kalau ada pun belum cukup sempurna. Begitulah sikap kita...

Saya cuba uploadkan tentang kisah perjuangan Rasullullah dan para sahabat. Hayatilah...


video

terasakah anda untuk menitiskan airmata? jika ada, bersyukurlah kerana anda benar-benar umat yang menghargai perjuangan Rasullullah dan sahabat. Jika tak, ambillah masa sekejap, dan renungkanlah dimana silapnya. Anda seharusnya malu untuk mengaku umat Muhammad dan malu untuk meminta syafaat jika anda masih belum menemui jawapannya. Namun anda juga masih belum berbangga jika anda menangis kerana perjalanan ini masih panjang. Ingatlah sudah datang keterangan yang nyata kepada kita, maka ikutilah kebenaran itu dan sesungguhnya pada kita, ada akal yang boleh membezakan baik dan buruk, menjadi petunjuk buat kita, andainya belum lagi hatimu dibukakan kepada kebenaran.....wallahu'alam.

Saturday, April 25, 2009

"Rajuk"

apakah lagi erti kehidupan ini...
jika semua tidak mengerti...

apakah lagi yang dinanti?
bila semua menyembunyikan diri

apakah lagi bisaku berdiri?
jika semua bersikap iri hati

apakah lagi harus ku perjuangkan?
andai hidup dalam buangan

apakah lagi harus ku pertahankan?
andai jiwa makin tertekan

apakah lagi mampu ku sampaikan?
jika kalian menghantarku ke perkuburan?

apakah erti kehidupan ini buat kita? adakah keseronokan? entahlah mungkin sekali-sekala hati ini "rajuk" bila tidak mampu mengharungi kehidupan...jatuhnya air mata kala sendirian. Andai beginilah takdirnya, akan kuatkan langkah kakiku ya Tuhan...

hati umpama gelas kaca,
jika tidak diisi dengan manisan takwa,
masuklah racun dunia,

hidupkan perlukan teman,
sebab itu kita tak diciptakan sendirian,
berpesan-pesan pada kebaikan,
sentiasalah muhasabah iman,
moga2 dapat petunjuk di akhir zaman..


...luahan hati seorang teman yang telah "pergi" meniti kematian....

bilakah lagi...

GEORGETOWN: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah yang dialami remaja berusia 13 tahun yang menjadi hamba seks bapa dan dua abang kandungnya sejak berusia sembilan tahun.
Selain menjadikan rumah mereka di Kubang Semang, Bukit Mertajam tempat melepaskan nafsu, mangsa pernah dirogol dalam hutan.
Lebih menyedihkan, dia bukan saja dirogol, malah pernah diliwat bapa dan abang yang sepatutnya melindungi keselamatannya. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tuanku Said, berkata penderitaan remaja itu terbongkar apabila dia mengadu kepada Bahagian Kaunseling sekolahnya. Berikutan itu, pihak sekolah membuat laporan polis, kelmarin. "Polis menahan bapa mangsa berusia 42 tahun dan abangnya berumur 15 tahun bagi membantu siasatan. Polis sedang mengesan seorang lagi abang mangsa yang berusia 17 tahun," katanya di sini, semalam. petikan daripada Berita Harian, 25 April..

bilakah lagi nilai kemanusiaan dan kasih sayang akan disuburkan kembali?kenapa dan bagaimana? renungkanlah sendiri kerana aku sudah tak mampu untuk berbicara....

Aku Menangis kerana Tak Mampu Menegur

Bismillahirrahmanirahim...

Sesungguhnya dari Allah aku datang dan kepada Allah aku dikembalikan...Alhamdullillah dalam aku mencari jawapan kepada setiap persoalan yang bermain dalam fikiranku...Dia memberi ku kekuatan dalam ilham keyakinanku kepadaNya. Bukan mudah apabila diri ditimpa dengan persoalan2 akidah yang boleh menggugat iman kita...tapi manisnya apabila kita menemui keyakinan akan janji-janjiNya. Mungkin para pencari kebenaran lebih mengerti berbanding dengan mereka yang hanya membenarkan dengan lidah. Kita sebagai seorang yang dlahirkan sebagai Islam mungkin kurang merasai nikmat iman berbanding dengan mereka yang mencari kebenaran dengan bersusah payah. Teringat kisah Salman al-Farisi yang sanggup bersusah payah,...menjadi hamba demi mencari kebenaran, mencari Rasullullah demi kebahagiaan yang sebenar-benarnya. Begitu syahdu apabila dia memeluk Rasullullah setelah berjumpa Rasullullah. Berbanding kita pula bagaimana? Kita yang bergelar Islam sejak lahir tidak berasa betapa nikmatnya iman kerana itu kita leka, kerana itu kita sering mengabaikan kebenaran sehingga ada yang sanggup menolak hukum. Ada yang sanggup mengenepikan hukum dan hak semata-mata ingin hidup menjaga hubungan sesama manusia tapi tidak pula dengan Allah. Benar, Tuhan Maha Penerima Taubat. Tapi sampai bila kita nak mengulangi kesilapan yang sama? Kita memang insan lemah...tapi kita mahu ke jadi anak kecil yang tak reti nak berfikir..bila ibu ayah marah kita tak buat, tapi bila ibu ayah kita tak tegur, tak denda kita buat kesalahan yang sama?

Bagaimana aku harus menegur?

Bagaimana lagi aku harus menegur jika aku dianggap sebagai kolot? sebagai jumud? sebagai terlalu rigid dengan kebenaran sedangkan kebenaran itulah yang telah diajar oleh Rasullullah? Saudara seagamaku, jika hari ini kita tidak mampu membetulkan diri kita dengan kehendak al-Quran dan as- Sunnah bagaimana pula dengan generasi akan datang? Adakah benih yang rosak akan membuahkan buah yang baik, melainkan buah yang rosak juga...Kita sebenarnya mewariskan generasi kita dengan budaya yang sudah rosak kerana kita sudah tidak mengendahkan kebenaran kerana semata-mata nak jaga kehidupan kita.." alah, kalu kita nak anggap semua benda tu haram, nak menari pun haram, nak menyanyi pun haram...kolot sangat lah mu ni?" kadang-kadang aku sendiri tak mampu nak kata apa apabila dengar kata-kata seumpama ni. Aku hanya mampu menangis dalam hati. Yelah, mungkin nilai kita berbeza tapi panduan kita sama...agama kita sama, penghulu kita sama, Tuhan kita sama, tapi adakah destinasi kita berbeza? Kita adalah pengembara, jalan yang berbeza mungkin sampai ke tempat yang sama tapi dalam masa berbeza. Tapi alangkah ruginya kalu kita silap jalan dan sampai pula ke destinasi lain.

Masih sibuk nak islah tapi dakwah...

Pernahkah kita terfikir tentang saudara bukan Islam yang sepatutnya kita dakwah? tidak kasihan ke kita lihat mereka...mereka pun nak sampai ke destinasi yang sama tapi kita tak tegur, alangkah kasihannya. Bagaimana perasaan saudara apabila saudara bukan Islam, kawan anda yang bukan Islam berkata suatu hari nanti " aku mati dalam kekafiran sebab tak da orang nak dakwah aku, aku buat silap pun tak da orang nak bagitau kebenaran..". itulah tugas dakwah kita, tapi alangkah sedihnya apabila umat Islam sendiri masih tak dapat nak ikuti kebenaran sehinggakan kita tak mampu nak jalankan usaha dakwah. Kita masih sibuk nak betulkan diri yang ingkar tapi masih juga tidak nak ikuti petunjuk. Kita sepatutnya sudah kuat tapi lihat umat Islam sekarang...kalau semua cuba hidupkan suasana Islam alangkah indahnya. Aku menangis kenangkan kalian. Aku menangis kerana tak mampu menegur...

Cubalah ambil masa sekejap untuk fikir....harap anda jelas dengan situasi kita di akhir zaman ni, sekadar nak bagi nasihat sebab kat akhirat sana tak layak nak bagi syafaat...wallahu'alam

kita sering mengikut kata hati,
berbanding akal dan budi,
tak nampak anugerah,
tapi lebih mengejar nafsu amarah,
kurang bersyukur, jarang tafakur,
mengharap benda tak dimiliki,
berbanding menjaga benda yang dimiliki,
senang dihati, adakah senang juga akhir nanti?

Friday, April 10, 2009

common sense: kebiasaan yang membinasakan


Bismillahirahmanirrahim...

Bermula dari satu kebiasaan, kita kadang-kadang lupa yang ia sebenarnya pembiak dosa yang sepatutnya kita hapuskan. Pernahkah saudara sedar dalam pergaulan seharian, kita sebenarnya telah membiarkan sesuatu dosa yang kita anggap biasa mula bertakhta dalam diri kita. dalam tak sedar kita sebenarnya banyak dipengaruhi oleh persekitaran, kawan atau media yang kerana kita ingin menjaga nilai dan perhubungan yang dibawa oleh mereka dan kita terpaksa melupakan soal agama kerana semata-mata menjaga hati. Dalam suatu hari, beberapa kali saya mendengar seorang kawan perempuan memanggil kawan lelaki ( mereka bukan pasangan kekasih tetapi teman sekelas) dengan ungkapan sayang. Mungkin niat mereka sekadar bergurau dan mungkin isu ini hanya sekadar remeh. Tetapi pada saya, jika semua benda kita letakkan pada hak yang tidak betul di mana lagi keindahan? Bukankah sebagai seorang perempuan, adalah lebih indah jika anda ungkapkan kata sayang itu pada suami anda atau anak-anak anda? itu mungkin sebagai suatu situasi kecil berkaitan common sense. Dan saya lebih terkejut apabila mendapat berita ada juga segelintir pelajar perempuan dan lelaki yang merupakan pasangan kekasih menganggap tidur bersama sewaktu pergi bercuti adalah perkara biasa. Bila ditanya, mereka menjawab " alah, kami bukan buat apa pun, kami just tidur bersama je..." Dan lebih mengejutkan lagi, apabila pensyarah di mana tempat pelajar berkenaan belajar mengganggap situasi berkenaan adalah perkara biasa. Ini satu lagi common sense yang membinasakan! Jadi bagaimana pula reaksi kita? Adakah kita juga mengambil soal mudah dalam perkara ini? Fikirkanlah...

Thursday, April 9, 2009

komitmen vs cinta?



Mungkin sudah mual mendengar kisah penceraian antara dua insan yang pernah melafazkan taat setia untuk hidup semati. Namun, tanpa disangka...mahligai indah mula retak, tiada lagi ukiran cinta yang menyatu dalam sanubari dua insan bergelar suami isteri. Begitulah tamat sebuah hikayat cinta yang pernah diagung-agungkan dulu. Saudara, dalam soal perhubungan...cinta kadang-kadang bukanlah suatu yang menjamin kebahagiaan. Dalam banyak hal, komitmen lebih penting dalam menyatukan padukan hati yang sudah jemu. Perasaan cinta tidak selamanya akan kekal dalam ikatan, kerana kadang-kadang hubungan itu diuji dengan kisah-kisah luka. Hubungan cinta juga kadang-kadang diuji dengan JEMU. Namun jika anda seorang yang sangat komitmen dengan tanggungjawab, dengan amanah anda, dengan lafaz sebuah perkahwinan...maka layaklah anda mengecapi kebahagiaan yang tiada batasannya dalam sebuah rumah tangga. Fikirkanlah jika anda sedang mencuba-cuba untuk meninggalkan pasangan anda...

Wednesday, April 1, 2009

maaf saya tertengok aurat kamu!

bismillahirrahmanirahim...

sudah lama tak menulis dalam ruangan ni...mungkin kesempatan yang ada ni, boleh saya kongsikan sesuatu dengan anda...mungkin ada yang memandang sinis dan berfikiran negatif bila terbaca artikel ini. Tapi bukan tujuan saya untuk memuaskan hati dan membenarkan nafsu kalian melalui penulisan ini, tetapi kebenaran yang ingin ditegakkan. Berikut adalah beberapa nasihat saya berkenaan aurat terutama bagi kaum wanita sepanjang pemerhatian saya secara sengaja dan tidak sengaja..

1) awasi pakaian putihmu kerana ia bisa menampakkan tubuhmu. Musim sekarang yang tidak menentu, kadang-kadang hujan...anda akan basah, jadi bila anda berpakaian putih dan baju putih anda basah, ia akan menampakkan aurat anda.

2) awasi bila melangkah menaiki bas. Pakailah stoking kaki yang panjang, kerana sewaktu anda melangkah menaiki bas, kain anda akan tersingkat dan ia akan menampakkan betis anda yang gebu tu, yang menjadi umpan kepada nafsu seorang lelaki...perhatikan juga bila anda membonceng motosikal, pasti kain anda akan tersingkat dan menampakkan aurat anda!

3) jangan biasakan diri anda mengangkat kain bila melalui lopak air kerana ia menampakkan betis anda...

pasti anda terlepas pandang tentang perkara kerana kelaziman yang sering anda lakukan...cubalah ubah dan jangan biasakan diri anda dengan dosa free...